Chapter 53

45 4 0
                                    

Pada hari ini, Maya dan Liya bergerak pergi ke Kuala Lumpur. Ini kerana atas tugasan mereka untuk menyelesaikan tugasan mereka. Sebuah butik yang popular di Kuala Lumpur telah meminta khidmat dari Maya untuk mengambil gambar model-modelnya yang menggayakan pakaian baru yang dikeluarkan oleh butik tersebut.

DI BUTIK

Maya sedang membelet-belet kamera miliknya untuk memastikan semuanya dalam keadaan yang baik. Sesekali dia pergi ke arah lampu di setiap penjuru set penggambaran untuk mensuaikan semula cahaya yang dipantulkan. Kemudian, Maya duduk semula di kerusi yang disediakan.

Liya pula sedang mengemaskini komputer miliknya. Ini supaya setiap gambar yang ditangkap oleh Maya dapat dimasukkan ke dalam komputer dengan pantas dan dapat memudahkan proses mengedit gambar.

"Eh, Liya. Lihat sekejap di komputer itu. Aku nak testing sekejap." Maya bersuara sambil menoleh ke arah rakannya. "Hah, okey." Balas Liya ringkas. Lalu, Maya terus menangkap beberapa buah gambar. Dan semua hasilnya baik sahaja. "Okey lah Maya. Lighting semua cukup." Balas Liya sambil menunjukkan isyarat 'OK' pada jarinya.

"So, semua dah ready lah kan?" Soal Maya lagi. "Ya, sudah." Balas Liya lagi. "Okey, kita tunggu model-model itu siap sahaja." Baals Maya lagi dengan senyuman. Liya hanya menganggukkan kepala tanda faham.

Dari set untuk menghias diri pula, kelihatan lima orang gadis yang menjadi model sedang disolek oleh juru solek di situ. "Okey, Mimi. You dah siap." Seorang juru solek bersuara kepada modelnya. "Allright, thank you." Balas gadis yang di gelar Mimi itu. Lalu, dia terus berdiri dan melangkah ke arah set penggambaran dengan pakaiannya.

Namun, langkahnya terhenti apabila melihat tindak-tanduk Maya yang masih lagi memeriksa set penggambaran itu. "Eh, seriously photographer kali ni perempuan? Bosan betul." Mimi berleter sendirian sehingga terherot-herot bibirnya. "Berianya perempuan tu. Macam lah gambar dia lawa sangat." Sekali lagi gadis itu bersuara sendirian.

Salah seorang lagi model melangkah ke arahnya setelah siap di hias dengan teliti. Kemudian, gadis itu terus menegurnya. "Mimi, kenapa kau tidak pergi sana lagi?" Soal gadis itu. Mimi lantas memandang ke arah gadis itu dengan pandangan yang tidak puas hati. "Tengok photographer tu. Kenapa lah perempuan. Ingatkan lelaki tadi." Balas Mimi.

Gadis di sebelahnya itu lantas menggelengkan kepala dengan senyuman kelat. "Kau ni kan Mimi, tidak habis-habis dengan perangai gatal kau tu. Berapa lelaki kau nak caras ni hah?" Soal gadis itu lancang. Sekali lagi, ayat yang dikeluarkan oleh gadis itu membuatkan hati Mimi begitu panas. Rasa tidak boleh terima sungguh apa yang diujarkan oleh rakan sekerjanya itu.

"Eh kau ni kan. Ada sahaja ya. Dah lah. Pergi sana cepat." Balas Mimi dengan muka yang mencuka. Gadis di sebelahnya itu tidak memberikan apa-apa respon sebaliknya terus melangkah ke arah set penggambaran. Mimi hanya menjelingnya dari belakang sebelum turut mengatur langkah.

Seorang wanita dalam lingkungan 40-an datang ke arah Maya lalu menegur gadis itu. Beliau ialah pemilik kepada butik tersebut. "Maya, semua sudah selesai? Model-model saya sudah ready." Wanita itu bersuara. Maya lantas menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Eh, Puan Nora. Maaf saya tidak perasan tadi. Hah, ya. Semuanya sudah selesai. Jadi kita dah boleh mulakan penggambaran sekarang." Balas Maya dengan semyuman. "Okey, good. Girls, come here." Puan Nora memanggil model-modelnya untuk dengan manghayunkan tangannya. Kemudian, kelima-lima model tersedut menuju ke arah set penggambaran.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now