Chapter 34

87 2 0
                                    

Mata Maya terpisat-pisat cuba untuk melihat gerangan yang mengejutkannya dari tidur. Apabila pandangannya sudah jelas, kelihatan wanita yang bertelekung dalam lingkungan 50-an sedang melihat ke arahnya.

Maya terus membetulkan posisinya yang tadi terbaring. "Kamu sudah semalaman ke di sini?" Soal Wanita itu. "Ya, mak cik." Balas Maya ringkas. Wanita itu mengangguk faham dan menjawab. "Kalau macam tu, kamu pergi lah ambil wudhu' dahulu. Sebentar lagi akan masuk waktu subuh. Nanti kita boleh solat berjemaah." Wanita itu bersuara lagi.

Maya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Kemudian, dia terus berdiri dan pergi ke arah tempat mengambil wudhu'. Selepas azan dan iqomat dilaungkan, semua makmum sudah berada di dalam saf. Maya pula menyarungkan telekung yang disediakan di masjid itu sebelum berdiri di sebelah makmum perempuan dan solat berjemaah fardhu Subuh bersama.

----------------

Maya berjalan-jalan di sekitar sawah padi. Kemudian, dia melihat ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan tepat jam 10 pagi. Mata Maya tertumpu pada sebuah pondok yang berada di hujung sawah padi itu. Maya terus berlari anak untuk ke situ.

Apabila sudah sampai, Maya terus mengukir senyuman kerana hiasan di pondok itu sangat cantik dan menarik. Dengan tanglong yang diperbuat dari buluh itu digantung dan di cat dengan warna-warni. Kemudian, Maya duduk di pondok itu sambil menghirup udara segar sambil memandang sawah padi yang terbentang luas di hadapannya.

Dia terasa ingin mengambil gambar. Tapi, baru dia teringat yang kameranya ada di rumah keluarga Liya. Dia mengeluh seketika. Kemudian, dia terbayang pula Syazwan. Serta-merta wajahnya berkerut. Dalam banyak-banyak manusia yang dia kenal, kenapa lah Syazwan juga yang dia ingat.

Dengan tidak sengaja, dia teringat sewaktu dia menguak pintu rumah Syazwan dan ternampak jejaka itu dengan Farah. Kemudian, dia teringat pula saat Syazwan menengkingnya semalam. Air matanya jatuh untuk ke sekian kalinya.

Dia cuba untuk mengetepikan masalah itu. Kerana dia berada di sini untuk menenangkan hati dan fikirannya. Bukan untuk memikirkan perkara itu. Dia cuba menseka air matanya yang masih mengalir. "Aku penat lah. Aku penat Syazwan. Sampai bila nak macam ni?" Maya bersuara seorang diri.

"Aku masih sayangkan kau lagi. Tapi, aku tak boleh nak teruskan. Aku tak mampu nak tanggung semua ni." Maya bersuara lagi dengan air matanya yang mengalir dengan deras. Sekarang, dia sangat perlukan seseorang di sisinya yang boleh memahami keadaan dirinya sekarang.
------------------

Akim duduk di pondok sambil melihat pemandangan di hadapannya. Puan Kuntum keluar dari rumah dan menuju ke arah pondok itu sambil menatang dulang yang berisi karipap dan air teh. Selepas meletakkan dulang, Puan Kuntum terus bersuara.

"Akim, mana abang Syazwan? Dari tadi ibu tidak nampak dia." Akim menoleh ke arah ibunya sebelum menjawab. "Dia baru keluar tadi ibu. Dia kata dia nak cari akak Maya." Balas Akim sebelum mengambil sebiji karipap yang tersedia. Puan Kuntum mengangguk faham sebelum melabuhkan punggung pada pondok itu.

"Sudah lama ke dia keluar?" Soal Puan Kuntum lagi. Akim menghabiskan kunyahan karipapnya sebelum membalas. "Ada lah dalam lima belas minit." Puan Kuntum hanya mendiamkan diri apabila mendengar jawapan dari anaknya itu.
"Kak Liya kamu dah bangun ke belum?" Soal Puan Kuntum lagi. Akim menggelengkan kepalanya sebelum menjawab. "Tak, dia belum bangun lagi. Tadi Akim lalu depan bilik dia. Nampak dia tengah tidur lagi." Balas Akim slumber sambil mengambil lagi sebiji karipap. Puan Kuntum menggelengkan kepala sebelum bersuara.

"Apa lah nak jadi budak ni. Matahari dah terpacak pun tak bangun lagi." Akim tergelak kecil sebelum membalas kata-kata ibunya itu. "Dia penat lah tu bergaduh dengan minah-minah kepoh itu." Apabila mendengar jawapan itu, Puan Kuntum lantas memukul bahu anak lelakinya perlahan. "Haish, kamu ni. Memandai je." Puan Kuntum bersuara sebelum naik ke rumah untuk mengejut ana daranya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now