Chapter 30

95 2 0
                                    

Liya memandu keretanya ke arah sebuah rumah kayu yang amat besar. Keliling nya semuanya sawah padi yang menghijau. Kemudian, Liya masuk ke perkarangan rumah itu. "Okay, kita dah sampai." Liya bersuara. Kemudian, mereka berdua terus keluar dari kereta.

Keluar sahaja dari kereta, Maya terus nenikmati pemandangan yang cantik itu sambil menghirup udara segar. "Assalamualaikum!" Ucap Liya dari bawah. "Waalaikumussalam." Balas seorang wanita dalam lingkungan 50-an itu di pintu rumah. Apabila wanita itu nampak anaknya terpacak di hadapan rumah, dia terus tersenyum lebar.

"Akim! Sini, akak kau dah balik!" Wanita itu memanggil seorang lagi anaknya sebelum turun dari tangga. Selepas bersalam, Serta-merta, dia terus memeluk anaknya. Kemudian, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dalam usia 9 tahun turun dari tangga. "Akak! Adik rindu akak!" Teriak Akim sebelum mendakap kakaknya sekuat hati. Liya terus membalas pelukan itu.
"Ya, akak pun rindu adik." Balas Liya dengan senyuman. Maya hanya melihat kemesraan keluarga itu. Kemudian, Liya mengalih perhatiannya kepada Ibu nya pula. "Mak, sorry lah Liya dah lama tak balik. Busy belajar." Balas Liya. Ibunya tersenyum sebelum membalas. "Tak apa lah. Mak faham. Kamu bawa siapa tu?" Soal ibunya sebelum terpandang Maya.

Kemudian, Maya terus menghampiri rakannya. "Ni kawan Liya, mak. Nama dia Maya. Hah, Maya ni mak aku. Orang kampung panggil mak aku Cik Kuntum." Liya memperkenalkan Maya dengan ibunya. Maya terus melemparkan senyuman sebelum menyalam ibu kepada Liya itu.

"Mak cik sihat?" Soal Maya lembut. Kemudian, Puan Kuntum terus membalas. "Mak cik sihat je nak.Cantik orang nya kamu ni. " Puji Puan Kuntum. Maya terus tersenyum. "Abah mana mak?" Soal Liya apabila tidak nampak kehadiran ayahnya. "Abah kamu dah turun bendang dari awal pagi tadi." Balas Puan Kuntum.
Liya hanya mengangguk faham.

"Mak, kami duduk di sini seminggu ya." Liya bersuara. "Alah, boleh je." Balas Puan Kuntum dengan senyuman. "Dah, jom naik." Ajak Akim pula. "Hah, yalah." Balas Liya sebelum mencubit manja pipi Akim. "Akim, tolong akak akak tu angkat beg." Arah Puan Kuntum.

"Okay, mak." Balas Akim sambil mengangkat tabik. Maya tergelak kecil melihat telatah Akim. Kemudian, mereka terus mengangkat beg dan membawa masuk ke dalam rumah. Selepas meletakkan beg di dalam bilik, mereka terus ke ruang tamu. Baru beberapa minit Kemudian, Puan Kuntum datang semula ke ruang tamu dengan menatang dulang air sirap limau.

"Eh, mak cik. Susah susah je." Maya bersuara. Puan Kuntum lantas tersenyum sebelum duduk di sofa kayu itu. "Tidak apa. Lagipun, mesti kamu berdua haus sepanjang perjalanan." Balas Puan Kuntum. Akim pula hanya mendiamkan diri daripada tadi. Tidak tahu hendak berbual apa. "Macam dengan pelajaran kamu semua? Okay tak? Dah habis semester kan." Soal Puan Kuntum.

Liya dan Maya saling berpandangan dengan senyuman. Lalu, Liya terus menjawab soalan ibunya itu. "Alhamdulillah, semua nya okay, mak. Kami pun dah ada kerja tetap sekarang." Puan Kuntum mengangguk faham dengan pernyataan yang di beri anaknya. "Kamu berdua kerja apa?" Soal Puan Kuntum lagi.

"Saya sekarang photographer mak cik. Liya ni pula assistant saya. Kami ada buka studio. Alhamdulillah, sekarang makin banyak terima tempahan untuk menjalankan photoshoot atau jadi photographer kat mana-mana event." Balas Maya panjang dengan senyuman. "Hah, bagus lah macam tu. Bekerjasama." Balas Puan Kuntum. Mereka berdua hanya tersenyum.

"Wah, akak photographer! Boleh lah ambil gambar Akim." Akim bersuara teruja sambil memandang ke arah Maya. Maya tergelak kecil mendengar ungkapan kanak-kanak itu. "Hish, Akim. Apa kamu ni. Tak elok lah cakap macam tu." Puan Kuntum bersuara. "Alah, tak apa mak cik. Saya boleh je layan dia." Balas Maya. Serta-merta, Akim mengukir senyuman.

"Betul tu mak, Maya ni memang suka budak-budak." Balas Liya pula. "Oh, betul tak menyusahkan kamu?" Soal Puan Kuntum lagi. Maya hanya menggangguk dengan senyuman. Tiba-tiba, perbualan mereka terganggu dengan bunyi deringan telefon Liya. "Err, sekejap ya. Liya nak jawab call." Liya bersuara sebelum ke anjung rumah.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now