Chapter 52

47 4 0
                                    

Darwish duduk di sofa yang terdapat di ruang tamu. Di tangannya terdapat segelas susu segar yang baru di keluarkan dari peti ais. Setelah minum beberapa teguk susu, Darwish meletakkan gelas yang di pegangnya ke meja kopi. Lalu dia mencapai alat kawalan jauh televisyen untuk menghidupkan televisyen.

Darwish menyandarkan badannya pada sofa untuk merehatkan badan sambil menonton televisyen. Tiba-tiba, kedengaran pintu utama di rumahnya di kuak perlahan. Darwish terus memandang ke arah adiknya, Dania yang baru sahaja melangkah masuk. Selepas menutup semula pintu, jelas kelihatan di wajah Dania yang dia sedang menangis.

Darwish terus membetulkan kedudukan duduknya. "Eh, Dania. Kenapa ni?" Soal Darwish bimbang. Dania yang masih tersedu sedan itu terus menerpa ke arah abangnya yang berada di sofa. Dania terus memeluk erat abangnya sambil menangis. "Abang. Faiq.. Dia...." Dania tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana tangisan yang tidak henti.

Darwish seperti sudah dapat agak. Memang itu lah yang akan keluar dari mulut adiknya. Tidak lain dan tidak bukan, pasti ada saja yang tidak kena dengan 'teman lelaki' Dania. Namun, Darwish tetap menyoal. "Kenapa? Kenapa dengan faiq?" Dania masih dengan tangisannya dan membiarkan sahaja soalan abangnya tergantung dengan tiada seberang jawapan.

"Eh, sudah-sudah. Jangan menangis. Abang ada." Pujuk Darwish sambil menepuk-nepuk belakang adiknya perlahan. Muka Darwish sudah berkerut. Faiq itu memang tidak serik-serik. Jika sudah tidak suka pada Dania, jangan lah curang di belakang tetapi sebaliknya berbincang dengan baik untuk memutuskan hubungan.

---------------------

Maya sudah kembali semula ke studionya selepas pulang dari lapangan terbang. Dia membuka pintu kaca studionya sebelum melangkah masuk dengan perlahan.

"Hah, sampai pun kau. Kenapa lama sangat?" Soal Liya sambil berkerut kening. Maya meletakkan tas tangannya di atas meja kerjanya. "Sorry lah sebab lambat. Tadi jalan sesak waktu balik ke sini. Lagipun, aku lepak sekejap dengan Syazwan sebelum di bergerak ke Singapore." Balas Maya sambil memeluk tubuh.

"Ouh, tidak apa lah kalau macam tu." Balas Liya ringkas sebelum menyambung kerjanya. "Kenapa? Bosan ke seorang diri?" Soal Maya. Liya memberhentikan tangannya dari melakukan seberang kerja sebelum mengadap ke arah Maya. "Yalah. Dah lah tadi aku lunch seorang diri. Aku ni bukan macam kau. Kalau waktu lunch je, nanti Syazwan datang ajak makan." Balas Liya sebelum mencebikkan bibir tanda merajuk.

Maya pula sudah tergelak mendengar respon dari rakannya itu. "Alalalala, merajuk pula kawan aku seorang ni. Sudah lah. Jangan merajuk. Tidak manis. Lain kali aku teman kau ya?" Pujuk Maya sambil tersenyum. "Hmm, yalah. Tu aku ada tapau makanan untuk kau." Balas Liya sambil menunjuk ke arah meja kopi yang terdapat di hujung studio.

"Wah, terima kasih Liya. Aku pun belum makan ni. Rasa lapar sangat." Ucap Maya sambil bergerak ke arah meja kopi untuk mengambil makanan tersebut. "Memang lah lapar. Dah kerjanya berkepit sahaja dengan partner." Liya sengaja mungusik rakannya itu sebelum tergelak kecil.

"Sekurang-kurangnya, aku dapat juga isi perut bila tengok muka Syazwan tu." Balas Maya slumber sebelum menjerlihkan lidah pada Liya. Kemudian, Maya duduk semula di meja kerjanya dengan bungkusa makanan di tangan. "Eleh, ingat aku nak jealous ke? Tunggu lah kau. Kalau aku sudah ada kekasih. Kami akan lagi sweet dari kamu berdua." Liya membalas pantas. Dia memang tidak mahu mengalah walaupun mereka berdua hanya bergurau.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now