BEBERAPA HARI KEMUDIAN
Dania mendaki anak tangga secara bertari-hati supaya tidak tersilap langkah. Kalau tidak, pastu sudah terlingkup dirinya di situ. Kemudiannya, gadis itu melangkah ke arah bilik Darwish yang terdapat di hujung ruang koridor. Dania menghampiri pintu bilik abangnya yang terbuka sedikit itu.
Dania cuba untuk menjenguk ke dalam, kelihatan abangnya sedang duduk bersendirian di atas katil sambil memandang ke arah lantai bilik. Dania mengeluh perlahan. "Kenapa lah dengan abang aku tu?" Soal gadis itu sendiri sambil mencebikkan bibir. Akhirnya, dia mengetuk pintu bilik tersebut untuk meminta izin masuk.
TOK! TOK! TOK!
Selepas mendengar pintu biliknya di ketuk, baru lah Darwish mengalihkan perhatiannya dan memandang ke arah tersebut. Kelihatan Dania tersenyum manis di muka pintu. "Boleh Nia masuk?" Soal adik gadisnya itu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir. Darwish turut mempamerkan senyuman sebelum menjawab. "Masuk lah." Balas jejaka itu ringkas.
Selepas mendapat keizinan, baru lah Dania melangkah masuk ke bilik tersebut dan duduk di birai katil bersebelahan abangnya. "Nia nak apa?" Soal Darwish ringkas. Dania tersenyum kelat sebelum mengusap pehanya sendiri sambil menunjukkan pandangan. Darwish pula sudah tergelak kecil dengan tindakan adiknya itu. "Hah, abang tahu! Ni mesti Nia nak ajak abang keluar pergi mall Kan?" Darwish cuba menduga sambil menunding jari ke arah Dania.
Dania memandang semula ke arah abangnya dengan pandangan yang mencuka kerana sangkaan abangnya itu ternyata meleset. "Eh, bukanlah!" Bentak Dania dengan bibir yang memuncung persis merajuk. Darwish sekali lagi tergelak dengan reaksi dari Dania itu. Langsung tidak hilang perangai kebudak-budakkan adiknya itu. "Habis tu, Nia nak apa ni?" Soal Darwish semula ingin pasti. Selepas soalan itu diajukan, Dania terus menghilangkan muka merajuknya dan terus kepada niat asalnya.
"Nia nak tanya. Abang okey tak sebenarnya ni?" Soal Dania sambil menatap wajah abangnya dalam-dalam. Soalan dari Dania itu membuatkan Darwish amat terkesan. Sehingga berubah raut wajah jejaka itu. Namun, cepat-cepat dia memadamkannya dengan senyuman kecil. "Abang okey je lah. Kenapa? Nampak macam abang tak okey ke?" Soal Darwish pula ingin berdalih. Dania mengeluh seketika sambil mencebik. Kemudian, baru lah dia menyambung perbualannya.
"Sebab Nia nampak abang tak okey lah Nia tanya abang. Baik abang jujur dengan Nia sekarang. Abang okey ke tak ni?" Soal Dania lagi dengan membuat muka serious sambil menunding jari ke arah wajah Darwish sehingga jejaka itu terpaksa menjauhkan sedikit wajahnya. Setelah rasa tidak selesa, Darwish terus menepis tangan adiknya perlahan sebelum membetulkan kedudukan duduknya. "Abang okey lah. Nia tak perlu risau. Abang cuma penat je." Balas Darwish ringkas.
Dania pula sudah menjeling abangnya tanda menyampah. Gadis itu sudah lali sangat dengan jawapan tersebut. Bosan mahu dengar. Bak kata 'orang putih', clishe. "Eh, ni kenapa jeling abang pula?" Soal Darwish sambil mencucuk pipi Dania dengan jari telunjuknya. "Hish! Abang tu lah! Nia tanya sebab Nia risau. Ini tak, abang sibuk nak rahsia." Balas Dania lagi tanda geram. Darwish sudah mengeluh lemah untuk menjawab. "Kenapa Nia risau fasal abang?" Soal Darwish.
"Sebab kelmarin." Jawab Dania perlahan. Darwish sudah berkerut muka mendengar pernyataan itu. "Kenapa pula dengan kelmarin?" Soal Darwish lagi sambil menggaru kepalanya dengan senyuman tipis. "Abang tak ingat ke?" Soal Dania pula. Darwish pula sekadar menggelengkan kepala sebagai respon. Dania menepuk dahinya kerana tidak sangka yang Darwish sudah melupakan apa yang terjadi kelmarin. "Kelmarin kan Nia Ada tanya abang, abang okey ke tak. Tapi, abang blah macam tu je." Balas Dania cuba mengingatkan abangnya itu.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...