2019
Seorang perempuan sedang bersiap di depan meja soleknya. Dia sedang mengemaskan pemakaian selendang bewarna biru laut itu. Setelah puas melihat penampilannya yang sempurna, dia terus tersenyum. Kemudian dia melihat ke arah kalender '14.4.2019'. Hari ini ada lah hari lahirnya.
Dia mengambil beg tangannya dan sedia untuk ke kolej. Baru sahaja ingin melangkah keluar dari kamarnya, tiba-tiba telefon pintarnya berdering. Dia terus menyelok poket seluarnya. Kelihatan nama 'MAMA' yang tentera di situ. Dia lantas mengangkat panggilan itu.
"Assalamualaikum." Ucap ibunya melalui telefon. "waalaikumussalam, mama. Mama sihat?" Jawab gadis itu sebelum duduk di birai katil. "Mama sihat saja di sini. Papa kamu juga sama. Dia baru saja keluar ke pejabat." Balas ibunya. "Mama telefon ni nak ucap selamat hari lahir. Tapi maaflah, mama dan papa tidak sempat nak ajak kamu keluar makan. Papa kamu tu sibuk sangat dengan syarikat dia ." Ibunya berkata sekali lagi. Terdengar keluhan dari ibunya di hujung ayatnya.
Gadis itu tersenyum mendengar pernyataan ibunya meskipun senyuman itu tidak dapat di lihat. "Tidak apa ibu. Maya tidak kisah. Lagipun, Maya sudah besar. Tidak perlu rasanya sambut hari lahir." balas gadis yang menggelarkan dirinya Maya itu dengan sopan. Terdengar gelak kecil di hujung ayatnya. "Hmm. Yelah. Dah siap nak pergi ke kolej lah ni? " soal ibunya. "sudah mama. Dah nak gerak ni. Tapi mama telefon, tu yang Maya duduk sekejap ni." Balas Maya.
"Baiklah. Belajar elok-elok ya di sana. Mama dan papa sentiasa doakan kamu di sini supaya cita-cita kamu tu tercapai." Ibunya bersuara lagi. Sekali lagi, Maya tersenyum manis. "ya, mama. Maya tahu. Jangan risau ya. Baiklah, Maya nak ke kolej ni. Takut lambat. Assalamualaikum mama." Ucap Maya di hujung panggilan. "ya lah. Waalaikumussalam."
Selepas menamatkan panggilan. Maya terus keluar dari kamarnya dan terus ke pintu utama. Kelihatan rakan serumah dengannya sudah menunggu. "ha, turun akhirnya. Kau tahu berapa lama aku dah tunggu kau kat sini?" soal rakannya sambil bercekak pinggang. "Chill lah Liya. Tadi mak aku call. Tu yang lambat sikit. Lain kali, tunggulah dalam kereta." Balas Maya.
"Habislah minyak kereta aku nanti." Balas Liya ringkas. Maya hanya mengherotkan bibirnya apabila mendengar jawapan rakannya. "Breakfast kat kafe apa hari ini? " Soal Maya ingin mengubah topik perbualan. "Hari ini kita breakfast kat kolej jelah. Malas nak keluar duit. Sudah hujung bulan, duit dah nak habis. Lagipun hari ni... " kata-kata Liya terhenti seketika.Maya terus berkerut kening melihat rakannya itu. "Ada apa hari ini kat kolej? Ada apa-apa program ke? " soal Maya ingin tahu. "Eh, tidaklah. Er, tidak ada program." Balas Liya dengan sikit gelabah. "sudah, jomlah. Nanti lambat. Kunci pintu." Liya bersuara lalu terus menghidupkan enjin keretanya. Maya hanya menggelengkan kepala dengan senyuman.
Sewaktu dalam perjalanan, Maya dan Liya hanya mendiamkan diri. Maya asyik memandang permandangan di luar. Liya pula fokus dengan pemanduannya. Tiba-tiba ada suatu berita yang menarik perhatian Liya dari radio.
"JANGAN LUPA MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK PADA MALAM INI DENGAN PERTEMBUNGAN DIANTARA JOHOR DARUL TAKZIM DAN TERENGGANU. YANG PASTINYA, IA AKAN MENGGEGARKAN MALAM ANDA!"
"Eh, Maya. Teman aku jom malam ni." Pelawa Liya. Maya yang tadi sebuk memandang ke luar tingkap kini memalingkan wajahnya. "kau nak pergi mana pulak malam ni?" Soal Maya pula. Liya mengeluh seketika sebelum membalas lemah "tengok bola lah kat mamak. Aku dah lama tidak pergi stadium. Tengok kat mamak pon jadilah."
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...