Chapter 8

171 7 0
                                    

Maya dan Liya sudah sampai di perkarangan stadium. Sudah ramai penyokong yang sudah sampai di situ untuk beratur masuk ke dalam stadium. Selepas memarkir kereta Axia milik Liya, mereka terus keluar dari kereta dan menuju ke beberapa gerai untuk membeli makanan untuk santapan mereka sewaktu menyaksikan perlawanan.

Dan pada hari ini juga, Maya memakai jersi yang di tempah di kedai tempoh hari. Mafla pula dia letakkannya di leher. Mereka berdua terus pergi ke pintu masuk stadium untuk beratur. Setelah masuk, mereka berdua terus memilih tempat yang mereka selesa untuk duduk.

Beberapa minit kemudian, perlawanan bola sepak diantara Johor Darul Takzim dan Kelantan pun bermula. Semua penyokong mula bersorak dan menyanyikan lagu untuk memberi semangat kepada pemain-pemain. Maya turut mengikut bait-bait lirik itu dengan betul.

Maya dan Liya bersorak gembira. Sewaktu Syazwan menjaringkan gol, semua penyokong bersorak gembira sehingga ada yang terlompat-lompat. Perlawanan malam itu memang begitu meriah. Mata Maya pula tidak henti-henti memerhatikan Syazwan. Jantungnya berdegup kencang. Sesekali, dia tersenyum manis.

Apabila perlawanan tamat, semua penonton mula berpusu-pusu keluar dari stadium. "Kita nak tunggu player-player tu di mana?" Soal Maya sewaktu mereka berjalan keluar stadium. Liya memalingkan wajahnya ke arah Maya.

"Kita tunggu kat tempat bas. Nanti, mereka keluar. Selain penyokong yang menunggu, wartawan pon ada, jadi tak lah rasa kekok sangat." Balas Liya panjang sebelum memandang ke depan semula. Maya hanya menggangguk mendengar pernyataan itu. Selepas keluar dari stadium, Maya dan Liya terus pergi ke laluan pemain-pemain akan menaiki bas.

Setelah satu jam setengah, akhirnya semua pemain-pemain keluar mengikut jalan itu. Semua wartawan dan penyokong lain terus ke situ. Sama juga dengan Maya dan Liya. Kemudian, mereka perhati seorang demi seorang pemain yang keluar. "Hah, tu! tu!" Beritahu Liya sebelum menunding jari pada Syazwan.

Maya yang nampak terus memanggil. "Syazwan!" Teriak Maya untuk di dengari dengan jelas kerana suasana di situ agak riuh. Syazwan yang terdengar namanya dipanggil terus mencari pemilik suara itu. Apabila mengenal pasti, kelihatan Maya menghulurkan telefon tanda ingin mengambil gambar.

Syazwan terus ke arah gadis itu. "Tolong ambilkan gambar." Pinta Maya. Syazwan tersenyum dan mengambil telefon itu sebelum mengambil beberapa keping gambar. Setelah itu, dia memberikan semula telefon itu kepada Maya.

Namun, baru sekarang dia perasan bahawa gadis itu ialah Maya. "Eh, awak perempuan yang..." Baru sahaja ingin menyoal, kata-katanya dipintas oleh seorang wartawan. "Minta maaf, boleh kami temu bual kamu sebentar?" Soal seorang wartawan lelaki itu. Syazwan hanya mengangguk sebelum melihat Maya berlalu pergi.

DI DALAM KERETA

Maya dan Liya hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Mungkin kerana penat setelah semalaman di stadium. "Apa dia nak cakap kat aku tadi ya." Maya bersuara tiba-tiba. Liya yang sedang memandu mendengar dengan jelas apa yang dikata rakannya.

"Kenapa, Maya?" Soal Liya. Maya menghembus nafas berat sebelum bersuara. "Tadi, Syazwan ada nak cakap sesuatu. Tapi, wartawan tu pula menyibuk." Balas Maya sebelum memuncungkan bibir. Liya hanya mendiamkan diri mendengar jawapan dari rakannya. "Kau rasa dia nak cakap apa?" Soal Liya.

Maya hanya menjongketkan bahu. "Hish, tidak puas hati lah!" Maya mengungkap kata tidak puas hati. Liya hanya tersenyum melihat rakannya. "DM je nanti." Balas Liya ringkas. Maya memandang rakannya. "Hish, nantilah. Macam melebih je cara tu." Maya membalas dan cuba berdalih. "It's up to you." Balas Liya ringkas. Maya hanya mendiamkan diri mendengar jawapan kawannya.

DI DALAM BAS

Syazwan menongkat dagunya menggunakan tangan pada cermin bas. Dia sahaja di dalam bas yang masih belum tertidur.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now