Chapter 55

32 2 0
                                    

Darwish dan Dania melangkah keluar dari salah satu gedung di pusat membeli belah yang mereka lewati. Tangan kiri Dania sudah penuh dengan beg kertas dari pelbagai gedung yang sudah mereka berdua pergi. Hari ini ialah hari lahir Dania. Disebabkan kedua ibu bapa mereka berdua tiada di rumah, jadi Darwish mengambil keputusan untuk membawa adiknya keluar berjalan untuk menyambut hari istimewa itu.

Darwish tidak akan membiarkan hari yang menggembirakan adiknya itu berlalu begitu sahaja. Sebagai abang juga, dia mempunyai tanggungjawab untuk membuat hati Dania gembira walaupun bukan dengan kasih sayang dari seorang ibu atau ayah. Dari tadi, Dania hanya tersenyum apabila bersama abangnya itu. Rasa tenang sekali hatinya. Tidak lah perlu duduk di rumah seharian.

Dania menoleh pula ke arah Darwish sambil tersenyum. "Abang." Panggil Dania. Darwish lantas menoleh ke arah adiknya itu. Darwish terpaksa menundukkan sedikit pandanganmya kerana Dania agak pendek dari ketinggian dirinya. "Ya, kenapa?" Soal Darwish semula. "Terima kasih ya kerana bawa Nia jalan-jalan di sini. Tidak lah bosan duduk di rumah sepanjang hari yang special ini." Dania bersuara dengan senyuman.

Darwish turut mempamerkan riak wajah yang sama sambil membalas. "Sama-sama. Tidak ada apa lah Nia. Abang tahu kamu akan bosan duduk rumah." Kali ini, senyuman di bibir Dania sedikit pudar. Kemudian, dia memandang ke hadapan semula sebelum membalas. "Nasib baik kan abang masih ada di sisi Nia. Ibu dan ayah tu bergaduh sahaja tahu. Sampai hari birthday Nia pun mereka tidak ingat." Diakhir ayatnya terdengar sedikit keluhan sambil memandang ke arah lantai pusat membeli belah itu.

Darwish memandang adiknya dengan pandangan yang sayup. Lalu, jejaka itu mengetap bibir tanda tidak tahu ingin memberi jawapan itu. "Nia, jangan lah cakap macam itu. Mungkin mereka sedang kusut dengan hubungan mereka sekarang ni. Kamu perlu faham juga. Sudahlah, jangan difikirkan lagi. Kita enjoy sahaja ya hari ini. Abang kan ada." Darwish cuba memujuk adiknya dengan nada yang ceria di hujung kata-katanya. Lalu dia merangkul bahu adiknya.

"Okey, jadi sekarang kita nak pergi mana?" Soal Dania dengan senyuman di bibir. Darwish menggaru kepalanya yang tidak gatal itu tanda berfikir. Dia memandang ke atas sebelum menjawab. "Dania nak peri mana? Abang ikut sahaja." Balas Darwish. "Erm, kalau macam tu, Nia nak pergi makan lah. Sudah lapar. Lama dah kita berjalan ni."

Dania membalas dengan muka yang manja sambil memegang perutnya tanda lapar. "Hah, okey lah kalau macam itu. Nia pilih lah nak ke restoran yang mana." Balas Darwish ringkas. "Okey, jom." Respon Dania dengan gembira sambil menarik tangan abangnya untuk bergerak pantas.

------------------------

Encik Shamsul dan Puan Sofia sudah berada di ruang tamu rumah Encik Mazlan dan Puan Masyitah. Mereka sedang leka berborak bersama Encik Mazlan. Puan Masyitah pula sedang sebuk menyiapkan makan tengah hari untuk dihidangkan kepada tetamu mereka.

Selesai sahaja meletakkan dulang berisi jag dan berair ais ke atas meja makan, Puan Masyitah terus memanggil suami dan para tetamunya untuk pergi ke arah ruangan makan. "Bang, makanan sudah siap." Panggil Puan Masyitah. Encik Mazlan menoleh ke arah isterinya seketika sebelum kembali bersuara kepada tetamunya dengan senyuman. "Hah, makanan sudah siap. Jom ke sana." Pelawa Encik Mazlan sebelum mereka bertiga melangkah ke meja makan.

"Buat susah kan kamu sahaja Masyitah." Puan Sofia memberikan kata-katanya sambil menarik kerusi pada meja makan. "Eh tidak lah, lagipun saya memang sedang memasak. Kebetulan pula kamu berdua datang ke sini. Jadi, apa salahnya masak lebih." Balas Puan Masyitah sambil menuangkan air jus ke dalam beberapa buah gelas.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now