Chapter 36

73 3 0
                                    

Pagi itu, Syazwan bangun awal dari tidurnya. Setelah solat subuh dan bersiap, dia terus mengikut Encik Hamid ke bendang. Ada lah juga kerja yang dia bak buat. Kalau tidak, terperuk sahaja di dalam rumah.

Petang ini juga, dia ingin membuat latihan. Nanti ada juga persiapan yang dilakukan dirinya. Maya melihat ke sekeliling rumah. Kelihatan Syazwan tiada di situ. Dia mula menggaru kepala. Selalunya, dia akan nampak Syazwan duduk di pondok. Tidak pun, Syazwan akan duduk di tangga rumah.

Maya terus turun dari rumah dan menuju ke arah Liya yang sedang mengopek kulit bawang di bawah rumah kayu itu. Dia pantas melabuhkan punggungnya di sebelah Liya. "Hah, nak apa ni?" Soal Liya pantas. Maya menggaru kepalanya sebelum membalas.

"Ermm, kau ada nampak Syazwan tak? Aku cari dia tapi tiada." Selepas mendengar jawapan yang keluar dari mulut Maya, Liya lantas berhenti mengopek kulit bawang lalu melihat tepat ke arah rakannya.

Liya terus tersenyum seperti kerang busuk. "Apa yang kau senyumkan ni ?!" Soal Maya dengan nada yang sedikit tinggi. "Tak ada lah, cepat betul kau berbaik dengan dia. Mesti ada apa apa kan? Hish, kau ni. Bukan nak share." Selepas membalas, Liya terus melepaskan ketawa yang besar.

Maya lantas menepuk peha rakannya. "Kau ni kan! Aku tengah serius ni. Sibuk je nak tahu. Cepat lah, mana dia pergi?" Pantas sahaja jawapan itu dilontarkan. Liya mengusap pehanya yang agak sakit itu sebelum menjawab. "Hish, dia pergi bendang lah dengan bapak aku. Kenapa?"

Maya hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu menjawab. Liya lantas menolak-nolak jarinya pada bahu Maya sambil berkata. "Kenapa kau boleh tiba-tiba baik dengan dia hah? Kau cair tengok dia ya?" Liya mengusik rakannya.

Maya tersenyum manis sambil menundukkan wajahnya. Liya pula sudah tergelak kecil. "Hah, kan dah agak. Haih, Maya, Maya." Liya bersuara sebelum menggelengkan kepalanya. "Hish, dah lah. Tidak perlu cakap fasal ni. Ada apa apa yang aku boleh tolong?" Maya cuba menukar topik.

Liya menggaru kepala untuk berfikir sejenak. "Ermm, jom naik. Pergi dapur. Tolong aku dengan mak aku masak." Balas Liya ringkas. "Okey, jom." Balas Maya sambil menunjukkan isyarat 'ok' pada jarinya. Kemudian, mereka berdua naik semula ke rumah.

--------------------

Syazwan dan Encik Hamid berjalan menghampiri halaman rumah. Jam sekarang menunjukkan jam 11 tengah hari. Mereka masuk ke perkarangan rumah sambil berbual. "Pak cik masuk lah dulu. Saya nak rehat dekat luar sekejap." Syazwan bersuara.

"Hmm, baiklah. Tapi, jangan lupa naik. Nanti kita makan tengah hari sama-sama." Syazwan hanya mengangguk tanda faham dengan pernyataan yang di beri Encik Hamid. Kemudian, Encik Hamid berlalu pergi. Syazwan pula terus ke arah pondok di tepi rumah.

Dia terus duduk di situ. Tanpa sengaja, badannya terasa amat berat dan dia terus merebahkan badannya secara perlahan. Dia menghembus nafas yang berat kerana terlalu penat.
Dia teringat pula perkara yang perlu dilakukan olehnya di Johor nanti. Perlawanan pula sudah hampir tiba.

Untuk menenangkan fikirannya, Syazwan terus memejamkam matanya, lalu dia terus terlelap. Encik Hamid naik ke rumah dan terus pergi ke meja makan. Ke semua hidangan dan minuman sedang dihidang oleh kaum hawa yang ada di rumahnya.

Puan Kuntum yang sedang menuang air sirap bandung ke setiap cawan itu memandang sekeliling. Kelihatan Syazwan tiada di situ. Dia meletakkan jag ke dulang sebelum bersuara. "Bang, mana Syazwan?" Selepas soalan itu diajukan, Maya lantas memasang telinga. Liya pula sudah duduk di kerusi.

"Dia rehat sekejap di pondok. Penat rasanya. Bagus lah dia tu. Tak jemu buat kerja. Rajin orangnya. Saya boleh kata, hampir semua kerja saya hari ini, dia sudah ambil alih. Untung lah siapa dapat dia." Encik Hamid membalas sebelum memuji tindakan Syazwan di bendang tadi.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now