Chapter 85

69 1 0
                                    

SEBULAN KEMUDIAN

Jumaat, hari yang paling diberkati dan menjadi penghulu hari bagi setiap minggu. Pasti sahaja semua masyarakat yang beragama Islam mahu yang terbaik pada hari tersebut. Dan, pada hari ini juga cuaca dan keindahannya amat menyegarkan mata dan tenang hati.

Terutamanya buat Maya. Gadis itu menoleh semula ke arah meja cermin di hadapannya. Maya tersenyum seketika melihat wajahnya yang sudah siap di dandankan oleh juru solek yang di upah. Kemudian, dia melihat pula pakaian yang digayakannya. Jubah pengantin berwarna Royal Blue kemas di susuk tubuhnya. Hiasannya turut menarik dengan sulaman dari unsur-unsur flora dan juga manik yang di sisipkan. Terlihat kilauan di bajunya.

"Hari ni aku bertunang dengan dia." Maya bersuara perlahan dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir. "Maya, sini saya pakaikan." Panggil juru soleknya sambil membawa sehelai selendang berwarna biru yang samar-samar untuk disematkan kepada tudung yang di pakai oleh Maya sebagai hiasan di kepala. Maya sekadar mengangukkan kepala tanda setuju. Lalu, Maya membiarkan sahaja juru solek itu menyelesaikan tugasnya.

Setelah selesai, juru solek itu meminta diri untuk keluar dari bilik tersebut. Selepas mendapat izin, baru lah dia berlalu pergi. Bilik Maya kembali sepi kerana dia seorang sahaja yang ada di dalam bilik tersebut. Tidak lama kemudian, kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar.

TOK ! TOK ! TOK !

"Boleh aku masuk?" Kedengaran suara di sebalik pintu tersebut. Maya tersenyum seketika apabila tahu itu adalah suara Liya, sahabatnya. "Masuk lah. Pintu tak kunci." Balas Maya ringkas. Setelah mendapat izin, kelihatan pintu itu dikuak perlahan dan muncul si Liya yang sedang tersenyum melihat Maya.

"Cantiknya kau Maya!" Puji Liya teruja sambil mengatur langkah ke arah gadis itu. "Hish, kau ni. Ada-ada je lah." Bantah Maya kerana terlalu malu dengan pujian dari rakannya itu. "Betul lah apa yang aku cakap ni. Ni baru bertunang, belum nikah. Agaknya, mesti 'meletups' kawan aku ni nanti." Tambah Liya lagi sambil membuat gaya seakan-akan bom meletop. Kemudian, mereka berdua terus tergelak. "Iya lah, Liya. Kau pun nanti cantik juga. Aku doakan supaya kau dapat jodoh cepat-cepat ya." Balas Maya sebelum menepuk-nepuk perlahan lengan rakannya.

"Aamin." Ucap Liya sambil menekup wajahnya mengaminkan doa dari Maya. Maya pula tersenyum tawar melihat reaksi itu sebelum perlahan-perlahan senyumannya hilang dan tertunduk. Liya perasan dengan respon dari rakannya itu. Dia cepat menyoal. "Eh, kenapa ni? Kau okey tak?" Soal Liya pantas dengan wajah yang berkerut. Sempat juga dia menggoncang bahu Maya perlahan. "Ya, aku okey." Balas Maya sambil memegang tangan Liya.

"Habis tu, kenapa kau tiba-tiba sedih ni? Kau buat aku risau lah!" Balas Liya lagi sebelum mengambil tempat di sebelah rakannya. Nasib baiklah kerusi yang di duduki mereka itu muat. "Bukan apa, cuma aku terfikirkan fasal kita." Balas Maya lagi. "Hah? Fasal kita? Kenapa pula ni?!" Soal Liya cemas. Maya menggenggam tangan Liya buat seketika dengan pandangan yang agak sayu. "Kalau aku dah kahwin nanti. Kita dah jarang lah jumpa kan?" Soal Maya dengan wajah yang sedih. Soalan itu betul-betul membuatkan Liya kembali tersedar.

"Kau ni! Jangan lah cakap macam tu! Kita kan still kawan. Kau jangan risau lah." Balas Liya untuk memujuk Maya. "Lepas aku dah kahwin, aku kena ikut Syazwan. Dia kan suami aku. Bila je kita boleh lepak lagi? Cuba kau jawab." Tambah Maya sambil mengajukan soalan 'maut' kepada Liya. Liya pula sudah pening kepala mahu memberikan jawapan kepada Maya bagi meyakinkan gadis itu. Lagipun, memang Maya sendiri yang bersetuju untuk mengikat perjanjian dengan Syazwan.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now