Maya dan Darwish melangkah bersama ke arah satu ruangan yang besar seolah-olah restoran di mana tempat temu janji Maya dengan ahli catering. Dari dalam kereta, mereka berdua hanya mendiamkan diri kerena terasa kekok untuk berbual.
Sampai sahaja mereka di pintu utama masuk, seorang pelayan yang ditugaskan untuk mengiringi Maya sudah pun berada di situ. "Cik Maya kan?" Soal gadis itu dengan senyuman. "Ya, saya." Balas Maya ringkas. "Dan Encik pula, Encik Syazwan?" Soal gadis itu kepada Darwish. Baru sahaja Maya ingin menjawab yang Syazwan tidak dapat hadir, dengan pantas sahaja Darwish terus memintas.
"Ya, saya Syazwan." Jawab Darwish dengan yakin. Kemudian, Darwish dan Maya saling berpandangan. Raut wajah Maya kelihatan hairan kerana laju sahaja mulut Darwish itu mengaku bahawa dirinya ialah Syazwan. Namun, Darwish sekadar mempamerkan senyuman lucu sebelum cuba menahan gelak.
"Wah, sama padan dua bakal pengantin ini." Puji gadis pelayan itu dengan mesra. Sekali lagi Maya jadi terdiam dan cuba untuk mengukirkan senyuman. Namun, ia kelihatan terpaksa. "Terima kasih." Jawab Darwish kepada pelayan itu. "So, Encik Syazwan dan Cik Maya boleh ikut saya untuk rasa tester makanan yang pihak kami dah sediakan." Gadis pelayan itu bersuara sambil menunjukkan arah.
Darwish dan Maya terus melangkah mengikut pelayan itu. Namun, Maya sedikit agak kekok dengan apa yang terjadi sekarang. Jadi, dia hanya mendiamkan diri buat seketika. Beberapa ketika kemudian, mereka berdua telah ditempatkan di sebuah meja yang terdapat hidangan masakan pengantin. Lalu, mereka berdua terus mengambil tempat masing-masing.
"So, this is the meals for Set A. The next table is Set B and the last table is Set C. Kalau Encik dan Cik dah selesai and nak buat pilihan, boleh panggil saya ya." Gadis itu bersuara sambil menunjukkan ke arah meja-meja yang lain dengan maklumat yang lengkap supaya Maya dan Darwish tidak tertinggal sedikit pun maklumat.
"Okey, thank you." Jawab Darwish ringkas sebelum pelayan itu berlalu pergi. Kemudian, tinggal Maya dan Darwish di meja itu. "Maya, are you okay?" Soal Darwish yang sedar dengan tindakan Maya yang agak membisu. "Kenapa awak mengaku yang awak Syazwan?" Soal Maya pantas kerana tidak puas hati. "Sebab tu je awak terus diam macam ni?" Soal Darwish semula. Soalan berbalas soalan. "Ya lah. Awak buat saya rasa awkward tahu tak?" Balas Maya lagi.
"Alah awak ni. Tak payah lah fikir sangat. Benda kecil je pun." Jawab Darwish ringkas. Tetapi, Maya masih lagi menunjukkan raut wajah yang tidak berpuas hati. Darwish mengeluh seketika kerana Maya langsung tidak menerima alasannya itu. "Saya cakap macam tu supaya pelayan tu tak banyak soal. Kalau saya cakap bukan, nanti macam-macam pula yang disoalnya." Tambah Darwish lagi untuk menyokong jawapannya.
"Come on, don't be like this. Cepat rasa makanan-makanan ni. Ada lagi dua set nak rasa nanti. Give me some smile." Pujuk Darwish dengan senyuman. Lambat-laun, Maya tetap mengukir senyuman dengan kata-kata dari Darwish itu. Kemudian, mereka berdua terus menjamu makanan yang terhidang di hadapan mereka.
Untuk lauk yang pertama, Maya merasa ayam masak merah manakala Darwish pula merasa daging blackpepper. Setelah sesuap makanan itu dijamah, Darwish terus tersenyum. "Wah, daging ni sedap lah!" Darwish bersuara teruja. Maya memandang ke arah Darwish dengan mulut yang masih mengunyah. Setelah selesai, barulah gadis itu membalas. "Betul ke? Let me taste it." Maya membalas sebelum cuba untuk mencapai piring yang berisi daging blackpepper itu. Namun, pantas sahaja Darwish memintas.
"Wait." Jejaka itu bersuara ringkas. "Aik, kenapa pula?" Soal Maya dengan wajah yang berkerut. Darwish tidak menjawab sebarang jawapan. Tetapi, Darwish terus mengopek daging itu menggunakan sudunya dan dicampurkan dengan sedikit nasi. Lalu, jejaka itu mensuakan sudu itu ke arah Maya untuk disuapkan. Maya terus terdiam dengan tindakan drastik dari Darwish itu. Dia merenung ke arah Darwish dengan pandangan yang kosong buat seketika.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...