Chapter 81

49 3 0
                                    

Maya duduk secara bersendirian di meja kopi yang terdapat di halaman hotel tersebut. Gadis itu melemparkan pandangan ke pemandangan yang luas terbentang di sebelahnya. Sesekali, Maya menyedut jus minuman yang ada di hadapannya untuk menghilangkan haus.

Secara kebetulan, Syazwan baru sahaja habis bersiar-siar di situ. Jejaka itu menghentikan langkah sewaktu ingin masuk ke lobi hotel apabila tersedar dengan kehadiran Maya yang berseorangan. Syazwan mengeluh seketika di situ. Banyak perkara yang bermain di benaknya. Namun, dia merelakan hati juga untuk pergi ke arah Maya.

Setibanya Syazwan di belakang Maya, jejaka itu terus menegur. "Maya." Panggil Syazwan secara sopan. Maya yang terdengar terus terdiam. Dia kenal sangat dengan suara itu. Gadis itu lantas menoleh ke belakangnya. "Syazwan, awak.. Awak buat apa di sini?" Balas Maya sebelum diakhiri dengan soalan. Kedengaran gagap di setiap ayat Maya. Gadis itu memandang pula keadaan sekeliling. Tidak ada pula kehadiran ibu bapa mereka.

Syazwan mengukirkan senyuman buat Maya sebelum melangkah ke kerusi yang kosong di hadapan gadis itu. "Saya saja berjalan di sini. Lepas tu, nampak awak." Balas Syazwan ringkas. Maya pula hanya menganggukkan kepala tanda faham dengan penerangan itu. Tetapi, Maya masih terasa janggal dengan kehadiran Syazwan itu. "Boleh saya duduk sini?" Soal Syazwan spontan.

"Err, boleh. Duduk lah." Balas Maya sebelum memberi keizinan untuk Syazwan berhadapan dengan dirinya. Maya meneguk lagi minumannya sementara menunggu Syazwan duduk di kerusi. Kemudian, Maya meletakkan semula gelas yang dipegangnya ke atas meja setelah puas menyedut minuman itu. Sementara itu, Syazwan pula membetulkan kedudukannya.

"Kenapa awak duduk seorang diri di sini?" Soal Syazwan ingin membuka bicara. Maya menarik nafas sebelum menghembuskannya perlahan. "Saya nak ambil angin. Di sini sejuk. Senang nak tenang kan fikiran." Balas Maya sambil memandang ke arah tempat lain. Syazwan pula sekadar terdiam. Ada sedikit hatinya terasa di perli oleh ayat Maya walaupun bukan itu yang cuba disampaikan oleh gadis tersebut.

Dengan ayat pengakhiran dari Maya, mereka berdua terus terdiam buat seketika. Syazwan sudah menggaru kepala dengan wajah yang gusar manakala Maya pula mengetap bibirnya. Lambat-laun, mereka bersuara kembali. "Can I say something?" Soal mereka secara serentak. Tindakan itu membuatkan Syazwan dan Maya tergelak kecil.

"It's okey. Awak cakap dulu." Balas mereka serentak lagi. Dan sekali lagi mereka tergelak. "Awak cakap lah dulu Syazwan." Balas Maya lagi. "Okey, saya cakap ya." Balas Syazwan sambil menunding jari ke arah dirinya sendiri. Maya pula sekadar menganggukkan kepala tanda setuju. "Saya.. Saya nak minta maaf fasal kelmarin." Syazwan membuka bicara dengan suara yang mendatar. Dia cuba meminta maaf kepada Maya atas apa yang telah dia lakukan di restoran tempoh hari.

Maya pula hanya mendengar dengan teliti dan mendiamkan diri. "Yes, I know that i'm wrong. Patutnya, saya beri peluang pada awak untuk cakap. Tapi tak, saya pula yang melenting. So, i'm so sorry." Tambah Syazwan lagi dengan raup wajah yang betul-betul rasa bersalah. Maya pula mengeluh dengan pemohonan maaf dari Syazwan itu. Syazwan pula sudah mula bimbang dengan reaksi dari Maya. "Are you forgive me?" Soal Syazwan lagi ingin kepastian.

Maya terdiam seketika tatkala mendengar rayuan dari Syazwan itu lagi. Gadis itu berfikir sejenak. Buat apa dia perlu marah atau merajuk pada Syazwan sedangkan dia punca Syazwan marah kepada dirinya. Secara lambat, Maya mengukir senyuman kepada Syazwan. "Awak jangan risau lah, Syazwan. Saya sentiasa maafkan awak." Balas Maya lembut.

Syazwan terus menekup wajahnya tanda syukur. "Huh! Nasib baik." Ucapnya perlahan namun masih boleh di dengari oleh Maya. Gadis itu tergelak kecil mendengar celoteh dari Syazwan itu. Maya membetulkan kedudukan duduknya sebelum kembali bersuara. "Lagipun, bukan salah awak. Ini semua salah saya." Balas Maya sambil memeluk tubuh. Maya menundukkan pandangannya buat seketika.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now