Prolog

1.1K 13 0
                                    

2006

Bunyi enjin kereta dan lori memecahkan kesunyian kawasan perumahan itu. Setelah berhenti di hadapan rumah. Kelihatan sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki mereka kira kira 9 tahun keluar dari kereta.

Tanpa berlengah kanak - kanak itu terus menanyakan soalan kepada ayahnya. "ayah, di sini rumah baru kita?" ayahnya tersenyum lalu merendahkan badannya untuk memudahkan dia berbicara bersama anaknya.

Dia terus memegang bahu anak lelakinya. "ya, syazwan. Di sinilah rumah baru kita. Ayah harap kamu suka tinggal di sini. Selepas ini kamu bolehlah bertemu dengan rakan rakan baru, Sekolah baru dan macam macam lagi." terang lelaki itu panjang lebar. Kanak-kanak yang digelar Syazwan itu hanya mendiamkan diri dan memandang ke sekeliling rumah.

Kali ini, ibunya pula bersuara "syazwan, ibu dan ayah pindah ke sini bukan untuk suka-suka. Tapi, ini semua untuk kebaikan kita semua juga." syazwan hanya memandang raup wajah ibunya sebelum membalas. "ya, ibu. Syazwan faham. Ermm, boleh Syazwan masuk dalam untuk lihat bilik?" kanak-kanak lelaki itu mengajukan soalan di hujung kata-katanya.

Kedua ibu bapanya memandang antara satu sama lain sambil tersenyum. "boleh, pergilah. Ibu temankan." jawab ayahnya ringkas. Lalu kanak-kanak itu terus berlari ke dalam rumah diikuti oleh ibunya dari belakang. Kemudian, ayahnya terus memberi isyarat kepada pemandu lori untuk memindahkan perabot-perabot ke dalam rumah.

Beberapa jam kemudian, semua perabot telah diletakkan ke tempat yang betul dan diuruskan dengan baik. Setelah pekerja-pekerja itu pulang, mereka sekeluarga terus merehatkan diri di ruang tamu.

"ASSALAMUALAIKUM!"

Kedengaran orang memberi salam dari luar rumah. Syazwan terus mengintai di balik langsir. "siapa tu Syazwan?" soal ibunya. "tidak tahu. Syazwan tidak kenal." balas anaknya. "tidak apa. Biar saya pegi tengok". Suaminya terus keluar dan pergi ke pagar utama.

"waalaikumussalam.Jemputlah masuk." pelawa lelaki itu setelah membuka pagar utama. Kelihatan sepasang suami isteri bersama seorang anak perempuan sebaya dengan anaknya. Mulus saja kulit kanak-kanak perempuan itu. "terima kasih. Nama saya Mazlan." ucap lelaki itu sambil menghulurkan tangan tanda pertemuan yang pertama. "Nama saya Shamsul." Jawab tuan rumah itu sambil menyambut tangan Encik Mazlan.

Setelah masuk ke dalam rumah, isteri Encik Shamsul terus bersalaman dengan isteri Encik Mazlan. "Sofia." ucap isteri Encik Shamsul. "saya Masyitah." Jawab isteri Encik Mazlan. Kemudian mata Puan Sofia tertumpu pada wajah anak jirannya itu. Dia terus mencubit lembut pipi kanak-kanak itu. "siapa nama awak?" soal Puan Sofia kepada kanak-kanak itu sambil tersenyum.

Namun, kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri. Puan Masyitah ketawa kecil melihat reaksi anaknya. "Nama dia Maya. Maaflah, dia memang pemalu sikit." Balas Puan Masyitah. "Tidak apa, budak-budak biasalah tu." Balas Puan Sofia dengan senyuman. "Marilah, jemput duduk." Pelawa Encik Shamsul. Setelah duduk di ruang tamu, Puan Sofia terus memanggil anaknya. "Syazwan. Mari turun. Ada tetamu ni"

Selepas mendengar namanya diseru, Syazwan terus menuruni anak tangga lalu pergi ke ruang tamu. Tanpa berlengah, dia terus menyalam dua orang tetamu itu. Kemudian, Syazwan ingin menyalam Maya. Namun kanak-kanak itu terus memeluk ibunya.

Syazwan tidak ambil peduli, dia terus duduk di sebelah ibunya. "Siapa mereka ni ibu?" bisik Syazwan perlahan di telinga ibunya. "oh, ni jiran kita." balas puan Sofia ringkas. Syazwan hanya mengangguk tanda faham. "kamu semua berborak lah dulu. Saya buat air" Ujar Puan Sofia sebelum ke dapur.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now