Chapter 7

190 4 1
                                    

Pagi yang terik ini menjadi hari untuk pasukan bola sepak menjalankan latihan sebelum perlawanan lusa. Mereka perlu memastikan kemenangan di dalam genggaman tangan mereka jika mahu mara ke pusingan separuh akhir.

Semua yang menjalankan latihan sudah berpeluh setelah membuat latihan selama 30 minit tidak henti-henti. "Okey, semua. Take five!" Arah jurulatih mereka setelah melihat anak buahnya letih.

Syazwan dan Mukriz duduk bersebelahan di bangku rehat. Mereka mencapai botol air mineral dan meneguknya perlahan. Mukriz terus mengambil beg galasnya dan mengeluarkan telefon pintar. Matanya terbeliak apabila melihat artikel yang terbaru di laman sosial. Dia lantas menepuk lengan rakannya berkali.

Tindakan itu membuatkan Syazwan berkerut kening. "Kenapa pula kau ni?" Soal Syazwan hairan. "Cuba kau buka phone kau. Tengok berita yang tengah hangat sekarang." Arah Mukriz. Syazwan yang masih bingung dengan tindakan rakannya terus mengikut arahan Mukriz.

Apabila membaca artikel itu, Syazwan lantas memasamkan muka. Tajuk utama artikel itu ialah

"Pemain bola kembali menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya."

Artikel itu disekalikan dengan gambar Syazwan duduk bersama Farah di restoran. "Hish, apa ni! Aku tidak ada apa-apa lah dengan perempauan ni! Kenapa mereka buat begini!" Bentak Syazwan sekerasnya. Dia tidak boleh menerima apa yang dibacanya sekarang.

Kemudian, dia terus membaca komen-komen netizen. Ada yang menyokong tindakan itu, ada yang mengecam dan ada juga menafikan berita itu. Kononnya, itu hanya menimbulkan konteversi. Syazwan terus mematikan telefon pintarnya. Dia menggelengkan kepala sebelum tertunduk dan menekup wajahnya.

Mukriz cuba menenangkan rakannya dengan menepuk belakang rakannya perlahan sebelum bersuara. "Relax Wan. Kau perlu sabar. Mereka sengaja buat macam ni. Nak timbulkan konteversi je. Kau jangan ambil peduli okey? Nanti boleh menjejaskan prestasi kau pula." Terang Mukriz. Dia tidak mahu rakannya terlalu risau. Boleh jadi masalah pula nanti.

Syazwan menggelengkan kepalanya sekali lagi sebelum mambalas. "Aku tidak boleh tahan lah Riz. Ni dah melebih." Mukriz menghembus nafas yang berat sebelum menyoal. "Tapi, betul ke ni gambar kau?" Selepas soalan itu diajukan, Syazwan terus terdiam, tidak tahu hendak kata apa-apa. Namun, dia tetap menggangguk.

"Hmm, mungkin ada salah kau juga. Aku sudah cakap jangan jumpa dia." Balas Mukriz meskipun jawapan itu berat hendak dikatakan. Harap rakannya faham dengan apa yang dimaksudkan.

"Ya, aku tahu. Tapi, nak buat macam mana?" Soal Syazwan pula. "Biar jelah. Kau diam je. Lama-lama, mereka pon diam" Balas Mukriz ringkas. Kemudian, perbualan mereka terputus apabila jurulatih mereka menepuk tangan. "Okey, boys! Jom sambung balik!" Arah jurulatih itu. Kemudian, mereka lantas ke tengah padang semula.

-----------------------------

Maya dan Liya yang dari tadi asyik berjalan-jalan di pusat membeli belah mula rasa bosan. "Kau ada nak pergi mana-mana lagi?" Soal Liya kepada Maya. Maya berfikir sejenak sebelum menyedut minuman cool blog di tangannya. "Kat sini ada tak kedai yang jual jersi?" Soal Maya.

Liya lantas menggangguk. "Ada, kenapa?" Soal Liya pula. "Nak beli barang lah." Balas Maya ringkas. "Okey, jom." Balas Liya sebelum menunjukkan arah kepada Maya. Setelah sampai di kedai itu, Maya terus membelet-belet jersi negeri Johor. Semua jersi dari semua negeri ada terjual di situ.

Kemudian Maya berjaya menemui jersi yang sesuai dengan saiz badannya. Lalu, dia terus berpaling ke arah Liya. "Kedai ni boleh tak tempah nama atau nombor?" Soal Maya ingin tahu. Liya lantas mengerutkan dahi. "Aik, kau tanya aku. Pergilah tanya kat kaunter tu. Aku bukan kerja di sini" Balas Liya seolah-olah menyindir.

"Aku tanya je. Manalah tahu, kau tahu pasal ni." Balas Maya sebelum berlalu pergi ke arah kaunter. Kelihatan seorang juru jual lelaki yang duduk di situ. "Ya, nak beli apa?" Soal lelaki itu. "Kedai ni boleh tak tempah nombor atau nama pada jersi?" Soal Maya. Lelaki itu terus tersenyum. "Ooh, boleh sahaja." Jawab lelaki itu. "Berapa lama ya boleh siap?" Soal Maya lagi.

"Sehari je. Kalau cik bagi hari ini, esok boleh ambil." Jelas lelaki itu. Maya lantas menggangguk dan tersenyum. "Kalau macam tu, boleh lah. Ni, bajunya." Balas Maya sebelum menghulurkan jersi yang sudah di pilih. "Bailklah. Nak tulis apa pada baju ni?" Soal juru jual itu. "Ermm, letak nombor enam. Lepas itu, tulis nama Maya. Boleh?" Terang Maya sebelum diakhiri dengan jawapan.

