Chapter 54

38 2 0
                                    

Syazwan melangkah masuk ke dalam hotel bersama ahli pasukannya yang lain. Hari ini Syazwan tidak terlalu penat kerana latihan yang diberikan tidak lah terlalu berat. Malam ini pula akan diadakan majlis makan malam.

Syazwan yang sedang melangkah itu lantas menghentikan langkahnya dan lantas menyapa Mukhriz yang berada di sebelahnya. "Riz, kau naik lah dahulu. Aku nak duduk dekat lobi sebentar." Mukhriz memandang ke arah rakannya itu sebelum mengangguk faham. "Hah, okey. Nanti naik awal sikit. Ambil rehat. Sebab, aku ingatkan nak ajak kau keluar petang ni." Balas Mukhriz.

"Ouh, boleh. Sudah, pergi naik dahulu." Syazwan memutuskan perbualan. Mukhriz mempamerkan semyumam lalu melangkah pergi. Syazwan memerhati rakannya sehingga lenyap dari pandangan. Kemudian, jejaka itu pergi ke arah lobi dan duduk di sofa yang disediakan. Syazwan melepaskan beg galasnya ke bahagian tepi sebelum bersandar.

Kemudian, dia menyeluk pula poket seluarnya untuk mengeluarkan telefon pintar. Dengan itu juga, dia terus mendail nombor telefon Maya. Sementara itu, Maya dan Liya sedang mengemas set penggambaran. Apabila telefon milik Maya berdering, dia terus mencapai telefon pintarnya yang berada di sebelah.

"Liya, sekejap ya. Aku nak angkat call." Maya bersuara untuk meninggalkan tugasnya sebentar. "Hah,okey. Tidak apa. Aku boleh siapkan. Lagi sikit je ni." Balas Liya dengan senyuman. "Thanks, Liya." Respon Maya dengan senyuman. Kemudian, dia terus berlalu ke ruangan lain.

Selepas mengangkat panggilan itu, Maya terus memberi salam di corong telefon. "Assalamualaikum, Syazwan." Apabila mendengar suara Maya, Syazwan lantar tersenyum manis. Lega rasanya dapat mendengar suara gadis itu walaupun baru beberapa hari tidak berjumpa. " Waalaikumussalam. Awak sihat Maya?" Soal Syazwan di hujung ayatnya.

"Saya sihat sahaja. Awak macam mana? Okey tak di Singapore? Latihan macam mana?" Soal Maya pula. "Saya okey saja di sini. Best lah juga di sini. Bila ada masa free boleh juga bersiar-siar di sini. Latihan pun tidak lah terlalu berat untuk akhir-akhir ini. Kalau tidak, sampai sahaja di bilik terus tidur. Tidak lah sempat call awak macam ni." Balas Syazwan panjang sebelum tergelak kecil di hujung ayatnya.

"Ouh, patut lah tidak call saya." Maya membalas dengan nada suara yang seakan-akan merajuk. Kemudian, dia berpeluk tubuh. "Eh, jangan lah cakap macam tu. Saya bukan sengaja tidak mahu call,tapi saya terlampau sebuk. Dengan latihan lagi. Itu lah saya letih di sini." Terang Syazwan untuk memujuk. Maya tergelak kecil apabila mendengar respon daripada kekasihnya itu.

Syazwan pula sudah berkerut kening dengan gelakan daripada Maya itu. "Kenapa pula awak ketawa? Saya cakap benda betul ni." Syazwan bersuara lagi. "Apa lah awak ni. Saya gurau saja. Saya pun kena lah faham kerja awak di sana. Tidak akan lah mahu pentingkan diri sendiri sahaja." Balas Maya dengan senyuman.

Syazwan turut mempamerkan riak wajah yang sama. "Bagus lah kalau begitu. Awak sedang buat apa ni?" Soal Syazwan di hujung ayatnya. "Ouh, saya di sebuah butik. Hari ini ada photoshoot untuk rekaan baru baju di butik ini." Balas Maya sambil menoleh ke arah set penggambaran yang sedang dikemas oleh Liya sebelum memandang ke arah hadapan semula.

"Saya kacau awak ke ni?" Soal Syazwan bimbang. Kali ini, dia pula tidak mahu menjadi punca Maya lambat menyiapkan tugasnya. "Eh, tidak lah. Sudah habis pun. Sekarang tengah mengemas. Itu pun Liya ingin siapkan seorang diri." Jawab Maya. Syazwan hanya mengangguk faham walaupun Maya tidak dapat melihatnya.

"Awak? Buat apa sekarang?" Soal Maya pula. "Saya di hotel sekarang. Baru sahaja turun bas selepas latihan sebentar tadi. Petang ini dapat lah juga berehat. Tadi pun Mukhriz ajak saya keluar berjalan. Malam ini kami ada jamuan makan malam." Balas Syazwan panjang lebar. "Ouh, baiklah. Awak ingat ya, jaga diri baik-baik di sana. Jangan pandang perempuan 'mat saleh' itu."

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now