Chapter 77

34 3 0
                                    

Pintu kaca bagi sebuah butik di tolak secara perlahan dari luar supaya diri dapat melangkah masuk. Puan Fadila terus memberi laluan kepada anak-anaknya pula melangkah masuk ke dalam butik tersebut. Darwish dan Dania pula tidak henti-henti memerhatikan keadaan di segenap ruang.

"Wah, cantik-cantik lah baju di sini!" Puji Dania teruja tatkala melihat pelbagai warna dan rekaan baju pengantin yang terdapat butik tersebut. Darwish hanya mengangguk setuju dengan pernyataan adiknya dengan mata yang masih liar. "Memang lah. Auntie Laila kan designer baju pengantin terbaik. Kali ni, mama pula nak ambil alih tempat dia sebab dia nak lebih focus kepada wedding planner." Balas Puan Fadila pula.

Beberapa ketika kemudian, kawan ibunya yang di gelar Auntie Laila mula memunculkan diri. "Eh, Dila! Sampai pun kau. Apa khabar?" Soal wanita itu sambil menghampiri Puan Fadila. Lalu, mereka berdua bersalaman dan berlaga pipi. Maklumlah, perempuan. Dania pula lantas bersalaman dengan Puan Laila. Darwish pula sekadar memberikan senyuman.

"Ini anak-anak kau ya?" Soal Puan Laila sambil menunding jari ke arah Darwish dan Dania. "Ya, ini anak-anak aku." Balas Puan Fadila dengan senyuman sebelum menoleh ke arah Darwish dan Dania. "Nama saya Dania." Dania bersuara dengan senyuman. "Saya pula Darwish." Darwish menyambung untuk mengenalkan dirinya. Puan Laila pula sekadar menganggukkan kepala tanda respon. "Eh, jom lah duduk dulu. Tidak sedap pula bersembang macam ni." Puan Laila bersuara lagi sebelum menunjukkan arah.

Kemudian, mereka berempat terus pergi ke sebuah ruang di mana tempatnya di lengkapi dengan beberapa buah sofa untuk dijadikan ruang rehat ataupun menunggu. "Kamu semua duduk dulu. Auntie nak ambil air sekejap." Selepas berkata, Puan Laila terus berlalu pergi buat sementara. Lalu, mereka bertiga terus mengambil tempat masing-masing.

"Macam mana? Okey tak tempat ni?" Soal Puan Fadila kepada dua orang anaknya. Darwish dan Dania serta-merta mengalihkan perhatian kepada ibu mereka semula. "Besar lah butik ni mama. Tak sabar nak buat tour." Balas Dania yang cuba membuat jenaka. Dia lantas menekup mulutnya untuk menahan ketawa. "Kamu ni Nia. Ada-ada je ya. Kat sini tempat untuk buat kerja." Balas Puan Fadila dengan gelakan kecil.

"Nia gurau je lah, mama. Nia cuba nak tengok lebih banyak lagi design baju." Balas Dania. Puan Fadila pula sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepala. "Darwish. Kamu macam mana pula?" Soal Puan Fadila. Darwish yang sedar namanya dipanggil itu melemparkan senyuman buat sementara. Kemudian, baru lah dia menjawab. "Darwish okey je. Janji boleh buat kerja." Balas jejaka itu ringkas. "Okey, bagus lah kalau macam tu." Balas Puan Fadila spontan.

Tidak lama kemudian, Puan Laila datang semula ke arah mereka dengan membawa dulang yang berisi jag air sirap ais dan beberapa gelas yang sudah di isi dengan air tersebut. Kemudian, dia meletakkan dulang tersebut ke atas meja kopi. "Maaf lah, cuma ada air ini je di butik ni. Tak sempat nak beli kat luar. Jemput minum ya." Puan Laila bersuara sambil mengeluarkan gelas dari dulang tersebut. Kemudian, baru lah dia mengambil tempat.

"Tidak apa lah, Laila. Ni pun dah macam susah kan kau." Balas Puan Fadila. Puan Laila pula sekadar tersenyum. Kemudian, dia membalas. "So, macam mana? Kau setuju tak nak jadi designer aku?" Soal Puan Laila ingin tahu. Darwish dan Dania pula hanya mendengar perbualan ibu mereka itu sambil meneguk minuman yang sudah di hidangkan.

"Mesti lah setuju Laila. Lagipun, aku memang minat bidang ni. Cuma dulu je aku tak dapat peluang." Balas Puan Fadila sambil mengukir senyuman. "Baguslah kalau macam tu. Boleh kita bekerja di bawah satu bumbung." Balas Puan Laila sebelum mereka berdua tergelak kecil. "Anak-anak kau dah tahu fasal aku nak cari pekerja baru?" Soal Puan Laila.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now