Chapter 82

48 3 0
                                    

Syazwan membetulkan kedudukan bajunya di hadapan cermin di meja bilik hotelnya. Kemudian, dia merapikan pula rambutnya dengan krim rambut menggunakan tangan. Dia tersenyum seketika melihat penampilan dirinya yang dipantulkan dari cermin tersebut.

Kemudian, jejaka itu mencapai pula minyak wangi bagi lelaki sebelum menyemburnya secara berhemah. Setelah selesai, Syazwan meletakkan semula minyak wangi itu di atas meja cermin tersebut. Dia mencapai pula kotak yang bewarna merah baldu. Syazwan membuka kotak tersebut dan menatap ke arah sebentuk cincin yang akan digunakan untuk melamar Maya.

Kelihatan jejaka itu tersenyum seketika. "Malam ni Maya." Syazwan bersuara sendirian. Lalu, dia menutup semula kotak cincin itu sebelum memasukkannya ke dalam poket seluar. Nasib baik lah muat. Kemudian, dia mencapai telefon pintarnya sebelum menghantar mesej kepada Maya.

Syazwan : Maya, awak dah siap ke?

Maya yang sedang bersiap itu mendengar deringan telefon yang diletakkan di atas katil. Lantas gadis itu mengambil telefon pintarnya sebelum membuka peti mesej yang dihantar oleh Syazwan. Lantas sahaja gadis itu membalas.

Maya : Belum, saya tengah bersiap ni. Sekejap lagi siap. Kenapa?

Setelah mesej itu di hantar, Maya membawa telefon pintarnya ke arah meja cermin sebelum menyarungkan anak tudung. Syazwan pula baru sahaja mendapat semula mesej itu sewaktu menyarungkan stokin. Jejaka itu menghentikan perbuatannya buat seketika untuk membalas mesej tersebut.

Syazwan : ouh, okey. Maaf ganggu awak. Saya cuma nak pesan, pakai cantik-cantik tau malam ni.

Setelah habis menaip, Syazwan terus menekan butang send kepada Maya. Kemudian, dia menyambung menyarungkan stokin pada kiri pula sebelum bergerak ke rak kasut. Maya yang sedang menyematkan pin pada selendangnya itu mendengar lagi deringan dari telefonnya.

Setelah selesai, baru lah dia mencapai semula telefon pintarnya. Wajah Maya menjadi berkerut kerana hairan dengan apa yang dikatakan oleh Syazwan. Dia lantas menekan papan kekunci pada telefon untuk membalas.

Maya : tidak apa lah. Tak ganggu pun. Tapi, kenapa pula tiba-tiba awak suruh saya pakai cantik-cantik ni?

Syazwan baru sahaja mengunci pintu biliknya sebelum berjalan untuk menuju ke lobi hotel. Telefon pintar yang bergetar terasa di tangannya. Lantas di melihat ke skrin telefon sebelum membalas.

Syazwan : saja je. Nak tengok awak cantik waktu makan malam dengan family kita.

Maya melembabkan pula bibirnya dengan gincu bewarna merah jambu cair. Baru sahaja selesai, telefonnya kembali berdering. Sewaktu membaca mesej itu, Maya tergelak kecil sebelum menggelengkan kepala dengan senyuman. Kemudian, lantas sahaja dia membalas.

Maya : Apa lah, awak ni. Saya dah siap ni. Tengok je lah apa saya pakai nanti.

Setelah melangkah keluar dari lobi hotel, Syazwan terus mengatur langkah ke arah halaman hotel untuk menuju ke arah kedua ibu bapa mereka yang sedia menanti untuk makan malam bersama. Syazwan menghentikan langkahnya buat seketika untuk membaca dan membalas mesej dari Maya.

Syazwan : Baiklah. Saya tunggu awak di tempat makan ya. Cepat sikit. Jangan lambat macam haritu.

Setelah membalas, Syazwan tergelak kecil kerana sempat mengusik Maya di hujung ayatnya. Setelah mesej di hantar, dia terus menutup skrin telefon sebelum terus melangkah ke arah ibu bapanya dengan senyuman. Meskipun hatinya ada sedikit debaran untuk melamar Maya sebentar lagi.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now