Chapter 20

105 3 0
                                    

Maya dan Liya masuk ke wad di mana Syazwan di tempat kan. Kelihatan, ibu bapa Syazwan turut berada di situ. "Uncle, auntie." Tegur Maya sebelum bersalam dengan Puan Sofia. Sama juga dengan Liya.

"Ibu dan ayah Maya mana? Tidak ikut sekali? " Soal Puan Sofia. "Tak, mereka tidak sempat datang hari ini. Ayah ada meeting. Ibu pula tiada transport. Maya pun dari rumah sewa dengan kawan." Balas Maya sebelum memandang Liya. "Siapa nama kamu?" Soal Puan Sofia. "Nama saya Liya, auntie." Balas Liya dengan senyuman.

"Macam mana dengan Syazwan auntie? Ada apa-apa perubahan?" Soal Maya ingin tahu kerana dia amat risau. "Macam ni lah Maya. Doktor kata dia kena serangan mind grain secara tiba-tiba semalam. Doktor kata
dia dapat kesan dari sebiji pil." Terang Puan Maya sebelum memandang anaknya. Maya hanya mengangguk tanda faham.

"Bagus lah kamu datang. Boleh jaga kan Syazwan sekejap. Uncle dan auntie pon dah nak balik. Dah satu jam kat sini." Encik Shamsul bersuara di sofa. Maya hanya mengangguk dengan senyuman. Kemudian, Encik Shamsul dan Puan Sofia bangun dari tempat masing-masing. "Baiklah, kami balik dulu ya." Encik Shamsul bersuara sebelum mempamerkan senyuman.

Kemudian, Maya dan Liya menyalam Puan Sofia sekali lagi sebelum pasangan suami isteri itu berlalu pergi. Kemudian, Maya terus duduk di kerusi bersebelahan katil Syazwan yang masih tidak sedarkan diri. Liya pula mengambil tempat di sofa. Maya memandang sayu wajah Syazwan. Kemudian, dia menggenggam tangan Syazwan.

"Kenapa lah jadi macam ni." Maya bersuara tiba-tiba. Ayatnya itu dapat di dengari dengan jelas di telinga Liya. "Jangan cakap macam tu. Ni semua takdir. Kau jangan risau, esok lusa dia sedar lah tu." Liya bersuara. Maya hanya mendengar kata-kata rakannya dengan akur.

"Tapi, takkan lah dia ambil pil yang berlebihan. Mengarut lah." Maya bersuara tiba-tiba. "Itu aku tak tahu." Balas Liya lagi. Maya terdiam seketika sebelum bersuara lagi. "Aku tak percaya kalau dia buat benda tu. Sebab Syazwan baik. Aku rasa, ada orang dengki dia." Liya lantas berkerut muka. "Maya, tak baik cakap macam tu. Kita tak tahu apa-apa." Liya cuba menafikan.

"Tapi, kalau betul macam mana?" Soal Maya sambil memandang Liya. "Kalau betul, kau rasa siapa? Farah?" Soal Liya pula. "Yalah, kalau bukan dia, siapa lagi?" Balas Maya dengan muka masam. "Tidak apa lah. Kalau Syazwan sedar. Baru lah kau tanya dia. Sebab dia je tahu apa jadi." Balas Liya lagi. Maya hanya mendiamkan diri.

Beberapa minit kemudian, kedengaran pintu wad di kuak. Maya dan Liya amat terkejut apabila yang melangkah masuk itu ialah Farah. "Wah, look who is here? Girl friend Syazwan." Farah bersuara tiba-tiba sambil memeluk tubuh dan tersenyum sinis. "Kau buat apa Kat sini?" Soal Maya sebelum berdiri mengadap Farah. Liya pula sudah berdiri di sebelah rakannya.

"Aku nak tengok Syazwan. Kesian dia. Kenapa tak boleh? Dia hak aku juga." Farah bersuara lagi sebelum menyelak rambut perangnya ke belakang. "Kau jangan nak mengarut. Kau tu bekas kekasih dia. Kau tak ada hak pada dia!" Tengking Maya. Farah tergelak kecil. "Hmm, ada aku kisah. Lagipun, Syazwan ni pingsan sebab makan pil kan? Entah apa-apa jelah." Farah bersuara slumber.

"Kejap, mana kau tahu semua ni?" Soal Maya hairan dengan muka yang berkerut. Farah pula baru tersedar yang dia terlepas cakap. "Kau kan punca semua ni?! Jawab lah!" Teriak Maya sekeras kerasnya. "Maya. Calm down. Kita Kat hospital ni." Liya cuba menenangkan rakannya. "No. Dia ni dah melampau!" Balas Maya lagi.

"Yes, fine! Aku mengaku. Memang aku punca Syazwan pingsan! Aku nak tengok dia sensara." Balas Farah lagi. "Hey, kau ni kenapa hah?! Tak ada kerja lain ke? Mengacau hidup orang je!" Maya menengkingnya lagi. "Do I care?" Balas Farah slumber. Jawapannya itu membuatkan Maya lebih marah. "Kau ni kan!" Baru sahaja ingin menghampiri Farah, namun, Maya terus di tahan oleh Liya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now