Chapter 73

24 0 0
                                    

Syazwan meletakkan gelas yang berisi air dengan agak kasar ke atas meja di restoran yang di dudukinya sekarang. Dia baru sahaja menyedut beberapa teguk minuman untuk menghilangkan dahaga. Jejaka itu mengeluh seketika sebelum bersandar pada kerusi.

Mukhriz pula sekarang berada di hadapannya untuk menemani Syazwan. Dia telah mendapat panggilan daripada Syazwan beberapa minit yang lepas untuk berjumpa. Mukhriz memandang ke arah wajah Syazwan dengan hairan. Dia menyedut minumannya sedikit sebelum bersuara.

"Wan, kenapa kau ajak aku jumpa ni? Kau okey tak?" Soal jejaka itu risau. Syazwan menegakkan badannya semula lalu menguak rambutnya ke belakang. Kemudian, dia memandang tepat ke arah Mukhriz. "Aku tak tahu lah apa yang aku fikir ni Riz." Balas Syazwan yang menambahkan lagi kebingungan di kepala Mukhriz.

"Wan, kenapa ni? Apa yang kau fikirkan? Cuba beritahu aku." Pinta Mukhriz dengan lembut. Dia mahu penjelasan dari rakannya itu. Tidak lah dia perlu kusut memikirkannya. "Maya. Dia, dia ada lelaki lain ke?" Soal Syazwan secara tiba-tiba. Perkataan yang keluar dari mulutnya itu disebut secara lambat. Rasa berat untuk dikeluarkan kata-kata tersebut.

Mukhriz pula sudah menggaru kepalanya tanda tidak faham. "Kejap, apa yang kau cakap ni Wan? Maya ada lelaki lain?" Soal Mukhriz pula. Dia dapat merasakan seperti ada yang tidak kena. "Tadi, aku ada pergi rumah dia." Balas Syazwan ringkas. "Lepas tu?" Soal Mukhriz apabila ayat dari Syazwan itu tidak habis. "Aku.. Aku nampak." Kata-kata dari Syazwan itu sekali lagi terhenti.

"Kau nampak apa ni Wan?" Soal Mukhriz ingin tahu. Syazwan mengeluh dan melemparkan pandangan ke tempat yang lain buat seketika. Selepas mendapat kekuatan, baru dia meluahkan apa yang dia rasa. "Aku nampak ada lelaki lain depan rumah dia. Lelaki tu pegang tangan dia. Yang aku pelik, Maya tak halang pun apa yang lelaki tu buat pada dia." Balas Syazwan sebelum menundukkan pandangan dan menggosok kepalanya.

Mukhriz terdiam seketika apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Syazwan itu. Tidak akan lah Maya akan curang di belakang Syazwan. "Kau kenal ke lelaki tu?" Soal Mukhriz. Syazwan hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu sebagai respon. "Kau tak boleh terus fikir macam tu Wan. Tak mungkin lah Maya nak buat macam tu. Kau yakin ke lelaki tu ada hubungan dengan Maya?" Mukhriz menyampaikan pendapatnya pula.

"Aku, aku tak tahu Riz. Aku tak tahu apa yang aku nampak tu betul ke tak." Balas Syazwan lemah. "Kalau macam tu, kau tak boleh sesuka hati label yang Maya tu ada lelaki lain." Balas Mukhriz lagi. "Habis kau nak aku fikir apa lagi? Kalau dia dah pegang tangan sampai macam tu?" Soal Syazwan pula dengan nada yang agak kasar. Terlihat urat timbul di bahagian kepalanya kerana menahan tekanan.

"Kau kena bincang atau tanya dengan Maya dulu. Tanya elok-elok. Baru semua ni selesai." Balas Mukhriz pula. "Aku tak tahu lah macam mana nak bincang dengan dia. Sebab aku tak pasti dengan apa yang aku fikir." Balas Syazwan sebelum mengetap bibir. "Kau kena juga buat benda tu untuk tahu semua perkara. Sekarang pun kau tak pasti kan? Apatah lagi fasal lelaki tu. Kau memang tak tahu dan tak kenal dia langsung." Balas Mukhriz yang menyuarakan pendapatnya.

Sewaktu Mukhriz bercakap, kelihatan rahang Syazwan sudah bergetar tanda dia sedang menahan amarah. "Macam mana sekali pun, aku nak kau jumpa juga dengan Maya dan tanya semua fasal ni. Aku tak nak kau stress sebab fikir fasal benda yang kau memang tak sure." Tambah Mukhriz lagi. Tanpa disangka-sangka, selepas ayat itu habis di ungkap, Syazwan bertindak secara agresif.

Syazwan lantas memukul meja di hadapannya dengna kuat. "Sebab aku tak pasti lah aku tak nak jumpa dia!" Teriak Syazwan geram. Suaranya yang kuat itu membuatkan ramai orang yang berada di restoran itu memandang ke arahnya. Mukhriz pula sudah tergamam dengan tindakan Syazwan itu. "Eh, Wan. Kau ni kenapa hah? Tiba-tiba nak marah aku? Aku datang sini sebab nak tolong kau! Kenapa nak marah aku pula? Tak malu ke orang tengok?" Marah Mukhriz pula dengan nada yang kasar namun cuba di kawal.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now