Waktu yang pagi menerangi segenap ruang kawasan perumahan itu. Kicauan burung-burung mendamaikan lagi suasana di situ. Dengan angin yang bertiup lembut, pepohonan yang menghijau menyejukkan lagi mata yang memandang.
Farah menuruni anak tangga di rumah itu. Dia menggayakan skirt parat lutut yang bewarna unggu dan blouse bewarna hitam. Dia menggalas beg tangan kecil bewarna putih di bahunya.
Seterusnya, dia menuju ke meja makan utama. Kelihatan ibu dan ayahnya ingin bersarapan. Pembantu rumah mereka sedang menyiapkan sarapan. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan ibunya. Dia membetulkan kedudukan rambutnya yang bewarna perang.
Puan Faizah iaitu ibu kepada gadis itu lantas bersuara "Farah, kamu nak ke mana awal pagi ni?" Encik Fairul iaitu suaminya turut memandang Farah setelah soalan itu diajukan. "Farah nak keluar dengan kawan lah mommy, bosan duduk di rumah." jawab Farah sambil mengambil dua keping roti bakar. Puan Faizah hanya menggeleng mendengar jawapan anaknya.
Encik Fairul yang tadi mengunyah roti kini bersuara. "Kenapa dengan kamu ni Farah? Buang masa je. Membazir duit tahu tak?! Baik kamu cari kerja. Boleh lah juga belajar mencari rezeki." Farah memuncungkan bibirnya sebelum menjawab. "Daddy, Farah remaja lagilah. Biarlah Farah enjoy dulu." Selepas bersuara, Farah menjamah roti bakar yang sudah disapu dengan jem berperisa strawberi.
"Banyaklah. Umur kamu tu sudah 21 tahun! Patutnya dah kena bekerja! Ini tidak. Asyik melepak dengan kawan-kawan. Dapat apa?!" Puan Faizah meninggikan suaranya. Kali ini, Farah mengerutkan dahinya. "Hish, yalah. Tapi bukan sekarang." Farah membalas ringkas sebelum meneguk teh O limau. Kemudian, dia terus bangun dari kerusi. "Dah lah. Farah gerak dulu ya." Selepas bersuara, Farah terus menyalam dengan kedua ibu bapanya sebelum berlalu pergi.
Selepas Farah keluar rumah, Puan Faizah terus menepuk lengan suaminya. "Apa dia? Cuba cakap je. Jangan lah pukul pukul." Encik Fairul bersuara selepas tindakan itu dilakukan. "Saya risau lah dengan anak kita tu. Sampai bila nak macam tu?" Puan Faizah meluahkan kegusarannya kepada Encik Fairul. "Habis, awak ingat saya tidak risau? Nantilah saya cakap dengan dia." Encik Fairul memberi jawapan ringkas.
"Hish, awak ni! Tapi dia tu dah melebih. Mana boleh biar lama-lama." Puan Faizah bersuara lagi. Terherot-herot bibirnya cuba menyampaikan rasa tidak puas hati. "Salah awak lah. Siapa suruh manjakan dia dari kecil. Dah jadi macam tu." Encik Fairul memberi pandangannya. Kali ini Puan Faizah terdiam. Lidahnya seakan kelu.
--------------------
Telefon pintar milik Farah berdering, dia lantas mengangkat panggilan itu. "Hello." Ucap Farah di dalam talian. "Hello, hah Farah. Kau kat mana? Dah lama aku tunggu." Kedengaran suara perempuan yang berbicara dengannya.
"Sekejap lah. Aku on the way. Tengah drive ni. 10 minit lagi aku sampai." Farah membalas ringkas. "Hah, yalah. Aku tunggu." Balas rakannya lagi. "Okay, bye." Selepas kata putus itu di beri. Farah terus memutuskan talian dan fokus pada pemanduannya.
DI PUSAT MEMBELI BELAH
Farah melangkah memasuk ke dalam sebuah restoran. Dia terus mencari rakannya. Setelah mengenal pasti. Dia terus ke situ. "Hai. Sorry lambat." Farah menyapa rakannya itu dengan senyuman yang manis. "hmm, tidak apalah. Sudah biasa." Rakannya membalas seolah olah menyindir.
"Relaxlah Ida. Kau macam tak biasa pula dengan aku." Farah bersuara lagi. Rakannya yang digelar Ida itu hanya mengangguk. Mereka terus membuka buku menu di situ. Kemudian, Ida memanggil pelayan dan memesan makanan. Setelah itu, Farah terus membuka bicara. "Aku bosanlah dengan mommy and daddy aku tu."
Kening Ida berkerut seketika cuba mentafsirkan maksud rakannya. "Apa maksud kau ni? Aku tidak faham." Ida membalas ingin kepastian. Farah menghela nafasnya dengan panjang. "Mereka tu asyik cakap fasal kerja, kerja, kerja! Tak habis-habis!" Farah mengadu tanda tidak puas hati. Ida menggeleng kepala sejenak. "Mana tidaknya. Kau tu dahlah perempuan. Anak tunggal. Manalah mereka tidak risau." Ida cuba berdalih.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...