Hari yang dinanti kian tiba. Ditambah kan lagi dengan berkat hari Jumaat iaitu penghulu bagi hari dalam seminggu. Dengan tarikh ini juga lah, dua pasangan sejoli dan ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak telah pun membuat keputusan untuk mengadakan majlis akad nikah diantara Maya dan Syazwan.
Majlis akad nikah mereka berdua akan didakan di sebuah masjid berhampiran dengan kediaman keluarga Maya. Maya yang sedang bersiap di kamarnya masih tersenyum tatkala melihat busana yang digayakannya. Busana bewarna putih yang digayakan oleh Maya itu disulam pula dengan corak flora yang moden dan kelihatan amat eksklusif. Sulamannya yang halus juga menampakkan lagi kekemasan pakaian tersebut.
Warna putih suci itu jelas menampakkan lagi keindahan penampilan si pemakai. Sesekali, Maya membetulkan pula selendang yang dipakainya dengan bantuan daripada juru solek yang telah dibayar. Tidak lama kemudian, kedengaran pintu bilik Maya diketuk dari luar. Lalu, daun pintu itu ditolak oleh seseorang untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Serentak dengan itu, Maya dan juru soleknya terus memandang tepat ke arah pintu tersebut.
Kelihatan Puan Masyitah sedang berdiri di situ sambil tersenyum manis. "Ibu, masuklah." Pelawa Maya dengan senyuman. Dengan itu, Puan Masyitah terus melangkah masuk Dan menghampiri anak gadisnya. "Dah siap ke?" Soal Puan Masyitah kepada jurusolek tersebut. "Dah, puan. Saya keluar dulu ya." Balas jurusolek itu dengan mesra sebelum meminta izin untuk keluar. Puan Masyitah pula sekadar mengangguk dengan pernyataan tersebut.
Lalu, jurusolek itu terus berlalu pergi dan menutup pintu bilik tersebut untuk memberi ruang privasi untuk dua beranak itu. "Cantik ana ibu hari ini." Puji Puan Masyitah dengan senyuman yang amat melebar. "Terima kasih ibu. Ibu pun waktu nak kahwin dengan ayah mesti cantik begini kan." Balas Maya dengan usikan manja di hujung ayatnya. "Eh, mestilah. Tengok lah ni siapa." Balas Puan Masyitah sebelum mereka berdua tergelak bersama.
Kemudian, mereka berdua bertukar tempat pula dan duduk di birai katil di tengah-tengah bilik tersebut. "Hari ini anak ibu dah nak kahwin. Dah jadi isteri orang. Tak dapat lah lagi ibu nak bermanja dengan kamu." Puan Masyitah tiba-tiba bersuara dengan nada suara yang sayu sambil mengusap lembut pipi anaknya itu. "Ibu, kenapa cakap macam tu? Maya masih lagi anak ibu. Bila-bila masa je kita boleh berjumpa." Balas Maya pula untuk menyejukkan hati ibunya dan juga untuk menghilangkan rasa sebak di hatinya.
"Betul lah apa ibu cakap. Bila dah berkahwin nanti, Maya perlu ada di sisi suami. Dah tak boleh nak manja-manja dengan ibu. Bermanja dengan suami je boleh." Balas Puan Masyitah dengan usikan di hujung ayat sambil tergelak kecil. "Apa lah ibu ni. Ke situ pula dia." Balas Maya dengan senyuman yang malu-malu.
"Alah, ibu jangan risau. Nanti Maya dan Syazwan mestilah bergilir untuk balik ke rumah parents masing-masing. Maya yakin Syazwan akan faham." Tambah Maya lagi. "Iya lah. Ibu tahu. Anak ibu ni mana boleh berpisah lama-lama sangat dengan ibu kan? Anak manja katakan." Balas Puan Masyitah pula. "Apa lah ibu ni. Tapi yang penting, mesti Maya rindu pada masakan ibu." Balas Maya sambil mengherotkan bibirnya.
"Kamu kan dah belajar masak dengan ibu. Ibu yang ajar kamu, mestilah rasanya pun sama macam masakan ibu. Kali ini, kamu perlu masak untuk Syazwan pula. Biar setiap hari terngiang-ngiang dengan masakan kamu." Balas Puan Masyitah dengan senyuman di bibirnya. "Baiklah ibu. Ataupun nanti kita video call ya waktu kita memasak." Tambah Maya sebelum mereka tergelak bersama.
"Maya, ibu ada benda nak pesan pada kamu." Puan Masyitah ingin memberikan pesanan sambil memegang erat tangan anak gadisnya. "Apa dia ibu?" Soal Maya. Puan Masyitah tersenyum seketika dan menatap ke wajah ayu anak gadisnya itu. "Bila dah kahwin nanti. Kamu perlu taat pada suami. Kamu kena ingat, syurga kamu nanti bukan ada pada ibu. Tapi, pada suami kamu." Pesan Puan Masyitah untuk yang pertama.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...