Chapter 67

20 1 0
                                    

Farah dan Jefree duduk di sebuah meja yang ditempatkan di tengah-tengah kelab malam yang dikunjungi mereka. Muzik yang dipasang kuat membuatkan ramai yang berada di situ turut menari mengikut melodi yang rancak.

Lampu pula berkelap-kelip di sana dan di sini menjadikan suasana di situ amat riuh dan padat dengan ramai orang. Ini adalah kali pertama Farah berkunjung ke tempat sebegitu. Itu pun sebab di bawa oleh Jefree. Dengan mudah sahaja, gadis itu mengekori langkah jejaka asing yang baru dikenalinya.

Farah meneguk habis minuman keras yang terdapat di dalam gelasnya buat kali kedua. Jefree pula sudah memerhati keadaan Farah sambil meneguk perlahan air di gelasnya. "Have fun at here?" Soal Jefree dengan senyuman. Jejaka itu terpaksa menguatkan nada suaranya kerana keadaan yang riuh dan muzik yang di pasang kuat.

Farah pula sudah terangguk-angguk dengan soalan yang diajukan. Gadis itu tersenyum sambil menunjukkan 'thumbs up' pada jarinya. "Yes, of course. I never feel like this before. And this is my first time went to here." Balas Farah lagi sebelum tergelak dengan separuh mabuk. "Ouh, I see. So, you want to spend your time at here untill midnight?" Soal Jefree lagi.

Farah memandang ke arah siling kelab malam itu dengan wajah yang berkerut tanda berfikir. Tidak lama kemudian, baru lah dia membalas. "I think, untill tomorrow morning." Balas Farah sambil ketawa. Jefree pula sudah tersenyum sinis ke arah Farah dengan anggukan kepala. "So, let's take more drink." Balas Jefree sambil membuka penutup botol kaca di hadapannya itu.

Dengan itu, Farah lantas sahaja menghulurkan gelasnya yang sudah kosong sejak sebentar tadi. Lalu, Jefree menyambut gelas dari Farah itu untuk dituangya. Jefree pula menuangkan minuman keras itu ke dalam gelas Farah dengan secara perlahan. Matanya pula sempat memandang ke arah Farah sambil menuangkan air tersebut.

Apabila dapat memastikan yang gadis di hadapannya itu sedang leka mendengar rentak lagu dan muzik yang kuat, Jefree terus mengambil kesempatan. Dia mengeluarkan sebiji pil tidur dari dalam poket bajunya. Dengan pantas, jejaka itu terus memasukkannya ke dalam minuman Farah. Kemudian, Jefree menggoncangkan sedikit gelas itu secara perlahan supaya pil tersebut mudah larut.

Apabila selesai, Jefree terus menghulurkan semula gelas itu kepada Farah. "Here you go Farah." Lelaki itu bersuara. Farah memandang semula ke arah Jefree yang sedang menghulurkan gelas tersebut. "Thank you, Jefree." Ucap Farah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. "Farah, can I ask you something?" Soal jejaka itu tiba-tiba.

"What is it?" Soal Farah dengan kerutan di dahi. Lalu, gadis itu meneguk air yang terdapat di gelasnya. "Are you have any relationship with the football player?" Soal Jefree yang merujuk kepada Syazwan. Farah memberhentikan semua tindakannya sebelum memandang tepat ke arah Jefree. "I just asking." Jefree bersuara lagi apabila melihat reaksi Farah yang tidak mahu menjawab.

Farah mengeluh seketika. Namun, dia tetap menjawab. "Actually, I'm who was cheat behind him. And yes, I'm his ex girlfriend." Jawab Farah dengan wajah yang tawar. Kemudian, dia meneguk lagi air tersebut hingga separuh gelas. "But, why did you go to him again if you know that he already hate you?" Soal Jefree lagi. "Jefree, can you just stop asking me about this? I don't want to remember it again. And I just want to know it by myself." Balas Farah dengan sedikit berang.

"Allright, fine." Balas Jefree ringkas sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah. Farah pula hanya menjeling Jefree dengan ekor matanya. Kemudian, gadis itu terus menghabiskan minumannya dengan sekali teguk sahaja. Jefree pula sudah memandang Farah untuk menunggu kesan dari pil tersebut. Tidak lama kemudian, Farah mula mengelipkan matanya banyak kali.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now