Syazwan dan Maya duduk berdua di meja makan di sebuah restoran. Suasana di situ agak tenang kerana mereka pergi sewaktu jam pekerja lain sedang bekerja. Jadi, mereka tidak lah terlalu terganggu dengan suasana yang bingit.
Tetapi, pada hari ini Maya sedikit janggal dengan tindakan Syazwan. Mana tidaknya, sejak dari tadi apabila Maya ingin berbual, Syazwan hanya menjawab sepatah-sepatah. Itu pun acuh tidak acuh. Suasana antara mereka lebih sunyi apabila hidangan sudah sampai di meja. Kedua-dua mereka menikmati makanan dan minuman itu dengan senyap.
Maya yang mula rasa bosan meletakkan seketika sudu dan garpu yang dipegangnya ke tepi. Kemudian, dia terus menegur Syazwan. "Syazwan." Panggil Maya. Namun, panggilan itu tidak di jawab. Sebaliknya, Syazwan menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya. Maya sudah mula mengerutkan kening. Kenapa lah pula dengan Syazwan ni.
"Syazwan." Panggil Maya sekali lagi sebelum menepuk meja perlahan. Syazwan terus memandang semula ke arah Maya. "Ouh, Maya. Sorry. Kenapa?" Jawab Syazwan sambil meletakkan garpu dan sudu ke pinggan. Dia menggaru seketika kepalanya dengan senyuman yang kelat. "Awak okey tak ni?" Soal Maya hairan.
Syazwan cuba mengukir senyuman di bibirnya walaupun ia kelihatan tawar. "Saya okey je lah. Kenapa pula awak cakap macam tu?" Balas Syazwan cuba menenangkan Maya. Maya menongkatkan pula dagunya di atas meja sebelum membalas. "Bukan apa, cuma saya nampak awak hari ini macam senyap je. Kurang bercakap. Selalunya awak layan saya."
Mendengar sahaja respon dari Maya, Syazwan menjadi sedikit kaku. Kasihan pula rasanya kepada Maya yang dapat melihat sikap dirinya agak berlainan dari hari-hari sebelum ini. "Hah, tengok tu. Senyap lagi." Maya bersuara lagi sebelum menguis-nguis kembali nasi di dalam pinggannya menggunakan sudu.
"Bukan apa Maya, saya penat sikit lah dalam minggu ni. Latihan kena extra." Balas Syazwan sebelum menyedut minuman. "Awak tidak beritahu saya pun." Jawab Maya dengan muka yang mencuka. "Maaflah, saya tidak beritahu awak. Saya terlupa pula." Balas Syazwan lagi dengan senyuman plastik. "Tidak apa lah, Syazwan. Sekurang-kurangnya, saya tahu."
Syazwan hanya mampu tersenyum dengan respon yang di beri Maya. Baru sahaja Syazwan ingin menyambung suapannya, Maya kembali menyoal. "Tapi kan.." Maya tidak menghabiskan ayatnya kerana menunggu respon dari Syazwan. "Tapi apa?" Soal Syazwan spontan. "Kenapa pula awak perlu buat latihan extra. Ada apa-apa ke?" Sambung Maya.
"Sebenarnya, hujung minggu ni ada perlawanan dengan pasukan local dari singapore. Jadi kami semua kena pergi ke sana. Pasukan Johor dapat mewakili Malaysia. Jadi, ini satu peluang baik untuk menonjolkan pasukan kami. Itu lah yang kena menang. Kalau nak menang, mesti lah dapatkan latihan extra." Terang Syazwan panjang supaya satu maklumat tidak tertinggal untuk di berikan kepada Maya.
Maya hanya mengangguk faham dengan semua yang diceritakan oleh Syazwan. "Ouh, macam tu. Tapi, tidak ganggu ke jadual harian awak kalau kita keluar macam ni?" Soal Maya ingin kepastian. Syazwan menggelengkan kepalanya sebelum mempamerkan senyuman. "Tidak lah, saya okey je. Lagipun, kami diberi masa tiga hari untuk rehat." Balas Syazwan lagi.
"Ouh, tidak apa lah. Lepas ni saya tidak kacau awak lagi ya." Maya berkata sambil membuat memek muka yang bersalah. Syazwan tergelak kecil melihat respon yang di beri Maya. Lalu dia terus membalas. "Apa lah awak ni. Saya okey je. Bukan apa pon. Setakat keluar luang kan masa dengan awak saya boleh je." Balas Syazwan.
Maya hanya memberikan senyuman yang manis untuk Syazwan. Sebaik sahaja dengan itu, soalan yang selama ini berlegar di kepalanya akhirnya muncul juga. Syazwan cuba mengajukan soalan itu kepada Maya dengan cara yang 'berlapik' supaya gadis itu tidak berkecil hati.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...