Chapter 42

57 3 1
                                    

Selepas habis mengisi perut dengan hidangan makan tengah hari di R&R, mereka bertiga terus meneruskan perjalan ke Johor. Penat badan mula terasa walaupun hanya duduk di dalam kereta mahupun menunggang motosikal.

setelah berjam-jam memandu, akhirnya mereka sudah memasuki sempadan Negeri Johor. Liya mengambil keputusan untuk berhenti seketika di stesen minyak untuk mengisi minyak ke dalam kenderaan yang di pandunya. Syazwan turut berhenti dan menunggu dua gadis itu.

Sementara Liya sebuk membayar wang untuk mengisi minyak, Maya pula sedang sebuk memilih roti, sedikit makanan ringan dan minuman botol untuk menjadi alas perut di dalam kereta bersama Liya. Dia mencapai satu lagi botol minuman berkabonat. Tujuannya untuk beri kepada Syazwan.

Selepas membayar, Maya menuju semula ke arah kereta Liya. Selepas meletakkan makanan dan minuman yang di beli ke dalam kereta, dia keluar semula untuk menuju ke arah Syazwan. "Eh, Maya. Nak pergi mana?" Soal Liya yang sedang mengisi minyak petrol ke dalam keretanya. "Aku nak bagi air ni kat Syazwan." Balas Maya sambil menunjukkan sebotol minuman berkabonat.

Liya hanya mengangguk faham sebelum Maya berlalu pergi. Setelah sampai di sebelah Syazwan, dia terus menepuk perlahan bahu jejaka itu sambil menyapa. "Syazwan." Panggil Maya. Syazwan yang sedar tindakan itu lantas menoleh ke arah Maya sebelum mengalihkan cermin pada helmetnya.

"Maya. Ya, kenapa?" Soal Syazwan hairan. "Ni, saya belikan untuk awak." Balas Maya dengan senyuman sambil menghulurkan botol minuman di tangannya. "Oh, terima kasih. Susah kan awak saja." Balas Syazwan sebelum menyambut pemberian itu. "Tidak lah. Saya okey je. Baiklah, saya pergi sana dulu ya." Balas Maya pula dengan senyuman.

Syazwan hanya menganggukkan kepala tanda faham. Selepas Maya berlalu pergi, dia memasukkan botol minuman itu ke dalam beg sandangnya. Selepas melihat kereta Liya mula keluar dari perkarangan stesen minyak, Syazwan terus menghidupkan enjin motosikalnya sebelum bergerak mengikut kereta Liya.

Tanpa mereka ketahui, ada sebuah kereta di situ yang dari awal tadi pemandunya memerhatikan tindak-tanduk Maya dan Syazwan. Dia menunrunkan cermin tingkap pada keretanya. Kelihatan Darwish pemandu kereta tersebut.

Dia tersenyum sinis sendirian. Kemudian, dia melihat ke arah skrin telefonnya. Darwish sempat mengambil beberapa keping gambar Maya dan Syazwan sebentar tadi. Itu sudah cukup menjadikan ia bukti yang kukuh untuk ditunjukkan kepada Farah. Sudah pastinya untuk memarakkan lagi api di hati gadis itu.

-----------------

Malam itu, seperti yang dijanjikan, Maya pergi ke rumah kedua orang tuanya bagi menunaikan permintaan ibunya. Liya yang menghantarnya ke rumah tersebut. Rakannya itu juga lah yang akan mengambilnya.

"Assalamualaikum!" Ucap Maya di pintu pagar rumah. Secara automatik, pintu tersebut terbuka dengan sendirinya. Jadi, Maya terus melangkah masuk. "Waalaikumusslam. Maya!" Balas Puan Masyitah iaitu ibunya. Wanita itu lantas memeluk anak kesayangannya itu seeratnya. Maya juga turut membalas pelukan itu.

Akhirnya, dapat juga mereka berdua melepaskan rindu yang sudah lama disimpan. "Rindunya ibu kepada kamu." Puan Masyitah bersuara selepas meleraikan pelukan itu. "Ya, ibu. Maya tahu. Sebab tu Maya datang malam ni." Balas Maya dengan senyuman. Ibunya tersenyum manis apabila mendengar jawapan itu.

"Ayah ada tak?" Soal Maya pula. "Ada, dia di dalam. Jom masuk." Pelawa Puan Masyitah sambil mengiring langkah anaknya ke dalam rumah. "Ayah." Tegur Maya dengan senyuman apabila melihat ayahnya sedang duduk di sofa. "Hah, sampai akhirnya kamu." Balas Encik Mazlan sebelum Maya menyalam tangannya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now