Kawasan di lapangan terbang pada hari ini agak sibuk kerana waktu hujung minggu ini, ramai pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia. Ada juga penduduk tempatan yang mengambil kapal terbang untuk ke tempat lain.
Syazwan turun dari perut sebuah kereta Proton Exora yang dinaikinya. "Terima kasih,ya." Ucap Syazwan kepada seorang pemandu kereta tersebut sebelum menyandang beg pakaiannya dan berlalu ke dalam KLIA.
Hari ini, dia ke lapangan terbang untuk ke Singapura atas urusan perlawanan bola sepak. Syazwan mengambil keputusan untuk mengambil grab sahaja untuk menjimatkan minyak motosikalnya. Dia melihat ke sekeliling untuk melihat sekiranya Mukhriz atau rakan sepasukannya yang lain sudah sampai.
"Syazwan!" Panggil satu suara dari arah belakang. Syazwan lantas menoleh ke arah pemilik suara itu. Jelas kelihatan raup wajah Maya sedang tersenyum sambil melangkah ke arah dirinya. Syazwan sendiri tersenyum melihat gadis itu. "Eh, apa awak buat di sini?" Soal jejaka itu pantas.
"Saja-saja. Saya nak hantar awak. Nanti kan tak dapat jumpa." Balas Maya sambil mencebikkan bibir dan memandang ke bawah. "Alah, awak ni. Baru berapa hari. Kan boleh call." Balas Syazwan lagi. "Hmm, tidak apa lah. Saya dah sampai pun di sini. Jom. Saya teman awak sampai kat tempat menunggu." Balas Maya sambil mengukir satu lagi senyuman.
"Awak tak rasa kekok ke nanti bila berdepan dengan rakan-rakan saya yang lain. Mana lah tahu awak segan." Syazwan membalas dengan kerutan di dahi. Setahunya, Maya ialah seorang gadis yang agak pemalu. Lebih-lebih lagi apabila berjumpa dengan sekumpulan lelaki.
"Tidak lah, saya okey je. Awak jangan lah risau. Dah jom." Maya menjawab dan terus menarik lengan jejaka itu untuk meneruskan langkah. Syazwan pula hanya menuruti langkah Maya sebelum berjalan bersebelahan dengan gadis itu.
Sampai sahaja di ruangan menunggu, kelihatan beberapa orang ahli pasukan bola sepak Syazwan sudah berada di situ. Sama juga dengan Mukhriz. Mukhriz yang sedar dengan kehadiran Syazwan lantas bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah rakannya itu.
Mukhriz terus bersalaman dengan Syazwan sebelum memeluk rakannya itu separa sambil menepuk-nepuk belakang Syazwan. "Wan, sampai pon kau. Lama aku tunggu." Mukhriz mula membuka bicara sebelum meleraikan pelukan tersebut. "Lah, ye ke? Lambat sangat ke aku? Kau sampai sini pukul berapa?" Soal Syazwan sambil melihat ke arah ahli pasukannya yang lain.
Kelihatan masih sedikit orang. Tidak akan lah Syazwan datang lewat. "Aku sampai sini pukul tujuh pagi." Jawab Mukhriz sebelum tergelak. Syazwan yang mendengar turut sama tergelak sebelum memukul lengan rakannya itu. "Lah, patut lah. Yang kau datang awal sangat kenapa? Memang lah rasa lama." Balas Syazwan lagi.
"Entah lah, Wan. Aku rasa semangat pula hari ni. Tu yang aku datang awal." Mukhriz menjawab sambil menggaru-garu kepalanya. Kemudian, Mukhriz menoleh ke belakang Syazwan. Kelihatan Maya di situ. Mukhriz tersenyum nakal sebelum mengusik rakannya.
"Amboi, amboi, amboi. Siap bawa partner ya teman sampai sini." Mukhriz sekali lagi tergelak kecil selepas mengungkap ayat yang terlintas di fikirkannya. Maya pula sudah tertunduk malu dengan gurauan itu.
"Eh, kau ni. Kenapa pula cakap macam tu?! Dia datang sini sebab nak hantar aku." Balas Syazwan sebelum tersengih apabila menoleh ke arah Maya buat seketika. "sweet couple betul ya kamu berdua ni. Siap nak berhantar-hantar lagi." Balas Mukhriz sebelum menepuk-nepuk bahu Syazwan.
Syazwan pula sudah tergeleng kepala dengan senyuman. "Haih, sudah lah. Coach dan ahli yang lain mana? Berapa kerat je ada ni." Soal Syazwan untuk menukar topik perbualan. "Ouh, tadi coach kata dia nak pergi ke tandas sekejap. Yang lain pula ada yang belum sampai, ada juga yang pergi round airport ni. Entah apa yang menarik sangat." Mukhriz membalas sebelum tergelak kecil.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...