DI LAPANGAN TERBANG
Syazwan dan ahli keluarganya sudah tiba di lapangan terbang beberapa minit yang lepas. Mereka sedang duduk di ruangan menunggu sementara menanti kehadiran keluarga Maya. Kebetulan, kapal terbang yang akan membawa mereka ke Korea masih lama lagi untuk berlepas.
Syazwan melihat keadaan sekeliling yang riuh dengan adanya para pelancong dan juga masyarakat setempat. Dia cuba untuk mencari kelibat keluarga Maya. Kemudian, dia menoleh pula ke arah ibunya. "Ibu, lama lagi ke mereka nak sampai?" Soal jejaka itu. Puan Masyitah memandang ke arah jam tangannya seketika. Lalu, baru lah dia menjawab.
"Ibu pun tidak pasti Wan. Sekejap lagi mereka sampai lah tu." Balas Puan Masyitah sebelum tersenyum. "Flight kita pukul berapa?" Soal jejaka itu lagi. "Dalam setengah jam lagi." Balas Puan Masyitah ringkas. Syazwan pula hanya mendiamkan diri selepas mendapat jawapan. Kemudian dia bersandar pada kerusi keluli yang di dudukinya itu. Kemudian, dia mengeluarkan telefon pintarnya buat seketika.
Beberapa minit kemudian, baru lah keluarga Maya tiba di lapangan terbang tersebut. Mereka terus pergi ke arah keluarga Syazwan yang sedang menunggu. "Assalamualaikum." Ucap Encik Mazlan sebaik sahaja berada di tempat keluarga rakannya itu sedang duduk. Serentak dengan itu Syazwan, Encik Shamsul dan Puan Sofia menoleh ke arah mereka bertiga dan berdiri untuk mendapatkan keluarga tersebut.
"Waalaikumussalam. Sampai pun kamu semua." Balas Encik Shamsul sambil berjabat tangan tangan. Tindakan itu turut di ikuti oleh Syazwan. Puan Sofia, Puan Masyitah dan Maya pula bersalaman dan berlaga pipi. "Maaf lah ya, kami terlambat." Balas Encik Mazlan ringkas. "Eh, tidak apa lah. Kami pun bukannya lama sangat dah sampai." Balas Encik Shamsul dengan senyuman.
Syazwan pula mengundurkan dirinya sedikit untuk memberi ruang kepada ayahnya supaya dapat berbual. Kemudian, dia berdiri sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluar. Maya pula cuba menghampiri jejaka itu. "Hye, Syazwan." Tegur Maya dengan lembut sambil mengukir senyuman. Syazwan memandang ke arah Maya dengan pandangan kosong.
"Hmm." Balas Syazwan ringkas sebelum mengalihkan pandangan. Maya sudah berkerut kening tanda hairan. Tidak pernah pula jejaka itu melayannya sebegitu. "Syazwan awak..." Belum sempat menghabiskan ayatnya, dengan tiba-tiba Syazwan bersuara ke arah lain. "Ibu, ayah. Wan nak ke kafe ke belakang sana sekejap ya. Nak beli air. Haus pula." Syazwan cuba memberitahu ke mana dia mahu pergi.
Yang sebenarnya, Syazwan cuba untuk melarikan diri dari Maya. Merajuk pula si Syazwan ni. Ataupun, dia sengaja buat sedemikian untuk mengelakkan dirinya daripada terus melayan Maya dengan lebih teruk. Maya pula sudah terdiam apabila Syazwan mengeluarkan pernyataan itu. Dia sudah menundukkan pandangannya buat seketika untuk memberi ruang kepada Syazwan.
"Hah, pergi lah. Datang semula ke sini sebelum flight gerak." Balas Encik Shamsul cuba mengingatkan anak lelakinya itu. Syazwan hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda faham. Kemudian, jejaka itu terus berpaling dan melangkah ke arah kafe dengan membiarkan Maya seorang diri. Maya pula hanya memerhati jejaka itu berlalu pergi dengan hairan. "Kenapa pula dengan Syazwan ni?" Maya menyoal dirinya sendiri dengan perlahan.
Puan Sofia pula sebenarnya sedar dengan tindakan Syazwan itu. Wanita itu juga dapat merasakan ada yang tidak kena. Dia memandang pula ke arah Maya yang sudah bingung. Tiba-tiba, Maya pula bersuara. "Mama, Maya ikut Syazwan ke kafe fu ya." Pantas sahaja permintaan itu di ajukan. "Baiklah, jangan lama sangat." Balas Puan Masyitah. Kemudian, gadis itu terus melangkah mengikut Syazwan.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...