Farah meneruni anak tangga menuju ke meja makan. Sarapan sudah pun terhidang. Jadi, Farah dan kedua ibu bapanya hanya perlu menjamu selera. Kebetulan pula, hari ini Encik Fairul tidak pergi ke pejabat. Penat katanya.
Setelah semua ada di meja makan, mereka bertiga terus menjamu selera. Encik Fairul memandang ke arah anaknya sebelum bersuara. "Farah, daddy ada benda nak cakap." Setelah pernyataan itu menyapa ke telinga Farah, dia lantas mengalihkan perhatiannya kepada pemilik suara itu.
"Apa dia daddy?" Soal Farah ingin kepastian. Encik Fairul menghembus nafas seketika sebelum menguis nasi goreng di pinggannya menggunakan sudu. "Kat tempat kerja daddy ada satu tempat kosong untuk kerja." Farah tersenyum seketika mendengar respon dari ayahnya.
Puan Faizah juga sudah mengalihkan pandangan kepada suaminya kerana ingin tahu topik perbualan dua beranak itu. "Jawatan apa daddy?" Soal Farah lagi. Encik Fairul tergelak kecil tatkala mendengar soalan dari anaknya. Farah lantas mengerutkan kening. Puan Faizah pula sudah tergeleng kepala sambil tersenyum."Kamu ingat, senang-lenang je ke nak dapat jawatan kalau baru masuk kerja? Mestilah mula dari bawah. Sebagai pekerja biasa sahaja."
Selepas menyambung kata-katanya, sekali lagi Encik Fairul melepaskan gelak. Farah pula sudah memuncungkan bibir tanda malu. "Kamu ni pon Farah. Cuba lah fikir logik." Tambah Puan Faizah lagi."Yalah, yalah. Mana Farah tahu." Balas Farah dengan nada yang menggerutu sambil menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya. "Habistu, kamu nak tak kerja ni?" Soal Encik Fairul lagi. Farah berfikir sejenak. "Tak nak lah. Bosan." Balas Farah slumber. Puan Faizah yang duduk berhadapan dengan anaknya itu lantas membantah.
"Eh, apa kamu ni Farah! Dah ada kerja tu, ambil saja lah. Tahu mahu jawatan saja." Bentak Puan Faizah. "Tidak apa lah, Farah. Kalau kamu tidak mahu. Tapi melepaslah kamu. Sebulan empat ribu gajinya." Encik Fairul cuba untuk 'memancing' anaknya dengan menyebut nilai gaji yang diperuntukkan.
Suapan Farah sekali lagi terhenti apabila mendengar pernyataan itu. Encik Fairul pula sudah tersenyum. Pasti sahaja dia akan berjaya dengan kata-katanya itu. "Hmm, yalah. Farah ambil kerja tu." Lambat-laun, Farah terpaksa juga menerima kerja itu. Tidak mungkin dia akan melepaskan peluang seperti itu.Lepas ini, dia boleh lah berbelanja sesuka hati menggunakan duitnya sendiri. Tidak perlu menggunakan kad kredit yang diberikan ayahnya itu. 'Farah, Farah.' Getus hati Puan Faizah di dalam hatinya. Risau betul dengan sikap anaknya yang mata duitan dan kaki boros itu.
"Bila Farah boleh masuk?" Soal Farah lagi. "Minggu depan." Jawab Encik Fairul ringkas. Farah hanya mampu menganggukkan kepala tanda faham. "Tapi, Farah. Kamu kena ingat. Kerja di syarikat daddy ni perlu bekerjasama dengan pekerja lain. Kalau seorang buat silap. Habis satu syarikat." Peringatan dari Encik Fairul itu membuatkan tekak Farah sedikit kelat apabila menalan makanan di dalam mulutnya.
Serta-merta juga, Farah terdiam seketika. "Farah, kamu dengar tak apa yang daddy kamu cakap tu?" Soal Puan Faizah pula. Selepas soalan itu diajukan, baru lah Farah keluar dari lamunannya. "Hah, ya. Farah faham." Balas Farah sebelum meneguk minuman di dalam cawan. Keadaan di meja makan itu membuatkan Farah sedikit tidak senang duduk.
----------------------
Syazwan dah ahli pasukannya keluar dari hotel dan masuk ke dalam bas pasukan bola mereka seorang demi seorang. Kemudian, mereka semua mengambil tempat duduk masing-masing. Setelah semua naik ke dalam bas, bas itu terus dipandu untuk meneruskan perjalanan ke stadium di mana tempat mereka akan berlawan bola sepak malam ini.
Seperti biasa, Syazwan akan duduk bersebelahan dengan Mukhriz. Mudah bagi mereka untuk berborak sepanjang perjalanan. Tetapi, lain pula pada hari ini. Syazwan agak membisu apabila di dalam bas. Dia memasangkan earphone ke telinganya sebelum memasang lagu dan melemparkan pandangannya ke luar tingkap bas.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...