Chapter 31

84 2 2
                                    

Ke semua ahli keluarga Liya dan rakannya Maya, sedang duduk di pondok di sebelah rumah mereka. Mereka sedang minum petang bersama. Akim pula sedang bermain bola sepak sendirian. Maya dan lain-lain sedang berborak rancak.

Tiba-tiba, perbualan mereka terganggu apabila ternampak sebeuah motosikal berteknologi tinggi masuk ke perkarangan rumah mereka. Maya yang yang kelibat itu lantas teringatkan Syazwan. Tapi, takkan lah sampai ke sini dia mencari Maya "Siapa pula datang tu?" Soal Encik Hamid. Liya lantas menjawab. "Tu lah kawan Liya." Balas Liya.

Maya lantas memandang tepat ke arah mata Liya. "Tu Syazwan kan?" Soal Maya dengan nada yang keras sambil berbisik kepada Liya. Liya pula tersenyum apabila mendengar apa yang Maya katakan. "Aduh, kenapa kau beritahu dia." Balas Maya lagi. "Sorry." Ucap Liya dengan senyuman nakal. Selepas membuka helmet, glove dan jaket. Syazwan terus ke pondok itu.

Liya pula terus berdiri di sebelah Syazwan untuk berlakon perkenalkan rakannya itu. "Abah, mak. Ni lah kawan yang Liya cakap tu." Balas Liya. Kemudian, Syazwan terus melemparkan senyuman sebelum menyalam kedua ibu bapa Liya. "Eh, kamu ni pemain bola JDT kan? Syazwan nama kamu kan?" Soal Encik Hamid dengan senyuman.

Syazwan lantas membalas dengan senyuman. "Ya, pak cik. Saya lah tu." Balas Syazwan. Dia tidak sangka pula orang Penang turut mengenalinya. Maya pula hanya mendiamkan diri. Encik Hamid terus tersenyum lebar apabila sangkaannya betul. Lalu Puan Kuntum terus bersuara. "Suka lah abah kamu ni, Liya. Dapat jumpa pemain bola."

Kemudian, Encik Hamid membalas pernyataan isterinya itu. "Memang lah. Jarang dapat jumpa dengan mereka semua ni." Puan Kuntum perasan yang Maya terdiam dari tadi, lantas di bersuara. "Maya, kamu tak kawan ke dengan Syazwan?" Soal Puan Kuntum tiba-tiba. Maya memandang Puan Kuntum sebelum memandang tajam kepada Syazwan.

"Tak." Balas Maya ringkas. Syazwan yang mendengar jawapan itu amat kecewa. Puan Kuntum hanya mendiamkan diri apabila mendengar jawapan Maya. "Akim! Sini salam abang ni!" Panggil Encik Hamid. Akim yang mendengar namanya di seru lantas pergi ke arah Syazwan. Kemudian, dia terus menyalam jejaka itu. "Eh, abang ni player JDT tu kan." Akim bersuara dengan senyuman.

Syazwan terus tersenyum sebelum merendahkan diri untuk memudahkan dirinya untuk berbual dengan kanak-kanak. "Ha'ah. Kenapa? Adik minat abang ke?" Soal Syazwan. Akim lantas tersenyum. "Ya, saya memang minat abang! Abang power sangat bila main bola!" Puji Akim melambung. Syazwan hanya tersenyum manis.

"Jom main dengan Akim. Boleh Akim tahu teknik abang." Ajak kanak-kanak itu. Maya hanya memerhatikan Syazwan dari tempat duduknya. Rasa benci tiba-tiba menyelubungi dirinya. "Eh, kamu ni. Kalau ya pun, biarlah abang ni rehat sekejap. Dia baru sampai." Balas Puan Kuntum.

Syazwan terus tergelak kecil. "Tak apa, kamu pergi main dulu. Nanti abang datang." Balas Syazwan sebelum mengusap rambut kanak-kanak itu. "Okey." Balas Akim sebelum menyambung main bola. Selepas itu, Syazwan terus mengambil tempat di sebelah Maya. Maya dari tadi hanya mendiamkan diri. Dia tidak lagi memandang wajah Syazwan. Mungkin masih lagi terasa dengan apa yang terjadi tempoh hari.

"Maya, tuang kan air untuk Syazwan ." Encik Hamid bersuara. Maya lantas mengambil jug plastik yang berisi teh O limau. Syazwan pula menghulurkan cawan yang masih ada di dalam genggamannya.

Sewaktu Maya menuang air itu, Syazwan hanya memerhati wajah gadis tersebut. Kemudian, Maya mengangkat wajahnya dan pada masa itu juga lah Syazwan mengeyitkan mata kepada Maya.

Maya yang sedar tindakan itu terkejut dan hampir terlepas pegangan jug di tangannya. Syazwan lantas tergelak kecil. "Maya, kamu kenapa?" Soal Puan Kuntum. "Tak ada apa mak cik." Balas Maya sebelum menyambung menuang air ke dalam cawan Syazwan.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now