Darwish berjalan ke luar rumah dan menuju ke arah meja kopi yang berada tidak jauh dari beranda rumah. Di tangan kanannya pula sudah memegang tangkai cawan yang berisi air nescafe panas yang baru di bancuh olehnya sebentar tadi. Lalu, dia menarik salah satu kerusi di meja kopi dan terus duduk di situ.
Dia mendekatkan cawan yang berisi air panas itu ke bibirnya sebelum meniupnya. Kemudian, Darwish menyisip air tersebut sedikit demi sedikit. Setelah puas, jejaka itu meletakkan cawan tersebut di atas meja kopi sebelum bersandar dan menghelakan nafas yang berat. Dia mengeluarkan telefon pintarnya yang berada di kocek seluar.
Darwish menatap seketika skrin telefon yang sudah terpampar cahanya. Kemudian, dia mencari pula nombor telefon Maya. Jarinya baru sahaja mahu menekan perkataan 'dail'. Namun, tindakannya itu terhenti buat seketika. Darwish berfikir sejenak. "Kalau aku call dia pun, bukannya dia nak angkat." Darwish bersuara sendirian.
Namun, kepalanya tiba-tiba sahaja teringat apa yang dikatakan oleh Dania tempoh hari. Tidak salah pun jika dia mahu pertahankan hubungannya dengan Maya waalupun sekadar rakan. Lalu, dia memandang semula ke arah skrin telefonnya dengan bibir yang terherot. "Try je lah." Darwish bersuara perlahan. Kemudian dia terus mendail nombor telefon Maya dan meletakkan telefon tersebut di telinga.
Sementara itu, Maya pula baru sahaja duduk di sofa. Dia terus mencapai alat kawalan jauh televisyen dan mengalih siaran kepada acara perlawanan bola sepak yang Syazwan bertanding. Dia sudah terlambat 15 minit untuk menyaksikan perlawanan tersebut kerana sibuk menolong ibunya di dapur sebentar tadi.
Baru sahaja mahu menumpukan perhatian terhadap perlawanan tersebut, secara tiba-tiba telefon pintar milik Maya berdering. Lantas gadis itu berdecit sambil muka yang berkerut. "Hish, aku baru nak tengok dah ada orang kacau." Rungut gadis itu sambil mencapai telefonnya yang berada di sebelah. Wajahnya serta-merta berubah apabila melihat skrin telefon. Nama 'Darwish' terpampar di situ.
"Apa yang dia nak?" Soal Maya sendirian. Namun, Maya berfikir sejenak. Sudah lama juga dia tidak berhubung dengan Darwish. Jadi, boleh sahaja dia menjawab panggilan tersebut. Lebih-lebih lagi apabila perkataan yang diungkapkan oleh Liya menerjah ke ingatannya. Dengan itu, Maya terus menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum, Maya. Akhirnya awak jawab panggilan saya. Sudah lama saya tunggu." Kedengaran suara Darwish amat gembira di corong telefon apabila Maya menjawab panggilannya. "Waalaikumussalam, apa awak nak?" Soal Maya ringkas dengan wajah yang tawar. "Kenapa ni? Awak macam marah saya je?" Soal Darwish hairan. Maya pula sudah mengeluh mendengar soalan itu.
Namun, dia tetap menjawab. "Awak tidak payah fikir lah. Awak tidak jawab lagi soalan saya. Awak nak apa?" Maya cuba berdalih sebelum mengajukan soalannya sebentar tadi. "Baiklah, sudah seminggu Maya kita sudah berjumpa. Sudah puas saya cuba cari awak. Saya ada banyak masalah nak dikongsi dengan awak. Tapi, kenapa awak lari dari saya?" Puas akhirnya hati Darwish apabila dapat meluahkan segala persoalannya pada Maya.
Maya pula jadi terdiam apabila mendengar pernyataan itu. Langsung dirinya tidak terfikir yang Darwish menganggapnya cuba melarikan diri dari jejaka itu. "Kenapa awak perlu cerita pada saya?" Soal Maya pula dan langsung tidak menjawab soalan dari Dariwsh. Darwish sudah menongkat dagunya di meja kopi dengan bibir yang mencebik.
"Sebab awak sahaja tempat mengadu saya. Saya tidak ada orang lain lagi. Hanya awak sahaja yang saya percaya." Jawab Darwish dengan ikhlas. Sekali lagi, lidah Maya menjadi kelu dengan setiap butir kata yang dikeluarkan oleh Darwish. Mengapalah dia perlu mendengar semua ini. "Awak percayakan saya? Ke itu cuma alasan untuk menipu saya?" Kali ini Maya sudah mula main 'tarik tali' dengan jejaka itu. Sengaja Maya menekankan nada suaranya di hujung ayat.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...