Syazwan membuka langkahnya untuk menghampiri Maya. Kelihatan gadis itu sedang bergelak ketawa bersama Akim apabila melihat kerbau yang sedang meragut rumput.
"Wah, gembira nampak." Syazwan menegur dengan senyuman. Maya hanya menundukkan pandangannya. Tindakannya itu membuatkan Syazwan terasa kaku. Namun, Akim lantas memintas untuk tidak menimbulkan suasana dingin. "Ni hah, Akim dan Akak Maya bawa kerbau ni makan." Syazwan pula hanya mengangguk.
"Abang pandai naik kerbau?" Soal Akim lagi. Maya tetap sama. Hanya mendiamkan diri dari tadi. "Kenapa tanya?" Soal Syazwan pula. "Tak ada lah. Tadi akak Maya suruh Akim ajar dia cara naik kerbau. Tapi, Akim tak tahu." Akim membalas slumber walaupun perkara itu tidak terjadi.
Apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Akim, Maya lantas mengangkat wajah dan melihat tajam ke arah Akim. Lalu, dia terus menepuk lengan Akim perlahan. "Eh, Akim. Akak tak ada pun cakap macam tu." Maya bersuara seolah-olah berbisik kepada kanak-kanak lelaki itu.
Syazwan pula hanya tersenyum. Dia faham sangat apa yang cuba Akim maksudkan sebentar tadi. "Tak apa, abang tahu. Sini saya ajar." Syazwan membalas sebelum memandang ke arah Maya. Kemudian, dia terus pergi ke arah kerbau itu. Lantas Maya mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada jejaka itu.
Syazwan sudah hampir berjaya duduk di atas badan kerbau itu. Namun, dia tergelincir lalu jatuh ke arah rumput di belakangnya. Lantas Maya dan Akim ketawa kecil. Maya pula ketawa sambil menutup mulut untuk menahan hatinya yang sedang di cuit. Sama juga dengan Liya yang melihat dari jauh.
Syazwan yang terjatuh itu menggosok perlahan belakang badannya yang terasa sedikit sakit. Maya lantas menghulurkan tangannya. "Sini saya tolong. Kesian awak." Maya bersuara sambil tersenyum dengan baki ketawanya. Syazwan yang melihat reaksi Maya itu lantas menyambut huluran tangan itu.
Kemudian, Maya terus menarik Syazwan dan secara tidak sengaja badan mereka menjadi rapat dan menatap mata antara satu sama lain. Akim yang lihat kejadian itu hanya membuat tidak tahu. Maklumlah, kanak-kanak. Liya pula sudah tersenyum dari jauh.
Maya lantas meleraikan pegangan tangannya dengan Syazwan. Serta-merta, Syazwan keluar dari lamunannya. "Akim, jom balik." Maya bersuara tiba-tiba. Akim hanya mengangguk akur sebelum menarik tali yang di ikat pada leher kerbau itu. Syazwan pula hanya membiarkan gadis itu berlalu pergi.
Tanpa mereka sedari, ada dua orang gadis sedang mengendap mereka dari jarak jauh. Yang pastinya, mereka adalah 'Minah-minah kepoh' kampung itu. "Eh, perempuan mana pula masuk kampung kita ni. Siap berpegang tangan lagi dengan lelaki itu." Seorang gadis yang bertudung itu.
Rakannya yang berada di sebelah menyelak rambutnya yang panjang sebelum membalas. "Entah lah, Qila. Aku pun tidak tahu. Tapi, dia dah melampau ni. Buat maksiat kat sini. Tidak jaga ikhtilat pula tu." Tambah gadis itu lagi. Gadis yang di gelar Qila itu hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
"Eh, tapi kan. Siapa lelaki tu ya? Muka dia macam familiar." Soal rakan Qila sambil melihat Syazwan berlalu pergi. "Nurin, tu pemain bola Johor lah. Kau tak kenal je." Balas Qila lagi sambil mengerutkan kening. Gadis yang digelar Nurin itu lantas menggelengkan kepala sebelum menguak rambut hitamnya ke belakang.
"Haish, kau ni. Dah jom lah balik. Nanti kita perhatikan mereka lagi. Kalau mereka makin menjadi-jadi, baru lah kita serang." Balas Qila lagi. Nurin hanya mengangguk setuju sebelum mengukir senyuman sinis sebelum mereka berlalu pergi.
-----------------
Pada malam hari Ahad ini, penduduk kampung akan membuka gerai di kawasan sempang sawah padi untuk memeriahkan pasar malam. Ramai sahaja penduduk kampung yang datang untuk membeli makanan atau minuman untuk santapan. Maklumlah, hujung minggu.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...