Chapter 40

89 2 0
                                    

Encik Fairul dan Puan Faizah sudah duduk di meja makan untuk menjamu selera makanan yang sudah terhidang untuk malam ini. Semua makanan dan minuman itu hasil daripada air tangan pembantu rumahnya, Mak fina.

Namun, Puan Faizah ada turut membantu. Tidak akan lah mahu dibiar wanita dalam lingkungan 60-an itu membuat kerja seorang diri. Mak fina membantu dua orang majikannya menuang jus tembikai itu ke dalam gelas. "Terima kasih." Ucap pasangan suami isteri itu dengan senyuman.

Baru sahaja Mak Fina ingin menceduk nasi untuk mereka, lantas Puan Faizah bersuara. "Eh, tidak apa Mak Fina. Mak Fina pergilah berehat dulu. Kami boleh lakukannya sendiri." Mendengar sahaja respon begitu, Mak Fina terus tersenyum. "Baiklah, terima kasih ya, puan." Kemudian, Mak Fina terus berlalu pergi.

Kemudian, Puan Faizah terus mencedukkan nasi dan lauk untuk dirinya dan juga suaminya. Tidak lama kemudian, Farah terus turun dari kamarnya dan menuju ke meja makan. "Mommy, daddy." Sapa Farah dengan senyuman sebelum duduk berhadapan dengan ibunya. Encik Fairul dan Puan Faizah saling berpandangan.

Farah lantas mengambil jug kaca yang berisi jus tembikai itu lalu menuangnya ke dalam gelas. Apabila menyedari sapaannya tidak di jawab, Farah lantas bersuara. "Kenapa semua diam ni?" Soal Farah dengan senyuman kelat sebelum meletakkan semula jug kaca itu.

"Tidak ada lah, happy je kamu hari ni. Ada apa-apa ke yang daddy dan mommy tidak tahu." Balas Encik Fairul sebelum menyuap sesuap sudu ke dalam mulutnya. Farah tersenyum seketika sambil menyeduk nasi. "Mana ada apa-apa. Farah ok je." Balas Farah sebelum menyeduk lauk-pauk pula.

"Hmm, betul ke ni? Atau kamu ada simpan rahsia di belakang kami?" Soal ibunya pula. Farah lantas menggelengkan kepalanya sebelum meneguk jus tembikai. "Tidak lah, takkan lah Farah nak buat macam tu." Balas Farah sebelum tergelak kecil. Kemudian, dia menjamah sesudu nasi. Puan Faizah hanya mengangguk tanda faham sebelum turut menjamu selera.

Beberapa ketika kemudian, Farah memandang ke arah kedua orang tuanya sebelum bersuara. "Daddy." Panggil Farah. "Ya, kenapa?" Balas Encik Fairul sebelum berhentikan kunyahannya. "Macam mana dengan tempat kerja daddy?" Apabila soalan itu diajukan, lantas sahaja ibunya tersedak. Lalu, wanita itu terus meneguk air.

Encik Fairul pula sudah kebingungan dengan soalan anaknya. "Kenapa kamu tanya begitu?" Soal ayahnya semula. Farah mengeluh seketika sebelum membalas. "Hari tu kan Farah ada datang untuk tanya tentang jawatan. Jadi, ada ruang kosong tak untuk Farah?" Farah cuba mengingatkan semula kepada ayahnya.

Encik Fairul berfikir sejenak sebelum membalas. "Erm, Farah. Buat masa ni tiada lagi lah. Kalau pekerja bawahan sahaja. Ada lah. Tapi, jika ingin jawatan. Memang tiada." Balas Encik Fairul. Farah mengeluh sebelum memuncungkan bibirnya. Puan Faizah pula sudah membuka mulut.

"Haih, Farah. Tidak ada angin, tidak ada ribut. Kenapa tiba-tiba tanya fasal kerja?" Soal Puan Faizah sebelum tergelak kecil. Farah menguis-nguis nasi menggunakan sudu sebelum membalas. "Bukan apa, mommy. Cuma, Farah baru terfikir fasal kerja sekarang." Mendengar respon itu, Puan Faizah terus mengerutkan keningnya.

"Betul ke boleh kerja dengan daddy ni? Bukan dulu Farah tidak mahu ke?" Puan Faizah cuba berdalih. Jawapan itu terus membuat lidah Farah kelu. Jika ikut hatinya, memang dia tidak mahu kerja sebumbung dengan ayahnya. Tetapi, sebab inginkan nama dia harus turuti juga. "Hmm, betul juga soalan mommy kamu tu. Betul ke nak kerja dengan daddy ni?"

Soalan lagi yang dilemparkan oleh kedua ibu bapanya. Jadi, Farah harus menjawab juga. Kalau tidak, hasratnya akan terhapus begitu sahaja. "Ya, betul. Farah sudah fikir masak-masak. Kalau satu tempat kerja dengan daddy, daddy boleh lah pantau apa yang Farah buat. Jadi, daddy tidak payah risau."

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now