Sekarang, Maya sudah menjadi seorang photographer yang terkenal. Dia sering dijemput untuk mengambil gambar di fashion show, majlis perkhawinan, iklan di majalah, model dan macam-macam lagi.
Syazwan pula masih meneruskan lagi karier nya sebagai pemain bola sepak. Dia tidak pernah mengalah atau mengambil peduli netizen yang mengecam kesalahannya. Dia hanya terus dengan kehendak hatinya.
Kisah cinta mereka juga semakin cerah tanpa kehadiran Farah ataupun Darwish. Mungkin mereka diam untuk seketika. Syazwan juga selalu membawa Maya berjalan-jalan bersamanya. Maya pula semakin senang dan selesa dengan Syazwan. Kehadiran Syazwan dalam hidupnya membawa erti baru buatnya.
-----------------
Syazwan dan Maya bersiar-siar di kawasan taman reaksi itu. Pemandangan yang hijau itu amat menyejukkan pandangan mata. Maya pula sibuk mengambil gambar permandangan untuk dijadikan frame. Syazwan juga sering mengambil gambar Maya dengan permandangan yang cantik.
"Okey tak gambar ni?" Soal Syazwan sambil menghulurkan kamera itu kepada Maya. Maya lantas tersenyum sewaktu melihat gambar itu. "Cantik lah. Pandai awak." Balas Maya sebelum mencuit pipi Syazwan. Syazwan pula tersenyum sebelum mecuit manja hidung Maya.
"Jom, pergi depan sana pula." Maya membalas sambil menunding jari ke hadapan. "Okey, jom." Balas Syazwan sebelum mengikut langkah Maya. Selepas itu, mereka terus ke kafe berhampiran dengan taman reaksi itu.
Kemudian, mereka mengambil tempat pada meja bersebelahan tingkap yang luas. Jadi, mereka dapat lihat permandangan di situ dengan lebih jelas. Sewaktu Syazwan melihat ke arah permandangan itu, Maya lantas mengambil kameranya dan mengambil beberapa keping gambar Syazwan. Kemudian, dia tersenyum sewaktu melihat gambar itu semula.
Selepas itu, pelayan kafe itu terus ke arah mereka dan menghidangkan cappucino ice dan milk tea ice. "Terima kasih." Ucap Syazwan. Pelayan itu hanya menggangguk dengan senyuman sebelum berlalu pergi. Kemudian, mereka terus menyedut minuman itu. "Panas kan hari ni." Maya pula bersuara. Syazwan mengangguk setuju.
Kemudian ada sesuatu yang bermain di fikiran Syazwan. Dia lantas tersenyum. Dia terus mengambil dua keping kertas kecil dan dua batang pen yang disediakan di atas meja itu. Dia terus menghulurkan sekeping kertas dan sebatang pen kepada Maya.
"Nak buat apa?" Soal Maya. Syazwan terus tersenyum sebelum membalas. "Awak lukis gambar saya, saya lukis gambar awak. Lukis gambar biasa je." Balas Syazwan "Okey." Balas Maya sebelum mengambil kertas dan pen itu. Kemudian, mereka berdua terus melukis gambar pasangan masing-masing.
Selepas itu, Syazwan mengambil lagi sekeping kertas dan melipatnya menjadi satu bentuk di bawah meja. Dia tidak mahu Maya nampak apa yang dia buat. "Dah?" Soal Syazwan. Maya lantas menggangguk. "Okey, sekarang letak kat tengah-tengah meja." Arah Syazwan. Kemudian, mereka serentak meletak gambar yang mereka sudah lukis di tengah meja.
Syazwan tersenyum melihat gambarnya yang dilulis oleh Maya. Maya pula tergelak kecil melihat gambarnya yang dilukis oleh Syazwan. "Tengok ni." Arah Syazwan. Maya lantas melihat Syazwan. Syazwan membetulkan kedudukan topinya. Kemudian, dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di jantung.
Selepas itu, dia membuat tanda seperti jantungnya sedang berdegup. Kemudian, dia meletakkan tangannya diantara gambar mereka yang dilukis itu. Apabila Syazwan mengalihkan tangannya, kelihatan kertas yang dilipat bentuk hati berada di situ. Seolah-olah Syazwan mengeluarkan hatinya.
Maya memandang Syazwan semula sambil tersenyum. Kemudian, dia mencuit pipi Syazwan manja. "Awak ni, ada-ada jelah." Balas Maya sambil tersenyum. Syazwan tergelak kecil sebelum mengeluarkan kain key milik Maya. "Eh, awak simpan lagi kain key tu?" Soal Maya. "Yalah, takkan saya nak hilang kan. Kalau saya rindu awak, saya akan tengok kain ni." Balas Syazwan dengan senyuman yang manis.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...