Chapter 12

144 3 0
                                    

Hari ini bermula cuti selama dua minggu. Jadi, ramai keluarga yang pergi bercuti. Maklumlah, hendak meluangkan masa dengan keluarga katakan.

Puan Sofia dan Encik Shamsul pergi ke rumah Encik Mazlan dan Puan Masyitah. Katanya hendak berbincang sesuatu. Apabila mereka sudah berkumpul di ruang tamu, Encik Shamsul terus menyampaikan hasratnya.

"Syazwan mana?" Soal Encik Mazlan. "Syazwan dia pergi ride dengan kawan dia dekat kawasan air terjun. Bosan katanya. Yalah, tengah cuti. Bebas lah sikit dia. Kalau tidak, asyik pergi latihan sahaja." Jawab Encik Shamsul dengan senyuman sebelum tergelak kecil.

"Oh, jadi apa hasrat kamu semua ke sini?" Soal Encik Mazlan. Encik Shamsul memandang isteri nya dengan senyuman sebelum membalas. "Kami ingat, nak ajak kamu sekeluarga bercuti dengan kami. Tak pergi jauh pun. Dekat-dekat sahaja."

"Oh, boleh sahaja. Kami free." Balas Encik Mazlan. "Yalah, mana lah tahu boleh temukan lagi anak kita tu." Balas Puan Sofia pula. Kemudian, mereka semua tertawa. "Lagipun, si Maya tu kalau call saya, mesti cakap fasal Syazwan. Dating katanya." Puan Masyitah pula bersuara dengan senyuman.

"Jadi, bercadang nak ke mana cuti ni?" Soal Encik Mazlan. "Kami ingatkan nak pergi Batu Layar." Balas Encik Shamsul. Encik Mazlan dan Puan Masyitah lantas tersenyum. "Boleh lah. Lagipun kami memang sudah lama tidak pergi pantai." Balas Encik Mazlan.

"Nanti kami tanya Syazwan sama ada dia mahu ikut atau tidak. Tapi, kalau dah dengar nama Maya, mesti dia nak ikut. Maya boleh ke ikut?" Encik Shamsul bersuara sebelum diakhiri dengan soalan.

"Maya boleh je. Dia tiada masalah. Tengah free." Balas Puan Masyitah. "Maya sebernanya sudah bekerja ke?" Soal Puan Sofia ingin tahu. "Dia tu sebernanya tengah usaha untuk bukak studio photographer. Dia buat kerja sambilan sekarang untuk cari modal bukak studio." Balas Puan Masyitah.

"Oh, bagus lah budak tu. Kuat usaha." Puji Encik Shamsul. Encik Mazlan dan Puan Masyitah hanya tersenyum. "Baiklah. Kami minta diri dulu ya." Encik Shamsul mengundur diri. "Oh, baiklah." Balas Encik Mazlan sebelum mengiringi suami isteri itu ke kereta.

--------------------

Puan Masyitah lantas mengamil telefon pintarnya dan mendail nombor Maya. Maya yang sedang mengedit gambar di komputer itu memberhentikan kerjanya seketika untuk menjawab panggilan ibunya.

"Assalamualaikum, Maya." Ucap ibunya. "Waalaikumussalam, mama." Jawab Maya di dalam talian dengan senyuman. "Maya, mama ada benda nak cakap ni." Puan Masyitah mula membuka bicaranya. "Hah, apa dia?" Soal Maya ingin tahu.

"Tadi, keluarga Syazwan datang rumah." Puan Masyitah memberi tahu. "Kenapa mama? Dia hantar rombongan meminang ke?" Soal Maya tiba-tiba. "Eh, kamu ni. Mana ada. Memandai je." Balas Puan Masyitah sebelum tertawa kecil. "Huh, nasib baik." Balas Maya.

"Lah, kenapa? Tak suka ke kalau dia masuk meminang?" Soal Puan Masyitah ingin mengusik anak daranya. "Tak lah. Bukan tak suka. Tak ready lagi lah mama." Balas Maya lagi. "Hmm, yalah." Balas Puan Masyitah. "Apa yang mama nak cakap tadi?" Soal Maya. "Hah, keluarga Syazwan tadi datang sebab nak ajak kita bercuti." Balas Puan Masyitah.

"Oh, ya ke? Nak pergi mana?" Soal Maya. "Batu Layar." Balas Puan Masyitah ringkas. "Hari apa?" Soal Maya lagi. "Sabtu minggu ni. Hingga hari Isnin." Balas Puan Masyitah lagi. Maya lantas memasamkan muka mendengar pernyataan itu. "Alamak, mama. Hari Sabtu tu, Maya ada client. Mereka nak photoshoot untuk majlis kahwin mereka." Balas Maya lagi.

"Habis tu, kamu tidak dapat pergi ke?" Soal Puan Masyitah lagi. "Tidak tahulah. Tapi, rasanya boleh kot. Boleh mereka photoshoot di sana. Kat sana pun cantik. Lagipun tiga jam je photoshoot ni." Balas Maya lagi. Apabila mendengar respon Maya, Puan Masyitah lantas tersenyum. "Okey, jadi kamu ikutlah ni?" Soal Puan Masyitah ingin kepastian.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now