DI RESTORAN
Syazwan dan Maya duduk di sebuah meja secara berdua-duaan. Syazwan terpaksa akur untuk membawa Maya keluar makan bersama tanpa ahli keluarga yang lain. Jika di ikutkan, Encik Shamsul mencadangkan agar Syazwan melamar Maya. Namun, dengan keadaan mereka sekarang, nampaknya ia hanya sia-sia.
Maya pula tidak banyak soal. Gadis itu hanya mengikut ke mana sahaja Syazwan pergi. Bukan apa, ini juga bagi keselamatan dirinya. Asalkan dia bersama seorang lelaki yang boleh melindunginya. Walaupun, mereka terasa sedikit janggal sekarang. Sudah 15 minit mereka duduk di restoran tersebut sambil menunggu makanan yang sudah di pesan.
Dari tadi juga, Syazwan dah Maya hanya mendiamkan diri. Syazwan dari tadi asyik bermain dengan telefon pintarnya. Maya pula sekadar memandang keadaan sekeliling sambil menongkat dagu dengan pandangan kosong. Tiba-tiba, Maya mengeluh dan bersandar pada kerusi. Syazwan perasan dengan tindakan Maya itu.
Jejaka itu terus mengalihkan pandangan matanya pada Maya dengan wajah yang berkerut. "Kenapa?" Soal Syazwan sepatah. Maya memandang pula ke arah Syazwan yang mengajukan soalan itu. "Saya bosan." Balas Maya ringkas. Syazwan menjeling ke arah siling buat seketika. Kemudian, dia menegakkan badannya sambil meletakkan telefon pintar di atas meja. "Kenapa pula awak bosan?" Soal Syazwan kosong.
"Awak ni buat tak tahu ke apa?" Soal Maya semula dengan berang. Syazwan pula sekadar menjongketkan bahu dengan bibir yang terjuih. "I have no idea." Balas Syazwan slumber. Tidak ada langsung rasa bersalah pada wajahnya. Maya sekali lagi mengeluh. "Awak. Sudah lama kita duduk di sini. Dan kita tak cakap sepatah pun. Kita tak macam ni pun sebelum ni." Balas Maya dengan sedikit keras.
"Habis tu, what's the point?" Soal Syazwan hairan. "Berbual lah dengan saya macam biasa. Selalunya kan awak banyak topik untuk dibualkan." Balas Maya lagi. "Habis, sekarang ni saya tak berbual dengan awak ke?" Balas Syazwan sambil bersandar pada kerusi dengan tangan yang memeluk tubuh. Sengaja dia mahu bermain tarik tali dengan Maya. Maya pula sudah mendengus tanda tidak puas hati.
"Syazwan. Please stop with this. Kenapa awak layan saya macam ni?" Soal Maya lagi dengan wajah yang gusar. Syazwan melemparkan pandangannya ke tempat lain buat seketika. "Perlu ke saya jawab soalan awak tu?" Balas Syazwan dengan wajah yang bongkak. "Yes! Awak memang kena jawab. Cukup lah dengan semua ni. Saya ke sini untuk luangkan masa dan happy dengan awak." Balas Maya lagi.
Syazwan terus menggelengkan kepala sambil menegakkan semula badannya. Sempat juga jejaka itu mempamerkan senyuman sinis kepada Maya. "Do you have any explaination to fix this?" Soal Syazwan. Soalan itu membuatkan Maya terdiam. Makin buntu pula jadinya. "Explain? Apa yang perlu saya explain pada awak?" Soal Maya semula.
"Saya dah malas lah nak cakap dengan orang yang berpura-pura macam awak ni." Balas Syazwan dengan nada suara yang mendatar. "Syazwan, kenapa dengan awak ni?! Boleh tak kalau awak..." Belum sempat Maya membentak, pelayan restoran pula datang menghampiri mereka untuk menghidangkan makanan yang di pesan. Terus terbantut semua kata-kata Maya.
"Sorry sir, miss. This your's meals." Fasih sahaja pelayan wanita berbangsa Korea itu berbahasa Inggeris. "It's okey." Balas Syazwan dengan senyuman. Kemudian, pelayan itu terus meletakkan semua hidangan di atas meja Syazwan dan Maya. "Thank you." Ucap Syazwan setelah semuanya selesai. Lalu, pelayan itu terus berlalu pergi.
Syazwan lantas memegang garpu dan sudu untuk menjamu selera. Dia langsung tidak menghiraukan Maya yang memerhatikannya dengan rasa tidak puas hati. Syazwan baru sahaja mensuakan sesuap mee sup ke dalam mulutnya. Sambil menguyah, dia memandang ke arah Maya yang kelihatan lesu. Syazwan menghabiskan kunyahannya terlebih dahulu sebelum bersuara.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...