Puan Masyitah menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan. Matanya ralit memerhatikan setiap anak tangga yang di pijaknya agar tidak tersilap langkah. Kalau terjatuh, memang teruk lah padahnya. Setelah sampai ke bawah, Puan Masyitah terus ke arah meja bunga yang tidak jauh darinya.
Wanita itu lantas mencapai telefon pintarnya yang di letakkan di situ. Setelah mengambilnya, dia terus melangkah ke arah balkoni rumahnya. Lalu, tangan Puan Masyitah terus mendail nombor telefon Maya. Dengan itu, Puan Masyitah hanya perlu menunggu panggilan itu di jawab.
"Assalamualikum." Ucap Puan Masyitah di corong telefon dengan gembira. "Waalaikumussalam. Mama sihat?" Jawab Maya sebelum menyoal keadaan ibunya. Maya pula terus duduk di sofa dan meletakkan gelas yang dipegangnya ke atas meja kopi. "Alhamdulillah, mama sihat je. Kamu tengah buat apa tu?" Soal Puan Masyitah ingin tahu.
"Maya tak buat apa ni. Duduk kat rumah je." Balas gadis itu ringkas sebelum mencapai alat kawalan jauh televisyen dan menghidupkan televisyen yang berada selang dari meja kopi di hadapannya. "Ouh, macam tu. Hah, ni mama nak tanya satu perkara." Puan Masyitah membalas sambil memeluk tubuh pula. "Apa dia?" Soal Maya sambil meletakkan semula alat kawalan jauh ke atas meja dan mengambil pula gelas minumannya
"Kamu dah kemas barang ke belum?" Soal Puan Masyitah ringkas. Maya yang sedang meneguk minuman itu menjadi bingung. Dia menelan terlebih dahulu air yang berada di dalam mulutnya. Kemudian, barulah dia menjawab soalan ibunya itu. "Kemas barang? Untuk apa pula?" Soal Maya semula.
Puan Masyitah pula sudah menggelengkan kepala. "Kamu lupa ke, lusa kan kita nak pergi bercuti dengan keluarga Syazwan." Balas Puan Masyitah sebelum mengeluh di hujung ayatnya. "Alah, mama. Kan lama lagi. Esok malam pun Maya boleh kemas." Balas Maya lemah sambil meletakkan semula gelas yang dipegang ke atas meja.
"Kemas awal kan bagus. Boleh check apa yang tak cukup. Tak ada lah perlu kelam-kabut nanti. Kita nak pergi bercuti ke luar negara tahu. Jauh. Bukan dekat-dekat." Bebel Puan Masyitah pula di corong telefon. Sengaja wanita itu menguatkan nada suaranya. Maya pula sudah menjauhkan sedikit telefon dari telinganya. Bingit sungguh apabila mendengar suara ibunya itu.
Setelah Puan Masyitah habis berleter, barulah Maya mendekatkan balik jarak telefon pintarnya. "Mama, jangan risau lah. Maya kan dah besar. Pandai-pandai lah nanti Maya uruskan. Tak akan lah semua nak mama yang kena ingatkan." Balas Maya lagi cuba menenangkan ibunya.
"Ouh, kalau macam tu. Nak suruh siapa yang ingatkan? Syazwan? Ke nak suruh Syazwan yang kemaskan?" Balas Puan Masyitah bertubi-tubi. Sempat pula dia menyelitkan nama Syazwan. Maya sekali lagi terasa bingit dengan bebelan dari ibunya itu sambil menepuk dahi. Bebelan seorang ibu, memang tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa. Pasti ada sahaja ayat yang ingin dikaitkan.
"Mama, kenapa pula sampai macam tu. Ni semua tidak ada kena mengena lah dengan Syazwan. Kenapa lah nak kaitkan dengan dia." Balas Maya lemah sambil mencebikkan bibir. "Hah, tahu pun kamu! Mama bukan apa, cuma nak ingatkan." Balas Puan Masyitah dengan nada lembut di hujung ayatnya. "Ya, Maya tahu. Nanti Maya kemas ya. Ke mama nak Maya ambil video kemudian bagi mama?" Soal Maya pula sebelum tergelak kecil dengan gurauannya.
"Hah, boleh juga tu. Cepat-cepat sikit ya." Balas Puan Masyitah sebelum turut tergelak. "Kalau Maya rajin, Maya record. Kalau tak, tak ada lah jawabnya." Balas Maya lagi. "Ikut suka kamu lah. Mama nak masuk ni. Nak jemur baju pula." Balas Puan Masyitah ringkas. "Hah, okey. Assalamualaikum." Ucap Maya di hujung perbualannya. "Waalaikumussalam." Jawab Puan Masyitah ringkas.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...