Syazwan keluar dari rumah dan berdiri di tepi kolam. Baru sahaja tadi Encik Shamsul dan Puan Sofia keluar ke pasar untuk membeli barang dapur. Dia mengeluh seketika. Dia melihat ke arah kolam renang di hadapannya. Nampak tenang sahaja airnya.
Tanpa di sedari, Farah memberhentikan keretanya di hadapan rumah Syazwan. Disebabkan pagar tidak dikunci, ia memudahkan Farah untuk masuk ke perkarangan rumah itu. Dia menghampiri Syazwan. "Syazwan." Panggil Farah perlahan sambil melihat Syazwan sayu.
Syazwan lantas memalingkan wajahnya. Dia amat terkejut apabila melihat Farah. "Farah? You buat apa kat sini? I dah kata kan jangan ganggu I lagi." Soal Syazwan sebelum meninggikan suaranya. Farah melangkah lagi untuk menghampiri Syazwan. "I nak minta maaf." Ucap Farah sebelum memegang pergelangan tangan Syazwan.
Namun, dengan mudah Syazwan terus menepis. "Jangan pegang I." Arah Syazwan. "Okey, fine. Tapi please. Maafkan I" Ucap Farah lagi. Tapi, itu hanya lah permainannya sahaja. Tak mungkin dia akan berhenti dari mengejar kembali jejaka itu. "No, I takkan maafkan you. Atas apa yang you dah buat pada Maya." Balas Syazwan sambil menunding jari pada Farah.
Farah terus menepis tangan Syazwan. "Apa masalah you hah? Susah sangat ke nak maafkan I kenapa you sibuk sangat dengan photographer tu?!" Soal Farah berang sebelum menolak dada bidang Syazwan. "Sebab apa? Sebab you tu calar kan maruah Maya and you pernah sakitkan hati I. So, dah. Jangan taruh harapan lagi." Bentak Syazwan lagi.
Farah menghampiri Syazwan lagi. Jejaka itu pula mengundur kan diri. Farah lantas memegang tangan Syazwan semula. "Please, maafkan I. I boleh jaga you lebih baik dari photographer tu. Please, Syazwan." Farah masih tidak mengalah. "No, enough. I tak nak kan you!" Syazwan cuba melepaskan pegangan tangan Farah. Farah pula masih tidak mahu mengalah.
Mereka terus bergelut di situ. Tanpa disedari, mereka semakin mengundur. Dan tidak semena-mena dua teruna itu terus terjatuh ke dalam kolam. Syazwan terus mengesat air yang membasahi wajahnya. "Farah, apa you buat ni? Tengok, semua dah basah!" Bentak Syazwan berang. Farah tertawa seketika. "You tu lah. Sapa suruh berganjak. Padan muka." Balas Farah.
"You ni memang tahu cari masalah je! Go back now!" Teriak Syazwan. Farah terdiam seketika. Kemudian dia bersuara. "You tunggulah, walau macam mana pun. You tak boleh terlepas dari I" Kemudian, Farah terus keluar dari kolam dengan basah lencun. "How dare you?!" Teriak Syazwan dari dalam kolam.
Namun, Farah tidak mengendahkannya. Dia terus masuk ke kereta dengan pakaian yang basah. Lalu, dia terus lesap dari pandangan mata. Syazwan menguak rambutnya ke belakang sebelum menghempas tangannya ke air dengan kuat tanda protes. Dia masih tidak faham dengan Farah yang tidak mahu mengalah.
-----------------
Maya melihat jam di dinding studio nya. Jam menunjukkan jam 1 petang. "Liya, aku nak keluar lunch. Kau nak ikut sekali tak?" Soal Maya kepada Liya. Liya sedang duduk di sofa sambil menyusun gambar pada album yang ditempah. "It's okey, Maya. Aku nak siapkan ni. Nanti aku bungkus jelah waktu balik. Kau pergilah dulu." Balas Liya.
Maya hanya mengangguk kepala tanda faham. "Okey, aku keluar dulu." Maya memberitahu. "Allright." Balas Liya ringkas. Selepas itu, Maya terus berlalu pergi. Baru sahaja keluar dari studio, Darwish terus terpacak di hadapannya sambil menghulurkan sejambak bunga ros. Lelaki itu lantas mempamerkan senyuman. Maya amat hairan dengan sikap lelaki itu.
"Jom, keluar makan dengan saya." Ucap Darwish. Maya terdiam lagi. Kemudian, dia terfikir sejenak. "Hmm, jom. Pergi yang dekat-dekat je." Balas Maya sebelum menghampiri Darwish. Darwish terus menghulurkan jambakan bunga itu. Namun, Maya hanya memintas lelaki itu dengan slumber tanpa mengambil pemberian itu. Darwish hanya mengeluh tanda tidak puas hati.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...