Syazwan memberhentikan motosikalnya di hadapan rumah Maya. Kemudian, kelihatan pintu rumah itu di kuak dan Maya menuju ke arahnya. Setelah mengunci semula pagar. Maya terus memandang Syazwan dengan hairan. "Serious ke naik moto?" Soal Maya.
"Yalah, saya malas nak bawa kereta.Dah,jom naik." Ajak Syazwan. "Tapi....macam mana...." Kata-kata Maya itu lantas dipintas oleh Syazwan. "Alah, tak apa. Awak jangan risau." Syazwan tahu apa yang bermain di fikiran Maya sekarang. Jadi, dia cuba untuk menenangkan kekasihnya.
"Nah, pakai helmet ni." Syazwan menghulurkan helmet yang di bawa lebih. Maya tersenyum lalu mengambil helmet itu dan terus naik ke badan motosikal Syazwan. Kemudian, mereka terus berlalu pergi.
Sepanjang perjalanan, Maya melihat Syazwan melalui cermin motosikal itu meskipun dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu akibat dilindungi oleh helmet. Kemudian, perlahan-lahan, dia menyandarkan kepalanya ke bahu Syazwan. Syazwan yang sedar dengan tindakan Maya itu amat terkejut. Namun, dia hanya membiarkan.
Setelah 30 minit perjalanan, mereka berhenti di sebuah gerai cendol. Kemudian, mereka turun dari motosikal dan terus ke situ. Dengan cuaca yang panas ini, lega jika dapat cendol yang sejuk. Lalu, Maya dan Syazwan terus mengambil tempat di salah satu meja lipat di situ.
Syazwan terus mengangkat tangan dan menunjukkan isyarat dua pada jarinya. Kemudian, dia memandang wajah Maya yang tersenyum. "Dah lama saya tidak pergi sini. Last pun sepuluh tahun lepas sebelum kami pindah." Maya membuka bicara. "Awak selalu ke datang sini?" Soal Maya pula.
Syazwan memandang keadaan sekeliling sebelum bersuara. "Selalu. Kalau saya bosan, saya datang sini. Kadang-kadang, saya dengan kawan saya." Balas Syazwan lagi. Maya mengangguk tanda faham. "Waktu sekolah menengah dulu. Lepas waktu sekolah, saya dengan kawan-kawan selalu lepak kat sini. Lepas tu, baru balik." Cerita Syazwan lagi.
"Awak best lah. Lelaki, bebas. Saya ni perempuan. Mak ayah saya tu, kalau boleh dua puluh empat jam nak nampak saya depan mata. Tak boleh langsung nak keluar." Cerita Maya pula. "Biasa lah tu. Awak tu perempuan. Anak tunggal pula tu. Sebab tu lah parents awak risau. Kalau saya pun, saya takkan bagi awak keluar dengan sesiapa. Awak kena melekat je dengan saya." Syazwan membalas sebelum tergelak kecil.
Maya tersenyum tanda faham apa yang di maksudkan oleh Syazwan. Baru sahaja ingin menyambung perbualan, seorang lelaki menghampiri Syazwan. "Sorry, ni Syazwan kan? Boleh ambil gambar?" Soal lelaki itu. Syazwan tersenyum manis. "Sure." Balas Syazwan ringkas. Kemudian, lelaki itu mendekatkan jaraknya dan mengambil beberapa keping gambar. "Thank you." Ucap lelaki itu sebelum berlalu pergi.
"Untung lah awak. Famous." Maya bersuara tiba-tiba. Syazwan tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya. "Apa awak ni? Tak baik lah cakap macam tu." Syazwan membalas. Maya hanya tersenyum. Kemudian, dua mangkuk cendol sampai di meja mereka. "Terima kasih." Ucap Syazwan. Penjual itu mengangguk dan berlalu pergi.
Kemudian, mereka berdua terus menjamah cendol yang masih sejuk itu. "Sedapnya. Rasa cendol ni masih sama macam dulu." Maya bersuara sebelum tersenyum. Syazwan turut tersenyum. "Memang lah. Saya dengar resepi ni turun temurun tau." Syazwan membalas. Maya hanya mengangguk.
"Awak tahu tak? Cendol ni jadi manis sebab campuran dari air gula, kacang merah, susu cair dan cendol tu sendiri. Sebab tu lah dia sedap. Sama juga dengan cinta, cinta ni akan jadi lebih manis dan romantik bila seseorang itu mencintai orang lain dan cintanya di balas. Baru lah happy." Syazwan bersuara sambil menggaul cendol dan menyuapnya ke dalam mulut.
Maya melihat tepat pada Syazwan. Terkejut juga dia mendengar Syazwan mengeluarkan kata-kata manis itu. "Kenapa tengok saya macam tu?" Soal Syazwan hairan setelah perasan yang Maya melihatnya dari tadi. "Tak. Saya terkejut juga dengar ayat awak tu." Maya bersuara lagi. Syazwan tersenyum seketika. "Dah, makan tu. Nanti cair tak sedap." Syazwan cuba menukar topik.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...