Chapter 14

126 6 1
                                    

Maya dan ayahnya sedang menyiapkan sandwich. Manakala, Puan Masyitah pula sedang membancuh teh O di chalet. Setelah selesai, mereka pun bawa ke pantai. Mereka menuju ke arah Encik Shamsul dan Puan Sofia yang sedang duduk di tikar yang sudah dibentang.

"Uncle, antie." Tegur Maya dengan senyuman sebelum meletakkan bakul yang berisi sandwich dan teh O dan tidak terlupa juga cawan-cawan. Kemudian, mereka semua duduk di situ. "Susahkan kamu semua je buatkan semua ni." Puan Sofia bersuara. "Eh, tidak apalah. Bukan susah pun." Balas Puan Masyitah sebelum mengukir senyuman.

"Syazwan mana auntie?" Soal Maya tiba-tiba. Tidak sangka pula soalan itu yang terpacul di mulutnya. "Syazwan dah pergi mandi dulu kat sana. Hah, tu dia datang ke sini." Puan Sofia membalas sebelum menunding jari ke arah anaknya. Maya terus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Puan Sofia.

Syazwan yang memakai baju 'thight' itu menampakkan bentuk badannya yang sasa. Mata Maya terus tertangkap pada susuk tubuh badan jejaka itu. Selepas sampai di hadapan mereka semua, Syazwan lantas bersuara. "Uncle dan auntie baru sampai?" Soal Syazwan sebelum menggosok-gosok rambutnya yang basah.

"A'ah. Duduk lah sini dulu. Ni, kami ada bawa makanan." Encik Mazlan bersuara sebelum mempelawa Syazwan. "Oh, boleh juga." Syazwan membalas dengan senyuman sebelum menguak rambutnya ke belakang. Kemudian, dia terus duduk bersebelahan dengan Maya. Kemudian, dia terus makan sekeping sandwich. Sama juga dengan yang lain kecuali Maya.

"Awak tidak mahu makan?" Soal Syazwan sambil melihat Maya. Maya tersenyum sebelum membalas. "Tak apa lah. Awak makan je dulu. Saya belum nak makan lagi." Syazwan hanya tersenyum. Kemudian, dia menghabiskan sandwich di tangannya. "Jom." Ajak Syazwan. Maya lantas mengerutkan kening. "Pergi mandi lah. Jom, cepat." Syazwan bersuara sebelum berdiri dan berlalu pergi. Sengaja dia mahu gadis itu mengejarnya.

"Pergilah, Maya. Bukan selalu." Ibunya bersuara tiba-tiba. Maya tersenyum sebelum mengikut langkah Syazwan. Dia berlari anak untuk mendapatkan Syazwan semula. Apabila sudah sampai di sebelah Syazwan, Syazwan lantas menyoal. "Pandai berenang tak?" Maya lantas menjawab dengan mata yang masih pandang ke hadapan.

"Pandai lah. Takkan pula tidak pandai." Syazwan terus tersenyum mendengar jawapan itu. "Kita pergi dalam sikit ya." Balas Syazwan. Maya hanya menunjukkan isyarat 'ok' pada jarinya. Farah pula, hanya duduk bersandar di pokok sambil memakai cermin mata hitam. Dia hanya memerhati gerak geri Syazwan dan Maya.

Syazwan dan Maya berenang ke arah yang dalam sedikit sebelum berhenti. "Kenapa awak pakai baju tu?" Soal Maya tiba-tiba. "Apa? Baju thight ni?" Soal Syazwan pula sebelum menguak rambutnya ke belakang.

Maya hanya mengangguk. "Saya lagi selesa pakai baju ni. Tidak adalah tebal sangat. Lagi satu, senang nak basuh. Pasir tak banyak sangat. Kenapa?" Syazwan memberitahu sebelum diakhiri dengan soalan.

"Tidak ada apa" Jawab Maya ringkas. "Ya ke? Atau, awak tergoda?" Syazwan menyoal sebelum tertawa kecil. Maya terkejut dengan pernyataan itu di beri. "Apa awak ni. Mengarutlah." Maya membalas sebelum menyimbah air ke muka Syazwan tidak henti-henti. Tapi, sebernanya, itulah hakikatnya.

Syazwan cuba menjauhkan diri agar dapat mengelak. "Okey, okey. Dah. Nanti air masuk mulut saya." Syazwan bersuara sebelum mengesat mukanya dengan tangan. "Habis, awak tu." Maya membalas dengan muka yang berkerut. "Yalah, habis tu, kenapa? Awak tidak selesa saya pakai macam ni?" Soal Syazwan lagi. Maya mengeluh seketika dan cuba mencipta alasan lain.

"Tak ada lah. Tapi, tidak elok lah pakai macam tu di tempat awam. Ramai orang tengok." Balas Maya lagi. "Alah, tidak apa lah. Lagipun, saya sudah biasa. Lagi satu, siapa suruh mereka tengok." Syazwan membalas lagi sebelum tergelak dan berenang ke persisiran pantai untuk meloloskan diri. "Hish, dia ni kan!" Maya bersuara sebelum mengejar kekasihnya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now