Setelah sampai di hadapan rumah Encik Mazlan dan Puan Masyitah, Liya segera membantu Maya mengeluarkan beg pakaiannya. Maya akan tidur bermalam di rumah kedua ibu bapanya kerana hari hujung minggu. Setelah semua di keluarkan dari perut kereta, Maya lantas mengucapkan terima kasih.
"Liya, terima kasih ya hantar kan aku sampai sini." Ucap gadis itu dengan senyuman. Sama juga dengan Liya. "Sama-sama. Tidak apa lah. Kau ni, macam tidak biasa pula." Balas Liya dengan gelakan kecil. "Jaga diri baik-baik kat rumah sewa tu. Kau dah lah duduk seorang diri." Pesan Maya lagi. Liya terus mengangguk faham. "Ya, Maya. Aku tahu. Sudah, pergi masuk. Mesti parents kau tengah tunggu." Liya memberi kata putus.
"Hah, okey lah. Drive elok-elok. Bye." Maya memberikan kata putus untuk mengucapkan selamat tinggal. "Bye, take care." Balas Liya dengan senyuman sebelum masuk semula ke dalam kereta. Maya memerhatikan rakannya itu sehingga lenyap dari pandangan. Kemudian, barulah gadis itu melangkah masuk ke halaman rumah. "assalamualaikum!" Ucap Maya di hadapan pintu utama rumah.
Lantas sahaja pintu kayu itu dikuak dari dalam. "Waalaikumussalam, eh anak mama dah balik." Puan Masyitah menyambut anaknya itu dengan gembira lalu terus memeluk gadis itu erat. "Ya, mama. Kuat nya mama peluk. Sesak nafas Maya." Maya membalas. Mendengar sahaja jawapan itu, lantas Puan Masyitah meleraikan pelukannya lalu membetulkan kedudukan baju anaknya.
"Maaf lah, mama excited sangat ni. Sudah dua minggu kamu tidak balik." Balas Puan Masyitah sambil mencuit pipi Maya. Maya pula hanya mempamerkan senyuman sebelum membalas. "Hah, kalau macam itu mesti lah dah banyak resepi baru yang mama buat kan? Boleh lah ajar Maya." Gadis itu cuba menduga kepada ibunya. Puan Masyitah adalah seorang ibu yang rajin untuk mencuba resepi baru. Tidak hairan lah jika menu makanan mereka setiap hari berubah-ubah.
"Wah, pandai saja kamu meneka ya! Jom, kita masuk dulu. Kamu letak beg lepas itu kita berborak. Nanti tengah hari, kita masak bersama." Balas Puan Masyitah dengan senyuman. "Okey, mama." Balas Maya ringkas. Kemudian, Puan Masyitah membantu anaknya mengangkat salah satu beg pakaian. Setelah masuk, lantas sahaja Maya menyoal.
"Papa mana?" Soal gadis itu. Puan Masyitah yang baru sahaja melangkah ke arah tangga lantas berhenti untuk menjawab. "Papa kamu macam biasa lah hujung minggu ni. Pergi main golf dengan rakan-rakannya. Tengah hari nanti dia balik lah." Balas Puan Masyitah. Maya menganggukkan kepala tanda faham. Kemudian, dua beranak itu terus melangkah menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik Maya ditempatkan.
------------------------
Syazwan dan Mukhriz keluar berdua daripada pusat latihan berdua. Mereka sedang mesra berborak bersama. Jarang sekali nampak kedua rakan karib ini berengang. "Huh, leganya rasa. Petang ni dah last latihan sebelum game esok." Mukhriz berkata sambil menggeliatkan tangannya. Syazwan hanya tersenyum mendengar tindak balas rakannya itu.
"Kau ni pun, jangan suka sangat. Lepas game, baru boleh happy betul-betul." Balas Syazwan lagi. "Alah, kau boleh lah cerita. Bola sampai kat kaki je, memang ke gol lah jawabnya." Balas Mukhriz mengusik sambil memukul lengan rakannya perlahan. Syazwan tergelak mendengar apa yang dikatakan oleh Mukhriz itu. "Tidak lah, kan usaha kita semua. Kau ni pun." Balas Syazwan ringkas.
Kemudian, mereka berjalan sehingga melewati sebuah cafe. Mukhriz memberhentikan langkahnya sambil memerhatikan papan tanda pada cafe tersebut. "Wan, aku nak masuk kejap. Nak beli kopi. Kau nak tak? Aku belanja." Mukhriz menyampaikan hasratnya sebelum mempelawa Syazwan. "Hah, boleh lah. Aku nak cappucino." Balas Syazwan sebelum memberikan perisa kopi yang ingin dibelinya.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...