Jom loceng berbunyi gemersik menunjukkan jam 6:30 pagi. Farah yang masih terbaring di katilnya itu sedikit terganggu. Lalu, lambat-laun dia cuba membuka matanya yang masih terkebil-terkebil untuk mencapai jam loceng yang dari tadi berbunyi.
Selepas mematikan bunyi jam loceng tersebut, Farah mengeluh dan membetulkan posisi badannya untuk duduk. Dia menguak rambutnya ke belakang sebelum memandang keadaan sekeliling kamarnya. "Hari first kerja." Ucapnya perlahan. Dia menggeliat seketika. Rasa malas pula untuk bangun dan menyiapkan diri.
Namun, gadis itu terpaksa juga bangun dari katil dan menuju ke bilik air bagi membersihkan diri. 15 minit kemudian, Farah keluar dari bilik mandi dengan berpakaian mandian dan tuala yang disimpul di kepala untuk mengeringkan rambut.
Dia bercekak pinggang seketika di tengah ruang bilik. "Nak, pakai apa yang hari ni?" Soal Farah sendirian sebelum membuka almari baju dan mencapai beberapa pakaian yang ingin digayakannya.
Di ruang tamu pula, Encik Fairul sudah duduk di meja makan bersama isterinya. "Mana anak dara awak tu? Lagi berapa minit nak keluar ni. Dah lah first day dia. Kena introduce dulu." Encik Fairul bersuara sebelum menggigit roti bakar yang sudah dicecah dengan sup cendawan. Puan Faizah berkerut kening sambil menjongketkan bahu.
"Entah lah, bang. Kejap lagi turun lah tu." Balas isterinya ringkas. Encik Fairul hanya mendengar jawapan isterinya kosong sambil mengunyah roti di dalam mulut. Beberapa saat kemudian, Farah mula menuruni tangga dan menuju ke meja makan. "Morning." Ucap Farah seperti tergesa-gesa sambil mengambil tempat di meja makan.
"Morning. Dah cepat sikit makan. Daddy dah nak keluar ni." Encik Fairul membalas sebelum meneguk teh susu yang masih hangat di dalam cawan. Farah lantas mengerutkan kening sebelum membalas. "Awalnya. Baru pukul tujuh." Jawapan itu disertakan dengan tangannya yang mencapai roti bakar yang sudah tersedia.
"Memang lah kena awal. Perjalanan sudah ambil beberapa minit. Kena masuk office selewat-lewatnya pukul tujuh setengah." Balas Encik Fairul lagi. "Kamu ni pon Farah. Lama sangat bersiap. Itu yang terlewat." Sampuk Puan Faizah pula dengan muka yang mencuka.
"Alah, daddy kan boss kat syarikat tu. Datang lambat sikit pun tidak apa lah." Farah membalas lagi sambil mencecah roti sebelum menyuapnya ke dalam mulut. Sebaik mendengar pernyataan anaknya itu, Encik Fairul lantas menggelengkan kepala. "Memang lah itu syarikat daddy. Tapi, tak kan lah nak datang lambat. Apa pula kata pekerja lain nanti."
Jawapan itu berjaya membuatkan Farah terdiam untuk seketika. Ada sahaja jawapan yang mampu diberikan oleh kedua orang tuanya itu. Sedang keadaan sunyi ketika bersarapan itu, Puan Faizah kembali mencelah. "Farah, sudah lama pula Darwish tu tidak datang jumpa kamu."
Kata-kata Puan Faizah itu berjaya menyengat telinga Farah sehingga tersedak gadis itu. Dia terus meneguk air untuk melegakan tekak. Encik Fairul pula hanya memerhati tindakan anak daranya yang bermacam-macam ragam itu. "Kenapa mommy tanya fasal dia pula ni?" Soal Farah semula.
Puan Faizah mengeluh seketika. "Bukan apa, selalunya kan dia datang jumpa kamu. Tapi dalam sebulan ni, tidak ada pula dia datang." Balas Puan Faizah lagi. Matanya masih tertumpu pada Farah. "Entah lah, mommy. Dia busy kot." Balas Farah ringkas. Puan Faizah hanya mengangguk untuk seketika.
Namun, perbualan itu disambung oleh Farah lagi. "Kenapa? Mommy nak suruh dia datang setiap hari?" Farah cuba berjenaka sambil tergelak kecil. Tetapi, pertanyaan itu dijawab pedas oleh ibunya. "Tidak lah, cuma kalau dia datang pasti ada perkara nak dibincangkan dengan kamu. Macam penting sangat sehingga tidak boleh berhubung menggunakan telefon."
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...