"Boleh je." Balas juru jual itu sebelum menyambut jersi dari tangan Maya. "Berapa charge?" Soal Maya ingin kepastian. "Tiga puluh ringgit." Balas lelaki itu. Maya mengganggukkan kepala "Ok, esok saya ambil ya." Maya memberi kata putus. Juru jual itu mengangguk tanda setuju. Kemudian, mata Maya tertumpu pada mafla Johor Darul Takzim.

Maya lantas mencapai mafla itu. "Mafla ni berapa ringgit?" Soal Maya lagi. "Lima belas." Balas juru jual itu ringkas. "Okey, saya nak beli." Maya bersuara sebelum menghulurkan wang bernot sepuluh ringgit dan lima ringgit. "Duit baju saya bayar bila sudah dapat." Maya bersuara lagi. Juru jual itu hanya menggangguk sebelum Maya berlalu pergi.

Apabila mereka sudah keluar dari kedai, Liya lantas menyoal. "Banyaknya kau belanja untuk jersi tu Maya. Tiga puluh ringgit tu, kalau makan nasi ayam boleh dapat enam bungkus tau!" Liya bersuara seolah-olah pelik dengan tingkah laku rakannya. Maya hanya menggeleng dengan senyuman. "Tidak apalah. Kau ni, dulu aku tidak minat bola salah. Bila aku sudah minat bola, kau macam ni pula." Balas Maya sebelum menyedut minuman yang hampir habis.

"Yalah, aku pun tidak ada lah sampai nak tempah-tempah. Aku beli jersi biasa je. Kau siap tempah nombor enam lagi!" Liya bersuara sebelum menepuk lengan rakannya perlahan dan ketawa kecil. Maya lantas mengusap lengannya yang sedikit sakit. "Suka hati lah! Dah, jom balik." Arah Maya sebelum jalan lebih laju ke depan. Liya hanya tersenyum melihat rakannya.

------------------------

Di spa pula, Farah dan Ida sedang menenangkan fikiran dengan urutan yang di beri oleh pekerja pada kaki mereka. Farah yang melihat telefon pintarnya terus ketawa. Ida terus mengerutkan kening. "Kau kenapa pula ni?" Soal Ida.

"Aku tengok fasal artikel ni." Balas Farah sebelum tersenyum dan 'scroll' skrin telefonnya ke bawah. "Kenapa?" Soal Ida lagi. "Kau tidak baca lagi ke? Ada cerita fasal aku." Balas Farah. Ida terus tersenyum. "Oh, ya ke? Sekejap aku tengok." Ida membalas sebelum mencapai beg tangannya dan mengeluarkan telefon pintar. Dia lantas melihat laman sosial.

Ida terkejut dengan berita yang baru diterima itu. "Serious Farah? Betul ke ni?" Soal Ida ingin kepastian. "Tidak lah. Netizen saja nak timbulkan konteversi ni. Tapi, bagus juga. Lagi senang aku dapatkan Syazwan balik." Balas Farah sebelum tersenyum sinis. Ida berkerut kening seketika. Tidak faham langsung dengan sikap rakannya.

"Kau kenapa beria sangat nakkan dia balik?" Soal Ida hairan. Bagi dia, mustahil untuk Syazwan menerima semula perempuan yang pernah mengecewakannya. Dia tahu sangat dengan sikap Farah yang mudah memperdaya orang. "Entah lah, Ida. Tapi, aku rasa dia seorang sahaja lelaki yang ada depan mata aku." Jawab Farah slumber sambil menjongketkan bahu.

Ida menggelengkan kepalanya. "Habis itu, macam mana dengan lelaki yang pernah kau ada skandal dulu tu?" Soal Ida cuba memutar belitkan cerita. "Aku sudah tidak ada apa-apa lah dengan dia. Lepas aku putus dengan Syazwan, aku pun putuskan hubungan dengan dia." Balas Farah.

Ida memuncungkan bibir. Dia lantas bersuara lagi. "Tapi, kau yakin ke dia nak kau balik? Nanti, kalau dia tidak terima. Kau yang kecewa. Makin melarat pula nanti." Maya mengeluh mendengar jawapan dari rakannya. Asyik asyik meruntuhkan semangatnya.

"Ida, stop cakap fasal tu boleh tak?! Aku tahu lah apa yang aku buat. Kau tidak perlu risau. Aku pasti akan dapatkan dia balik. Dia tidak boleh lari dari aku. Lagipun, dia bukannya ada hubungan dengan mana-mana perempuan lain pun." Bebel Farah panjang. Dia memang tidak puas hati dengan sikap rakannya.

Baginya, sebagai kawan, Ida perlulah menyebelahinya. Tapi, ini tidak. Asyik menyebelahkan orang lain je. "Aku cakap je. Bukan apa pun. Aku tak bermaksud apa-apa. Janganlah marah." Ida cuba berdalih. Sejak-sejak ini, Farah selalu beremosi.

"Tak dalah. Kau tu, asyik macam nak mengalah je. Bukan nak support aku." Farah menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada Ida. "Yalah, aku minta maaf." Balas Ida ringkas. Namun, tidak di balas apa-apa dari Farah. Kemudian, mereka berdua hanya mendiamkan diri.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now