Chapter 61

32 3 0
                                    

Pagi yang indah ini membuatkan Maya amat segar untuk bangun pagi. Tambahan pula di rumah kedua ibu bapanya. Pasti sahaja rasa selesa yang teramat. Dia juga tidak perlu bersusah payah untuk bersiap ke studio kerana hari ini adalah hari cuti.

Lain pula dengan Syazwan. Dari pagi tadi, dia sudah bersiap dengan kelengkapan untuk ke stadium. Pada hari ini lah perlawanan antara pasukan bola mereka akan bertembung dengan pasukan bola tuan rumah iaitu Singapura. Rasa ingin bersaingnya berkobar-kobar dari semalam. Meskipun bukan bertanding di tempat sendiri.

Selepas sahaja mandi, Maya terus mengenakan pakaian pada badannya. Lalu, dia terus turun untuk bersarapan bersama keluarga. "Good morning mama, papa." Ucap Maya dengan senyuman apabila sudah sampai di meja makan. "Morning." Balas kedua ibu bapanya serentak. "Amboi, gembiranya hari ini." Tegur Puan Masyitah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Mestilah, malam tadi dapat tidur di rumah mama. Itu yang happy sampai pagi." Balas Maya spontan. Kemudian, dia mencapai dua keping roti bakar dan dua biji sosej di hadapannya. "Hari ini ada game bola antara local Malaysia dan Singapore kan?" Encik Mazlan bersuara sebelum menyuapkan roti bakar yang susah di kapit dengan kacang panggang yang masih panas.

"Ya, hari ini." Balas Maya ringkas sambil menceduk telur hancur dan kacang panggang dan meletakkan hidangan itu ke atas pinggannya. "Kamu sudah call Syazwan? Wish goodluck ke?" Soal Puan Masyitah pula sambil menuangkan susu ke dalam gelas. Lalu, dihulurkan kepada anak gadisnya itu. Maya menyambut gelas itu sambil berkata. "Belum, sekejap lagi lah Maya call dia. Baru pukul sembilan pagi. Game tu pukul sebelas nanti." Jawab gadis itu.

Encik Mazlan tersenyum seketika. Dia mengelap bibirnya yang terkena kuah dari kacang panggang itu dengan tisu. Lalu, dia terus mencelah perbualan Maya dan ibunya. "Wah, hebat betul anak papa ni. Jadual bola pun dah tahu sekarang." Usik Encik Mazlan. Maya tersenyum seketika sambil tangannya sedang mencampurkan telur hancur dengan kacang panggang yang berkuah itu. Kemudian dia meletakkannya ke atas roti bakar sambil membalas.

"Alah, papa. Sejak Maya sudah minat bola sepak ni. Benda tu sudah jadi biasa untuk Maya." Jawab gadis itu sebelum mengapit roti dan masukkannya ke dalam mulut untuk suapan pertama. "Ya lah, bang. Betul juga kata Maya tu. Mentang-mentang lah Syazwan ada. Pantas saja dia ingat. Cuba kalau bukan Johor yang main. Tidak adanya dia nak kisah." Balas Puan Masyitah pula sambil mencuit lengan suaminya ketika bercakap untuk mengusik anak daranya itu.

Pipi Maya sudah mula merah apabila mendengar apa yang dikatakan ibunya itu. Namun, mulutnya masih menguyah. Jadi dia tidak dapat membalas apa-apa. "Betul juga tu. Dapat lah abang merasa menantu pemain bola sepak." Tambah Encik Mazlan lagi sebelum tergelak bersama isterinya. Maya menelan roti yang dimakannya tadi secara perlahan. Sekarang dia ada peluang untuk bercakap. "Papa, mama. Jangan lah cakap macam itu. Malu lah Maya. Lagipun, kita tidak tahu kan apa yang akan jadi selepas ini." Balas gadis itu. Kemudian, Maya meneguk sedikit susu pada gelasnya.

"Maya, tidak salah pun. Lagipun, kita sudah lama kenal dengan keluarga Syazwan. Jadi tidah lah terlalu kekok." Balas Puan Masyitah. Maya hanya mempamerkan senyuman manis kepada ibunya kerana tidak tahu mahu membalas apa. "Kita habis kan makan dulu lah. Tidak elok pula membazir." Maya bersuara dengan senyuman kelat. Lalu dia terus menikmati sarapannya. Rasa malu pula jika berbual tentang Syazwan dengan ibu bapanya.

SEMENTARA ITU

Syazwan dan Mukhriz sedang duduk berdua di meja bulat untuk bersarapan. Ahli pasukan bola mereka hanya bersarapan bijiran dan susu. Minuman pula jus oren untuk menambahkan glukosa di dalam badan. Ini bagi mengekalkan kecergasan mereka pada waktu pagi. Ini kerana, sebaik sahaja mereka sampai di stadium, mereka akan menjalani lagi sedikit latihan.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now