Seperti yang dirancang, selepas subuh ini, Syazwan, Maya dan Liya akan bergerak pulang ke Johor. Sudah hampir dua minggu di Pulau Pinang. Pasti banyak kerja yang tertangguh di studio. Syazwan pula sudah tentu akan berkejar masa untuk bertungkus lumus berlatih untuk meningkatkan staminanya semula.
Matahari masih belum terbit sepenuhnya. Langit masih kelihatan biru gelap. Namun, keluarga itu sudah sibuk berkumpul di hadapan rumah untuk bersalaman. Maya dan Liya sudah bersalaman dengan Puan Kuntum. Siap berlaga pipi lagi.
Syazwan pula bersalaman dengan Encik Hamid dan Akim. "Abang, kalau senang. Datang lah sini lagi. Akim boring seorang diri." Akim bersuara tiba-tiba sebelum memegang erat pergelangan tangan Syazwan. Syazwan melemparkan senyuman mesra sebelum membalas.
"InsyaAllah, Akim. Lagipun, Akim tahu kan yang abang sibuk. Jika ada peluang, abang akan datang." Sejurus berkata, jejaka itu mengusap manja kepala kanak-kanak di hadapannya. Encik Hamid hanya tersenyum dari tadi melihat telatah anaknya.
"Liya jaga diri baik-baik ya di sana. Kamu jauh di sana. Ibu tidak dapat melihatkan kamu." Pesan Puan Kuntum dengan wajah yang risau. "Mak, jangan lah terlalu risau. Liya sudah besar. Liya akan jaga diri baik-baik. Lagipun, Maya ni ada untuk jaga Liya." Liya membalas sebelum menepuk lengan Maya perlahan sambil tergelak kecil.
Puan Kuntum tersenyum melihat dua anak dara di hadapannya itu. Ada sahaja jawapan yang akan dikeluarkan. "Hah, Maya. Sebelum mak cik terlupa." Selepas berkata, Puan Kuntum terus menghulurkan sehelai kertas kecil yang mengandungi resepi lauk lemak cili padi seperti yang dijanjikan olehnya semalam.
Maya lantas menyambut kertas itu dengan senyuman. "Terima kasih ya, mak cik." Ucap Maya. "Sama-sama. Nanti lepas sudah cuba, telefon mak cik. Beritahu tentangnya. Nanti nombor telefon rumah minta sahaja pada Liya." Balas Puan Kuntum sebelum menepuk perlahan bahu Maya. Maya hanya mengangguk faham.
Liya yang melihat lantas mengerutkan kening. "Eh, apa ni?" Soal Liya hairan. "Tidak ada apa lah. Mak beri dia resepi masakan. Dia nak cuba masak." Puan Kuntum lantas sahaja memintas. Maya pula sudah tersenyum menahan gelak kerana faham yang Puan Kuntum cuba 'menyelamatkannya'. Kemudian, Maya mengangkat begnya dan masukkan ke dalam bonet kereta Liya. Syazwan pula sudah naik ke atas badan motosikalnya.
"Baiklah, kami gerak dulu ya mak." Ucap Liya sekali lagi sebelum berpelukan dengan ibunya. Kemudian, Maya dan Liya masuk ke dalam kereta. Syazwan pula sudah menghidupkan enjin motosikalnya. "Selamat tinggal !" Ucap Liya dan Maya dari tingkap kereta. Syazwan hanya mampu melambaikan tangannya.
Kemudian, Syazwan terus memandu motosikalnya keluar dari kawasan rumah di ikuti oleh kereta yang di pandu oleh Liya dari belakang. Encik Hamid, Puan Kuntum dan Akim hanya melambaikan tangan. "Harap mereka sampai ke sana dengan selamat." Ucap Encik Hamid ringkas. Puan Kuntum hanya mengangguk setuju.----------------------
Encik Mazlan duduk di meja kopi di halaman rumahnya. Dia sedang ralit membaca mesej yang tidak henti-henti masuk di group aplikasi Whatsapp miliknya. Kebetulan, hari ini dia tidak masuk ke pejabat. Jadi, boleh lah dia berehat bersama isterinya di rumah.
Kelihatan Puan Masyitah menghampiri dirinya dengan membawa secawan teh. "Abang, ni teh nya." Puan Masyitah bersuara sebelum meletakkan cawan teh itu di hadapan suaminya. Kemudian, dia mengambil tempat bersebelahan suaminya.
"Abang, abang tahu kan hari ni Maya balik?" Soal Puan Masyitah. Encik Mazlan memandang hairan ke arah isterinya. "Lah, hari ni ke? Awak tidak beritahu saya pun." Balas Encik Mazlan sebelum meletakkan telefon pintarnya ke atas meja kopi. Kemudian, dia meneguk air teh yang di buat isterinya.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...