Chapter 39

76 2 0
                                    

Maya duduk di sofa di dalam rumah keluarga Liya sambil melihat skrin telefonnya. Sesekali dia meneguk air sirap yang sudah siap dituang ke dalam gelas. Dia sedang sibuk menyemak mesej jika ada pelanggan baru yang perlukan perkhidmatannya.

Beberapa minit kemudian, Liya datang menghampirinya dan duduk bersebelahan rakannya itu. "Maya." Sapa rakannya itu. "Ya, kenapa ?" Soal Maya selepas mengalihkan perhatiannya. "Bila kau nak balik johor ni? Aku rasa kita dah lama di sini." selepas mendengar pernyataan dari Liya, Maya terus berfikir sejenak.

"Hmm, nasib baik kau tanya aku. Studio tu pon sudah berapa lama tidak buka. Susah pula hendak buat urusan dengan client di dalam telefon." Maya membalas sebelum tersenyum kelat. "Habis, bila nak balik ni?" Soal Liya lagi. "Aku pun tidak tahu. Tapi tak silap aku, lusa Syazwan ada game kan ? Mesti lah dia perlu balik untuk buat latihan dengan pasukannya."

Liya mengangguk setuju dengan pernyataan yang di beri Maya. "Aku rasa, Syazwan pon tidak akan lama di sini. Mesti lah coach dia bising dia tidak datang latihan. Sudah berapa banyak latihan agaknya dia ketinggalan." Liya menyuarakan apa yang terlintas di fikirannya. Maya lantas mengangguk sebelum meneguk lagi air sirap.

"Eh, tidak apa lah. Nanti kau tanya Syazwan, Dia nak balik bila. Lepas itu, beritahu aku. Senang kita gerak bersama." Liya memberi kata putus. "okey" Balas Maya ringkas. Baru sahaja ingin beredar, Liya kembali menyoal rakannya itu

"Maya, kek coklat semalam ada lagi tak ? Semalam aku tidak sempat rasa." Maya memandang tepat ke arah kawannya sebelum berfikir sejenak. "Ada lagi. Aku letak dalam ice box. Tinggal separuh. Kau dengan ayah kau je rasanya belum rasa." Balas Maya sebelum menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum.

"Ouh, kau tak pelawa aku dulu ya?" Liya cuba mengusik rakannya itu. Maya tergelak kecil sebelum membalas. "Kau juga yang kata semalam nanti lah, malam sikit lah. Aku biar je lah." Liya sudah tersenyum malu mendengar respon itu

"Syazwan dah rasa kan ? Dia cakap apa ?" Soal Liya lagi. "Dah, dia kata sedap. Dia orang pertama yang aku bagi rasa." Maya menjawab sebelum tergelak kecil. Liya pula sudah bangun dari sofa sebelum membalas.

"Hmm, yalah. Bakal suami katakan. Tu jadi orang pertama yang rasa." Selepas bersuara, Liya terus melarikan diri sambil ketawa. "Kau ni. Lebih ya." Balas Maya sambil tersenyum. Dia faham sangat dengan perangai rakannya yang suka mengusik.

----------------------

Selepas solat zohor, seperti biasa Puan Kuntum akan ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari untuk sekeluarga. Dengan adanya kehadiran Liya dan Maya, dapat juga meringankan sedikit bebannya. Tidak lah terlalu kelam kabut ingin memasak.

Puan Kuntum sedang memotong bahagian ayam yang perlu di masak. Maya pula sedang memotong dan menyediakan bahan masakan. Liya pula sedang membasuh beras untuk di tanak di dalam periuk nasi.

Selepas Maya menyiapkan tugasannya, dia terus menumiskan semua bahan masakan tersebut untuk menghasilkan lauk kari. Kemudian, dia menggaul sedikit tumisan itu. Setelah mendidih, dia meletakkan pula serbuk kari beberapa sudu.

Puan Kuntum membawa semangkuk bahagian ayam mentah yang ingin dimasukkan ke dalam periuk. Namun, lantas sahaja Maya memintas. "Mak cik, tidak apa. Biar saya buatkan." Puan Kuntum terus berkerut kening. "Betul ke ni?" Soal Puan Kuntum ingin kepastian.

Maya lantas tersenyum dan menganggukkan kepalanya lalu dia menjawab. "Ya, lagipun saya memang nak belajar masak. Mak cik rehat lah dulu di hadapan. Biar saya dan Liya siapkan kesemuanya." Sekali lagi, Maya melemparkan senyuman. "Hah, betul tu mak. Tidak apa. Mak rehat lah di atas. Lagi sikit je ni nak siap." Sampuk Liya yang sedar namanya di sebut tadi.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now