Mak Finah mengetuk pintu bilik Farah dari luar secara perlahan. "Boleh Mak Finah masuk?" Soal pembantu rumah itu secara baik. "Hah, masuk lah. Farah tak kunci pintu." Balas Farah dari dalam bilik. Walaupun suaranya agak perlahan kerana terlindung oleh pintu, namun ia dapat didengari dengan jelas oleh Mak Finah.
Selepas mendapat keizinan, Mak Finah terus menguak pintu dan masuk ke bilik Farah secara perlahan. Kelihatan gadis itu sedang duduk di meja belajarnya dengan tangan yang memegang telefon pintar. "Farah dah habis makan?" Soal Mak Finah lagi. "Dah. pinggan dan gelas ada di meja lampu tu." Balas Farah sambil menunding ke arah meja lampu yang berada di sisi katilnya dengan mata yang masih memandang skrin telefon.
Mak Finah yang mendengar lantas melihat ke arah yang di tunjuk oleh Farah. Kelihatan pinggan dan gelas yang di bawa naik oleh Farah sudah pun kosong. Jadi, pembantu rumah itu terus mengutip perkakas tersebut untuk di bawa turun. Baru sahaja melangkah beberapa tapak, Farah menoleh ke arah Mak Finah dan memanggil pembantu rumahnya itu.
"Mak Finah." Panggil gadis itu. Mak Finah pula lantas menoleh ke arah gadis itu. "Ya, Farah. Ada apa-apa ke?" Soal pembantu rumah itu. Farah meletakkan tangannya pada kerusi yang di dudukinya. Dia memuncungkan bibir seketika. "Mommy dan daddy ada kat bawah?" Soal Farah. "Ouh, Tuan Fairul dah keluar ke pejabat. Katanya mahu menjenguk pekerjanya. Puan Faizah pula ada di ruang tamu." Balas Mak Finah dengan senyuman.
"Tak habis-habis dengan kerja dia. Tak bosan ke." Rungut Farah secara perlahan sendirian. Hanya dia sahaja yang dapat mendengar apa yang di katakannya. Mak Finah pula sudah berkerut wajah untuk memastikan apa yang Farah katakan. "Apa dia Cik Farah?" Soal Mak Finah ingin pasti. Mana lah tahu perlu disampaikan kepada majikannya.
"Eh, tidak ada apa. Terima kasih ya, Mak Finah." Balas Farah cepat-cepat sebelum mengucapkan terima kasih kepada pembantu rumahnya itu kerana membawa turun pinggan dan gelas yang sudah kosong. "Sama-sama. Baiklah, saya keluar dulu ya." Balas Mak Finah dengan senyuman sebelum berlalu pergi. Kemudian, pembantu rumahnya itu menutup semula pintu bilik Farah.
Farah mengeluh seketika. Gadis itu membetulkan semula kedudukan badannya menghadap meja belajar. Dia kembali melihat skrin telefon pintarnya. Dia membuka laman sosial Instagram miliknya. Salah satu apliaksi yang menjadi platform bagi artis mahupun sesiapa sahaja yang mahu menonjolkan diri. Gadis itu pantas menekan papan kekunci pada skrin telefonnya.
Dia terus mencari profile Instagram milik Syazwan. Tidak lama kemudian, kelihatan bibirnya mula mengukirkan senyuman kerana berjaya menemui apa yang di carinya. Farah melihat satu persatu gambar-gambar Syazwan yang di paparkan di situ. "Kau fikir, kau boleh lari ke?" Soal Farah sendirian sambil tersenyum sinis.
"Aku tak akan lepaskan kau macam tu je. Aku akan dapatkan kau balik walau macam mana sekali pun." Farah bersuara lagi sebelum tergelak kecil dengan senyuman yang masih kelihatan jahat. "Tapi..." Gadis itu bersuara lagi sambil memegang wajah Syazwan yang terpampar di skrin telefonnya dengan mulut yang memuncung.
"Aku kena hapuskan cinta kau dengan photographer tu. Baru lah aku boleh dapat kan kau." Farah bersuara dengan serious sebelum tersenyum sekali lagi. "Dan, lepas tu. Kita akan hidup happy ever after tanpa perempuan perampas tu." Farah menghabiskan ayatnya sebelum meletakkan telefon pintarnya ke atas meja belajar dan menggeliatkan badan.
Tanpa di sedarinya, Puan Faizah ada di hadapan pintu biliknya. Ibunya itu sedang mendekatkan telinga ke arah pintu untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Farah. Dan semuanya dapat di dengari oleh Puan Faizah dengan jelas. Puan Faizah menegakkan posisi badannya yang tadi membongkok sedikit. Kelihatan wajah wanita itu amat gusar.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...