Syazwan duduk di kerusi rehat berhampiran panggung wayang yang sudah dijanjikan dengan Maya. Dia menyandarkan badannnya pada kerusi sambil melihat skrin telefon. Sesekali dia melemparkan pandangannya ke segenap ruang untuk memerhatikan kelibat Maya. Dahinya mula berkerut. "Mana pula Maya ni. Jadi ke tidak datang?" Jejaka itu menyoal dirinya sendiri.
Maya pula sudah masuk ke pintu utama pusat membeli belah tersebut. Dia kelihatan seperti kelam-kabut. Dia membetulkan kedudukan bajunya sementara. Kemudian, dia melihat pula jam pada tangannya. "Alamak, dah lambat." Maya bersuara sebelum menuju pantas ke arah tangga bergerak yang terletak di tengah-tengah pusat membeli belah tersebut.
Beberapa minit kemudian, kelihatan susuk tubuh Maya sudah muncul dan sedang menuju ke arah Syazwan dengan senyuman yang terukir. Syazwan pula sudah berdiri ingin menjemput Maya. Setelah gadis itu berada di hadapannya, dia lantas bersuara. "Saya ingat awak tidak datang." Maya tersenyum segan mendengar pernyataan itu.
"Saya minta maaf ya. Saya bukan sengaja nak lambat." Balas Maya sebelum mengeluh. "Tidak apa lah, saya tidak ambil hati pun." Balas Syazwan dengan senyuman. Lega hati Maya apabila mendengar jawapan itu. Tidak perlulah dia menanggung perasaan bersalah. "Okey, jom pergi beli makanan dan minuman." Ajak Syazwan. Maya hanya mengagguk sebelum Syazwan memberinya laluan untuk jalan terlebih dahulu.
Selepas mereka berdua membeli popcorn dan minuman berkabonat, Maya dan Syazwan terus beratur di barisan untuk masuk ke panggung wayang mengikut tiket yang disediakan. "Syazwan." Panggil Maya. "Ya, kenapa?" Soal Syazwan sambil memalingkan pandangannya ke arah Maya.
"Awak tidak beritahu pun nak tengok cerita hantu ni." Balas Maya sambil melihat tajuk cerita yang akan ditonton pada tiket yang dipegangnya. "Kenapa? Awak tidak mahu tengok?" Soal Syazwan lagi. Maya menggaru kepalanya seketika. "Bukan apa, saya sebenarnya.." Belum sempat gadis itu menghabiskan ayat, Syazwan lantas memintas.
"Awak takut ya." Selepas mengungkap kata-kata itu, Syazwan terus tergelak. Maya lantas memukul lengan kekasihnya itu. "Awak ni kan. Tak baik lah." Selepas besuara, dia terus memeluk tubuh. "Alah, awak ni. Tidak ada apa lah. Cerita je pun. Lagipun, saya kan ada." Balas Syazwan sambil tersenyum. Jawapan itu berjaya membuatkan Maya memandang semula ke arah Syazwan.
Tiba-tiba, datang pula sekumpulan perempuan menghampiri Syazwan. "Sorry ganggu. Awak player bola JDT kan?" Soal salah perempuan itu. Maya pula hanya memerhati tindakan gadis-gadis itu. "Ya, saya kenapa?" Soal Syazwan. "Kami nak ambil gambar boleh?" Soal gadis itu lagi. Syazwan pula memandang ke arah Maya secara tiba-tiba.
Maya pula sudah mengerutkan kening tanda hairan. Syazwan memandang semula ke arah gadis-gadis itu. "Hah, boleh saja." Balas Syazwan ringkas. "Awak, boleh tolong ambil kan gambar kami?" Soal gadis itu kepada Maya. Maya sudah tercengang apabila mendengar apa yang keluar dari mulut perempuan itu.
Kelihatan Syazwan pula sudah tersenyum kelat ke arahnya. "Hah, boleh. Beri saya telefonnya." Balas Maya. Kemudian, dia mengambil telefon yang dihulurkan gadis itu. Lalu, Maya mengambil beberapa keping gambar gadis-gadis itu dengan Syazwan secara terpaksa. Setelah selesai, gadis-gadis itu mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
Muka Maya serta-merta mencuka. Kemudian, mereka berdua bergerak ke hadapan mengikut barisan. "Awak ni kenapa pula tiba-tiba bermasam muka?" Soal Syazwan. Maya hanya berdiam diri. "Hey, saya tanya ni." Syazwan bersuara lagi. "Tidak ada apa lah." Balas Maya ringkas sebelum mereka bergerak semakin ke hadapan.
"Kalau cemburu. Cakap saja lah." Balas Syazwan sebelum tersenyum sinis ke arah Maya. Maya pula sudah menjegilkan mata ke arah Syazwan. "Memang lah saya jealous. Dah lah suruh saya ambilkan gambar mereka. Menyusahkan betul." Rungut Maya. "Apa lah awak ni. Ambil gambar je pun. Bukan saya buat apa-apa dengan mereka." Balas Syazwan lagi.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...