Chapter 79

33 2 0
                                    

KEESOKAN HARINYA

Malam sudah pun mula menjelma dengan hilangnya sang Matahari dan digantikan dengan cahaya bulan purnama. Seperti biasa, pasti sahaja jalan raya agak sibuk dengan penuh kenderaan yang sedang membelah jalan.


Darwish berjalan di segenap ruang di butik milik rakan ibunya itu. Ramai juga pasangan yang hadir pada hari ini untuk menguruskan tentang hal perkhawinan dan baju pengantin. Letih juga dibuatnya. Walaupun setakat menekan kalkulator dan menulis resit. Disebabkan jam sudah menunjukkan jam 9:30 malam, maka tiada lagi pelanggan yang datang.

Dapat juga Darwish melepaskan lelah. Lagi satu jam, mereka semua perlu bersiap-siap untuk berkemas dan pulang ke rumah. Jadi, Darwish mengambil kesempatan untuk melihat semua baju pengantin yang sudah dipamerkan dan yang digantung pada setiap rak. Jejaka itu berjalan sambil menyentuh setiap baju yang disaluti dengan plastik menggunakan hujung jarinya.

Cantik-cantik baju di situ. Sehingga angau dibuatnya. Rambang mata juga setiap pasangan ingin memilih pakaian yang ingin digayakan di hari bahagia mereka. Tiba-tiba, Darwish menghentikan langkahnya secara mendadak. Wajahnya juga berubah serta-merta. Kelihatan kerutan pula di dahinya. Darwish mencapai satu baju pengantin perempuan pada rak yang di gantung menggunakan hanger.

Jejaka itu memegang gaun yang diperbuat daripada songket bewarna unggu. Baju itu turut dihiasi dengan sulaman bunga-bungaan dan manik. Cantik sungguh rekaan pada baju tersebut. Gabungan antara gaya tradisional dan moden. Darwish memandang pakaian tersebut dengan pandangan yang penuh mendalam. Tiba-tiba, Darwish teringatkan satu peristiwa yang telah berlalu.

IMBAS KEMBALI

Maya dan Darwish berada di sebuah butik eksklusif. Ini kerana, Maya yang ingin melihat setiap pakaian di situ. Buat 'cuci mata' katanya. Darwish yang mengajak Maya untuk keluar bersama untuk seketika. Lagipun, Maya tidak mempunyai kerja di studio. Kebetulan pula Darwish menghubunginya. Jadi, Maya hanya akur dengan permintaan jejaka itu.

Sedang Maya membelet-belet baju di situ, matanya tertumpu pada satu baju. Maya terus melangkah ke arah sebuah rak pakaian. Darwish pula hanya mengikut dari belakang. Maya tersenyum seketika melihat baju tersebut. Dia terus mencapai baju kebaya yang di jahit daripada kain songket bewarna unggu. Kemas buatannya.

Maya terus meletakkan baju tersebut ke arah badannya seolah-olah mencuba baju tersebut. "Awak suka baju ni?" Soal Darwish dengan senyuman. Maya menoleh seketika ke arah Darwish. "Ha'ah. Cantik baju ni. Berkenan pula mata saya." Balas Maya dengan senyuman sambil menatap baju itu. Darwish pula mengangukkan kepala tanda faham dengan bibir yang terjuih.

Kemudian, jejaka itu menarik pula tag harga pada pakaian tersebut. Maya pula hanya memerhati tindakan jejaka itu dengan hairan. Darwish terus meneliti harga pada tag tersebut. RM 170, jelas kelihatan di situ. Lalu, Darwish melepaskan semula tag harga tersebut. "Kenapa Darwish?" Soal Maya hairan.

"Awak suka kan baju ni?" Soal Darwish sambil menunding jari pada baju kebaya tersebut. Maya lantas mengangukkan kepalanya tanda ya. "Kalau awak nak, ambil lah. Saya bayarkan." Balas Darwish spontan. Maya pula sudah tercengang dengan apa yang dikatakan oleh Darwish itu. "Eh, Darwish. Awak ni biar betul?" Soal Maya secara gagap.

"Ya, betul. Saya boleh bayarkan." Baals Darwish dengan senyuman dan gelakan kecil kerana Maya tidak percaya dengan apa yang dikatakannya. Maya pula lantas menggelengkan kepalanya. "Eh, tak payah lah. Mahal ni. Lagipun, saya tengok-tengok je." Balas Maya lagi dengan rasa bersalah. "Betul ni?" Soal Darwish lagi ingin kepastian.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now