Chapter 13

119 4 0
                                    

Malam mula menjelma di resort. Bunyi ombak masih lagi kedengaran dan membuatkan bulu roma meremang. Dengan bunyi cengkerik yang tidak henti-henti.

Selepas bersiap, Maya keluar dari chalet dan terus ke ruang diantara chalet ibu bapanya dan Encik Shamsul. Malam ini, mereka adakan BBQ. Dia terus pergi ke arah ibunya. "Mama, buat apa ni?" Soal Maya.

"Bancuh air, Maya." Balas Puan Masyitah. Kemudian, dia menoleh pula pada Puan Sofia wanita itu sedang menyiapkan coctel. Kelihatan pula, ayahnya dan Encik Shamsul sedang berusaha menghidupkan api pada arang. Namun, kehadiran Syazwan tiada pula di situ.

Maya lantas duduk di sebelah ibunya sambil memandang sekeliling. "Syazwan mana mama?" Soal Maya lagi. "Dia pergi beli ais untuk air ni. Baru sepuluh minit dia keluar." Balas Puan Masyitah. Maya hanya mengangguk faham.

"Susah betul nak hidupkan api ni. Maklumlah dah tua. Tak larat nak kipas." Encik Mazlan bersuara sebelum tergelak bersama Encik Shamsul. Puan Masyitah tersenyum mendengar celoteh suaminya.

Beberapa ketika kemudian, Syazwan hadir dengan dua plastik ais yang dipegang di kedua dua belah tangannya. "Auntie, nak letak mana?" Soal Syazwan. "Hah, letak je sini. Terima kasih, ya." Balas Puan Masyitah dengan seyuman. Syazwan mengangguk sebelum melemparkan senyuman pada Maya lalu pergi ke arah ayahnya.

Maya terus memandang langkah Syazwan. "Oi, anak dara. Sini tolong mama letak ais." Puan Masyitah bersuara seolah-olah menyindir. "Yalah, mama." Balas Maya ringkas. "Kenapa ni ayah?" Soal Syazwan. Encik Shamsul mengelap peluh di dahinya sebelum bersuara. "Ni hah, api tidak hidup lagi. Puas ayah dengan uncle kipas." Balas Encik Shamsul.

Syazwan mengangguk tanda faham. "Api tidak hidup lagi bang?" Soal Puan Sofia sanbil membawa coctel ke meja yang disediakan. "Belum." Balas suaminya ringkas. "Sini, biar Wan buat." Syazwan menghulurkan tangan untuk meminta pemetik api dan kipas. Setelah dapat, Syazwan terus mencuba menghidupkan api.

Maya hanya memerhati gerak geri Syazwan. Beberapa ketika kemudian, api sudah menyala. Lalu, mereka terus tersenyum. "Tidak apa, biar Syazwan yang jaga api. Ayah dan uncle boleh bahagi kan makanan bila sudap siap dimasak." Syazwan bersuara sebelum mengesat peluh di dahinya. "Baiklah." Balas ayahnya dengan senyuman.

Kemudian, Encik Shamsul dan Encik Mazlan terus menyediakan pinggan. Puan Sofia dan Puan Masyitah menyediakan cawan. "Mana semua makanan yang nak dibakar?" Soal Syazwan. Maya yang perasan udang, ayam, daging dan ikan pada meja dihadapannya, terus mengambilnya sebelum menyerahkan kepada Syazwan.

"Terima kasih." Balas Syazwan dengan senyuman. Kemudian, dia terus meletakkan bahan makanan ke atas grill itu. "Nak tolong." Maya bersuara tiba-tiba. Syazwan terus mengangkat wajah dan tersenyum. "Boleh, awak jaga ayam di sebelah sana. Kalau bahagian depan sudah masak, terbalikkan pula. Kalau dah masak sepenuhnya, letak dalam mangkuk tu." Syazwan bersuara sambil menunding jari ke arah mangkuk di sebelahnya.

Maya hanya menunjukkan isyarat 'ok' pada jarinya. Kemudian, Maya terus memasak mengikut arahan kekasihnya. Sewaktu ingin mengangkat ayam yang sudah masak, jarinya terkena pada grill yang masih panas. "Aduh" Lantas Maya terus melepaskan penyepit di tangannya.

"Awak, okey tak? Melecur ke? Sini saya tengok." Syazwan bersuara selepas melihat reaksi Maya. Pada mulanya, Puan Masyitah ingin melihat anaknya, namun, langkahnya terhenti apabila melihat Syazwan yang memeriksa anaknya.

Ibu bapa mereka hanya mampu tersenyum. "Alah, tidak teruk sangat ni. Pergi basuh cepat." Syazwan berpesan. Selepas Maya mendengar, dia lantas mengangguk dan mengikut arahan itu. "Ayah, ni dah siap." Syazwan bersuara sebelum melangkah ke arah ayahnya. Kemudian, dia menghulurkan mangkuk yang sudah penuh dengan ayam dan udang. "Daging dan ikan?" Soal Encik Shamsul.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now