Chapter 6

191 5 0
                                    

Farah membuka almari bajunya dan mencapai baju yang ingin dipakai. Setelah bersiap, dia duduk di birai katil dan menghantar mesej kepada Syazwan. Selepas mendapat balasan dari Syazwan, dia tersenyum dan terus ke bawah.

Baru sahaja ingin melangkah keluar ke pintu rumah, tiba-tiba Encik Fairul panggilnya dari ruang tamu. "Farah, sini sekejap daddy nak cakap sesuatu." Farah mengeluh seketika sebelum membalas. "Alah, nantilah daddy. Farah dan lambat ni." Kemudian dia menguak pintu rumah. "Farah Elyana! Sini daddy kata!" Teriak Encik Fairul.

Serta-merta, langkah Farah terhenti dan berpaling semula ke arah ayahnya secara terpaksa. Kemudian, dia duduk di sofa. "Apa dia?" Soal Farah. "Kamu dah cari kerja belum?" Soal Encik Fairul. Farah berdecit perlahan. "Daddy, tak habis-habis cakap fasal kerja, kerja kerja! Farah bosanlah!" Bentak Farah sambil mengerutkan kening.

Encik Fairul lantas menggeleng. "Manalah daddy tidak tanya. Daddy risau. Kamu asyik keluar rumah, habiskan duit. Membazir tahu! Kalau kamu tidak cari kerja lagi. Kerja di syarikat daddy!" Encik Fairul bersuara tegas. Terkejut Farah mendengar keputusan ayahnya. Kalau dia bekerja dengan ayahnya, pastilah perlu 'one time' sahaja. Tidak boleh leka. Kalau tidak, habis dibebelnya.

"Kenapa pula?! Tidak mahulah kerja dengan daddy." Balas Farah ringkas. "Habis, sampai bila nak tunggu kamu cari kerja?! Makin di biar, makin banyak benda pelik kamu buat kat luar sana!" Encik Fairul bersuara lagi. Tidak puas hati betul mendengar jawapan dari anaknya.

"Dah lah. Farah gerak dulu." Balas Farah memberi kata putus sebelum berlalu pergi. Encik Fairul hanya mampu berdiam. Kemudian, Puan Faizah muncul dari dapur setelah menolong pembantu rumahnya. "Macam mana bang?" Soal Puan Faizah. Encik Fairul hanya mampu menggelengkan kepala. Puan Faizah hanya mengeluh lemah.

---------------------------

Syazwan melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah dan menuju ke kafe di mana dia akan berjumpa dengan Farah. Dia masuk ke kafe yang berdekatan dengan tangga elektrik. Setelah nampak kelibat Farah, dia terus ke meja itu.

Syazwan terus duduk berhadapan dengan Farah. "You nak apa jumpa I?" Soal Syazwan. Tidak mahu dia duduk lama dengan bekas kekasihnya. Buat panas hatinya sahaja. "Relaxlah, I jumpa you ni sebab, I nak minta maaf." Farah mengungkap kata-katanya. Apabila mendengar pernyataan yang di beri Farah, Syazwan hanya tersenyum sinis.

"Minta maaf? Hey Farah! You dah kecewakan I tau! Dari kita mulakan perhubungan dulu lagi, I yakin semua ni akan terjadi." Bentak Syazwan sekeras kerasnya. "Habis, kenapa pilih I?" Soal Farah ingin memutar belitkan fikiran jejaka di hadapannya. "Sebab I tak sanggup tengok you terhegeh-hegeh nak kan I. Tapi sekarang I dah rimas!" Balas Syazwan lagi.

Lidah Farah menjadi kelu sekarang. Dia rasa malu dengan jawapan yang di beri Syazwan. "okey, memang tu semua salah I, tapi sekarang I betul-betul minta maaf. I takkan curang lagi." Dalam mereka sibuk bergaduh, ada sahaja orang awam yang mengambil kesempatan dengan mengambil gambar mereka untuk timbulkan konteversi.

"Cukuplah sekadar sekali I kena tipu. I tidak mahu kecewa lagi. Sakit tahu tak?!" Bentak Syazwan lagi. "Tapi.. Kali ni..... " Belum sempat Farah menghabiskan kata-katanya, Syazwan lantas memotong. "That's enough Farah! Tidak ada lagi excuse. Jangan kacau I lagi. Lupakan semua ni!" Selepas berkata, Syazwan terus berlalu pergi. Dia tidak yakin sama ada dia boleh atau tidak menahan api kemarahannya jika duduk lama di situ.

Farah hanya memasamkan muka dan berpeluk tubuh sebelum bersandar pada kerusi tanda protes "Susah betul nak ubah fikiran dia tu!" Getus Farah.

-----------------------

DI RUMAH

Maya dan Liya duduk di meja makan dan menjamu selera air tangan Maya. Malam ini, Maya masak ayam masak asam pedas, sayur kubis goreng dan sup lemak. Mereka makan dengan penuh selera sekali.

"Untung aku dapat kawan macam kau Maya! Dah lah pandai masak." Puji Liya. Maya hanya tersenyum. "Wey, Maya. Kau nak ikut aku tak minggu depan?" Soal Liya sebelum meneguk air sirap di gelas. "Pergi mana?" Soal Maya. "Ermm, pergi stadium. Aku ajak kau sebab hari tu aku tengok kau macam happy je pergi stadium." Balas Liya sambil menggumpal-gumpal nasi.

Maya tersenyum lebar. "Eh, boleh je!" Balas Maya. Apabila mendengar jawapan Maya, Liya terus mengangkat wajah. "Serious?" Soal Liya ingin kepastian. "Ya." Jawab Maya dengan senyuman. "Nasib baiklah kau ada. Kalau tidak, boring aku seorang diri di sana." Liya membalas sebelum menyuap ayam dan nasi ke dalam mulut. Maya ketawa kecil.

