Syazwan masih lagi terlena di atas katilnya. Selepas menunaikan solat subuh, dia terus merebahkan badan semula ke katil. Mana tidaknya, perlawanan semalam amat penat baginya. Sampai rumah sahaja sudah hampir pukul tiga pagi.
Matahari pula sudah terbit. Jam menunjukkan jam 10 pagi. Sarapan yang disediakan oleh Puan Sofia sudah pun terhidang. Encik Shamsul sudah bergerak ke pejabat satu jam yang lepas. Hanya Syazwan yang belum memunculkan diri. Puan Sofia lantas menuju ke pintu kamar anak lelakinya itu.
Dia lantas mengetuk pintu kamar itu sambil memanggil nama anaknya. "Syazwan, Syazwan. Mari turun sarapan. Ayah kamu sudah pergi ke kerja. Ibu tidak selera makan seorang diri." Namun, panggilan itu masih tidak di jawab kerana Syazwan masih terlena.
"Aih, diam je budak ni. Tengah buat apa agaknya?" Soal Puan Sofia sendirian. "Syazwan, ibu masuk ya." Puan Sofia bersuara lagi sebelum menguak pintu kamar itu perlahan. Setelah melangkah masuk, Puan Sofia lantas tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya. Dia terus pergi ke arah katil Syazwan dan duduk di birai katil.
Dia lantas menepuk perlahan anak terunanya itu untuk mengejutkannya dari tidur. "Syazwan, ouh Syazwan. Bangunlah. Sudah pukul berapa dah ni." Puan Sofia bersuara lagi. Kemudian, dia melakukan tindakannya itu sekali lagi. Akhirnya, Syazwan terjaga juga dari lena. Dia memandang ke arah ibunya sebelum duduk secara perlahan.
"Ibu, maaf lah. Syazwan rasa penat sangat minggu ni." Balas Syazwan sambil menggosak matanya bagi menjelaskan penglihatan. Puan Sofia tersenyum mendengar jawapan anaknya itu. Dia faham sangat dengan keadaan anaknya itu. "Hah, tidak apa lah. Ibu kejutkan kamu ni pun sebab dah nak tengah hari." Balas Puan Sofia.
"Ouh, ya ke? Syazwan tidak perasan lah ibu." Balas Syazwan sebelum menggaru kepalanya sambil tersengih. "Ni dah mandi belum? Mesti belum kan. Dah, pergi mandi. Nanti turun sarapan dengan ibu." Puan Sofia memberi kata putus.
Syazwan hanya mengangguk dengan senyuman. "Okey, nanti Wan turun." Balas Syazwan lagi. "Okey lah, ibu turun dulu ya." Puan Sofia memberi respon sebelum melangkah keluar dari kamar Syazwan. Syazwan menggeliat seketika sebelum bangun dari katilnya. Kemudian dia mengambil tuala dan terus masuk ke bilik air.
--------------------
Maya sebuk mengalihkan gambar-gambar dari kameranya ke dalam laptop miliknya bagi membuat sedikit edit. Liya pula sedang menyusun jadual Maya untuk berjumpa dengan client dan juga jadual untuk memenuhi kehendak pelanggan yang sudah menempahnya untuk melakukan penggambaran.
Selepas siap, Liya menyusun fail-fail di atas meja kerjanya sebelum membawa fail- fail tersebut ke arah Maya. "Hah, nah ni. Dah siap." Liya bersuara setelah meletakkan fail-fail tersebut ke atas meja Maya. Maya lantas memandang ke arah rakannya sebelum mengucapkan terima kasih.
"Aku dah siapkan jadual kau. Untuk dua hari ni kita free. Tapi hari ke tiga, ada photoshoot di Unique Butique. Studio tu ada pakaian baru untuk digayakan. Nak masukkan kat majalah katanya. Lepastu, malam pula ada majlis perkhawinan." Terang Liya panjang lebar. Satu pun tidak tertinggal. Sambil dia berkata-kata, Maya sempat juga membelet fail-fail yang diber Liya tadi.
"Maksodnya, nanti ada satu hari kita overtime lah ni?" Soal Maya lagi ingin kepastian. Liya pula hanya mengangguk tanda perkara tersebut betul. "Hah, okey. Terima kasih Liya." Ucap Maya. "sama-sama" Jawab Liya ringkas sebelum melangkah ke meja kerjanya semula. Maya kembali memberi perhatian kepada kameranya yang masih banyak gambar perlu dipindahkan.
-------------------
Jam menunjukkan jam 12 tengah hari. Semua pekerja berpusu-pusu keluar dari tempat kerja untuk ke restoran atau gerai bagi mengisi perut yang telah lama kosong sejak pagi tadi. Ini lah juga waktu bagi mereka untuk berehat dan berborak dengan rakan sekerja.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...