DUA HARI KEMUDIAN
Farah duduk di tempat menunggu di sebuah lapangan terbang. Tujuannya adalah satu sahaja. Iaitu menantikan kehadiran Syazwan yang baru pulang dari Korea bersama keluarganya. Namun, gadis itu tidak tahu bahawa keluarga Syazwan pergi ke sana dengan keluarga Maya. Malah, Farah juga tidak tahu hubungan diantara Syazwan dan Maya kini bakal menjadi pasangan tunang.
Farah melihat jam tangan pada jam yang diikat kemas pada tangan kirinya. Sesekali gadis itu mencebik sambil memandang ke arah sekeliling. "Hish, mana Syazwan ni? Patutnya sekarang dah sampai." Rungut Farah sendirian sambil mata masih meliar di segenap ruang lapangan terbang itu. Tidak lama kemudian, baru lah dia ternampak kelibat Syazwan dan keluarga jejaka itu masuk ke balai berlepas.
"Sampai pun." Farah bersuara dengan senyuman. Namun, senyumannya itu tiba-tiba pudar apabila menyedari kehadiran keluarga Maya. "Eh, apa pula perempuan tu buat kat sini?" Soal Farah sendirian. "Tak akan lah mereka sekeluarga keluar bersama?" Farah cuba menduga dengan muka yang mencuka. "Tak boleh jadi ni. Aku perlu ambil kesempatan." Farah bersuara lagi sebelum cepat-cepat menyangkut tas tangannya pada bahu dan melangkah ke arah Syazwan.
Sementara itu, keluarga Syazwan dan keluarga Maya pula sedang berborak tentang majlis pertunangan. "So, bila kita nak langsungkan majlis pertunangan ni?" Puan Sofia daripada pihak lelaki pula yang menyoal. "Eh, ibu. Kenapa cakap macam tu? Nanti lah dulu. Bagi kami rehat." Balas Syazwan sebelum tersenyum malu. "Tidak apa lah Syazwan. Perkara baik tak perlu dilambatkan." Balas Puan Masyitah pula. Syazwan dan ahli keluarganya pula sudah tersenyum.
"Maya pun mesti dah tak sabar nak jadi isteri Syazwan Kan?" Encik Mazlan menyoal anak gadisnya untuk mengusik. Maya tercengang seketika mendengar soalan itu. Kemudian dia memandang pula ke arah Syazwan yang memerhatikannya dari tadi. "Err, Maya tidak kisah. Maya ikut je Syazwan." Balas Maya ringkas dengan sedikit gagap sebelum mengukirkan senyuman di hujung ayatnya. "Tentang hal itu jangan risau. Nanti uncle dan parents kamu akan bincangkan tarikhnya." Balas Encik Shamsul.
"Tapi, tak macam awal sangat ke? Nanti Wan bincang lagi dengan Maya ya?" Balas Syazwan dengan soalan sambil menoleh ke arah ayahnya. "Betul juga apa yang Syazwan cakap tu." Tambah Maya untuk menyokong kata-kata Syazwan. Encik Shamsul dan Puan Sofia memandang antara satu sama lain dengan muka hairan. Sama juga dengan kedua ibu bapa Maya. "Ikut kamu berdua lah. Tapi, jangan lambat sangat. Takut ada perkara yang tidak elok jadi nanti. Dugaan ni kita tak boleh nak jangka." Pesan Encik Mazlan kepada Maya dan Syazwan.
Syazwan sekadar tersenyum sambil mengangukkan kepalanya tanda faham. "Papa jangan risau ya? Maya percayakan Syazwan." Balas Maya kepada ayahnya sebelum melemparkan senyuman kepada Syazwan. "Bagus lah kalau kamu berdua ada persefahaman." Tambah Puan Masyitah pula sebelum mereka semua tergelak kecil. Kemudian, mereka semua terus menyambung langkah untuk keluar dari lapangan terbang itu.
Namun, langkah mereka berenam terhenti kerana kehadiran Farah yang tanpa diduga. "Hye, Syazwan!" Ucap Farah dengan teruja dan senyuman yang melebar. "Farah?" Soal Syazwan hairan dengan wajah yang berkerut. Maya pula sudah menukar riak wajah kepada tawar. Rimas betul melihat ke arah Farah. Kedua ibu bapa Syazwan sudah memandang kosong ke arah Farah kerana tahu dengan apa yang di buat oleh Farah kepada Syazwan beberapa tahun yang lepas. Kedua ibu bapa Maya pula turut hairan dengan kehadiran Farah yang tidak dikenali.
"Apa yang you buat di sini?" Soal Syazwan pantas selepas keadaan menjadi tergantung sebentar tadi. "I tunggu you lah. Lama sangat you atas flight." Balas Farah dengan nada suara yang mengada-ngada. "Siapa dia ni?" Soal Puan Masyitah secara berbisik kepada Puan Sofia yang berada di sebelahnya. "Dia ni bekas kekasih Syazwan. Dah lama Syazwan tinggalkan dia. Tapi, dia datang balik bila dapat tahu Syazwan dengan Maya." Balas Puan Sofia untuk menerangkan keadaan sekarang. Puan Masyitah hanya menganguk faham sebelum memberitahu kepada suaminya pula.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...