"Eh, kita boleh ke jumpa player-player tu?" Soal Maya. Liya memandang rakannya dan berfikir sejenak. "Boleh, rasanya. Tapi kau kena tunggu lama lah sikit. Game habis dalam pukul sepuluh empat puluh lima, nak keluar stadium je dah lima belas minit. Selalunya mereka keluar stadium lepas pukul dua belas. Kau sanggup ke nak tunggu?" Terang Liya sebelum diakhiri dengan pertanyaan.

Maya memuncungkan bibir dan berfikir. "Hmm, boleh lah. Sekali sekala. Bukan selalu. Kau boleh kan teman aku lama sikit kat stadium tu?" Balas Maya. Namun, dia tetap meminta persetujuan dari rakannya. Takut pula jika Liya tidak selesa. "Aku boleh je. Aku pon nak jumpa mereka." Balas Liya dengan senyuman. "Kau nak jumpa player yang mana ni?" Soal Liya.

"Player nombor enam tulah." Jawab Maya ringkas sebelum menyambung suapan ke mulut. Tersedak Liya dibuatnya. Dia lantas menepuk-nepuk dadanya sebelum meneguk sedikit air. "Kau okey tak?" Soal Maya. Liya hanya menganggukkan kepalanya. "Tidak sangka pula rakan aku ni dah ada taste." Liya cuba berjenaka. Maya faham apa yang dimaksudkan rakannya itu.

"Kau takkan tidak kenal kawan kau ni? Walaupun macam ni, tapi ada taste okey." Maya bersuara sebelum mereka ketawa bersama. "Tak dalah. Kau tahu kan apa tujuan aku yang sebenar. Bukan suka buta je." Balas Maya lagi. Liya hanya mengangguk. "Tapi kan, kalau lah dia bukan orang yang kau cari macam mana?" Soal Liya tiba-tiba.

Maya terdiam seketika. Jika pendapatnya jauh meleset. Apa akan jadi padanya. Maya hanya mampu menjongketkan bahu dan menggelengkan kepala. "Jangan mengalah, Maya. Aku yakin dengan kau. Tapi, kalau betul lah tu kawan lama kau, dan kamu berdua bercinta. Wow, mesti meletop!" Liya bersuara lagi.

Maya hanya menggeleng dengan senyuman. "Tak mungkin lah. Kami kawan je." Balas Maya ringkas. "Belum cuba belum tahu." Liya bersuara lagi. "Haish, dah lah. Makan dulu. Asyik berborak je. Bila nak habis? Kata sedap kan? Hah, tambah." Maya cuba menukar topik perbualan. Liya hanya menganggukkan kepala. Maya pula hanya tersenyum.

--------------------------

Encik Mazlan baru sahaja keluar dari bilik air di kamarnya. Dia terus menuju ke katil. Puan Masyitah pula sedang membaca novel. Baru sahaja Encik Mazlan melabuhkan punggung di birai katil, Puan Masyitah terus bersuara.

"Abang." Panggil Puan Masyitah. "Ya, kenapa?" Soal Encik Mazlan kemudian menyandarkan badannya pada badan katil. "Ermm, abang ingat jiran kita dulu?" Soal Puan Masyitah. "Yang mana satu?" Soal Encik Mazlan pula. Mana tidaknya, bukan nak di sebut namanya. "Si Shamsul dengan Sofia lah." Balas Masyitah.

"Ingat, kenapa dengan mereka?" Balas Encik Mazlan sambil menganggukkan kepala. "Kita dah lama tidak jumpa mereka. Ada lah dalam kira-kira sepuluh tahun. Awak tidak ada contact mereka?" Terang Puan Masyitah sebelum diakhiri dengan soalan. "Lah, tidak adalah. Kalau ada, mestilah kita dah berjumpa dengan mereka. Lagipun saya dah lost contact dengan mereka." Balas Encik Mazlan.

Puan Masyitah hanya menganggukkan kepala. "Kenapa awak tanya ni? Tiba-tiba sahaja." Soal Encik Mazlan ingin kepastian. "Tak dalah, anak awak tu. Kalau call saya, tidak habis-habis tanya fasal mereka. Saya ni sampai sudah tidak tahu nak cakap apa lagi pada dia." Balas Puan Masyitah untuk memberitahu perkara yang sebenar.

"Dah kenapa pula budak tu tanya fasal mereka?" Soal Encik Mazlan sebelum tergelak kecil. Puan Masyitah serta-merta mengerutkan kening. "Kenapa abang ketawa pula ni?" Soal Puan Masyitah berang. Encik Mazlan menggelengkan kepalanya sebelum menyambung. "Anak awak tulah. Pelik pelik jelah. Sebelum ni, tidak ada pula hendak fikirkan soalan itu. Kenapa baru sekarang? Dia nak buat apa? Bercinta dengan anak lelaki mereka?" Soal Encik Mazlan sebelum tertawa.

Puan Masyitah menggelengkan kepalanya. "Apalah abang ni. Tidak baik tau! Manalah saya tahu dia nak buat apa." Balas Puan Masyitah. Terherot-herot bibirnya cuba menafikan kata-kata suaminya.

"Yalah, saya tidur dulu. Cepat sikit baca novel awak tu. Lepas itu, tutup lampu. Silau pula nanti." Encik Mazlan bersuara sebelum menarik selimut untuk tidur. "Tahu lah. Dah nak habis dah ni." Balas Puan Masyitah sebelum menyambung bacaan novelnya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now